Pembukaan The Shore Shopping Gallery Paling Gempak Di Melaka

Pembukaan The Shore Shopping Gallery Paling Gempak Di Melaka - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bandar Melaka kini lebih maju lagi dan lebih berjaya setapak lagi dengan pembukaan secara rasminya sebuah lagi pusat beli belah yang grand. Mana lagi kalau bukan The Shore Shopping Gallery @ Sungai Melaka di Jalan Persisiran Bunga Raya.



21 Mac 2015 hari Sabtu lepas telah di adakan pembukaan secara besar-besaran dan penuh meriah, di sertakan dengan persembahan tradisional seni mempertahankan diri silat dan juga Tarian Singa yang penuh meriah. Di iringi dengan bunga mangga dan juga peluan kompang VVIP di undang ke dalam The Shore Shopping Gallery.




Acara di mulakan dengan ucapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif PHB dan di teruskan dengan ucapan perasmian oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir.Hj. Idris Bin Hj. Haron. Penuh meriah pada malam perasmiaan dan beliau selaku Ketua Menteri Melaka merasakan bangga dengan pembukaan pusat beli belah ini. Kemudian acara di teruskan dengan pengumuman 1 Juta pembeli & Penyampaian Hadiah untuk Belanja & Menang dan grand lucky draw.




Itu sedikit tentang acara perasmian yang Mahamahu sempat hadiri pada hujung minggu lepas. Tapi Mahamahu juga berkesempatan untuk menjelajah seluruh pusat beli belah ini. Ia terletak di sepanjang Sungai Melaka di Jalan persisiran Bunga Raya, pusat ini terletak dalam Warisan Dunia Unesco dan hanya 5 minit dari kawasan pelancongan terkenal Jonker Street.




Dalam The Shore ini terletaknya pusat jenama2 yang gah dan grand di Melaka iaitu, Tangs Departmental Store, The Shore akuarium laut dan Lot 10 Hutong Galeri Makanan. Selain itu juga dalam The Shore ini mengandungi beberapa kedai lain seperti Purple Cane restoran, Sushi Zanmai, Ninja Joe & Kuppa Joe, La Bodega, Ice Watch, Pandora, Habib Jewels, Parenthood Superstore, Sothys, Odyssey Thai, Jscca, Prestigio, Hippopo Bayi Spa, Switch, Guy Laroche, Kuncian dan Blush!



Paling best sebenarnya dekat The Shore ini adalah di atasnya tersedia sebuah hotel mewah iaitu Swiss Garden Hotel & Residences Melaka. Mahamahu sempat bermalam di sana untuk merasai keistimewaan hotel dan juga residences yang di sediakan. Bersempena dengan cuti sekolah bermula 14 Mac hingga 31 Mei, The Shore membawa anda yang pertama di Melaka iaitu Oceanarium terletak di 2nd Floor yang menyediakan aquarium ikan menarik dan terowong akuarium dan terumbu karang di Melaka.



Buat anda yang nak mencari di mana letaknya The Shore Shopping Gallery @ Sungai Melaka ini mudah sangat. Anda nampak sahaja Jonker Street yang terkenal dan Chinatown lokasi tidak jauh dari kawasan tersebut. Bagi nak dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web dan juga facebook mereka untuk segala aktiviti menarik yang di adakan di sana. Selamat bercuti dan selamat membeli belah.

THE SHORE












0 comment... add one now