Applikasi Telephone,

Tripda Bukan Sekadar Berkongsi Kenderaan

Ahad, Februari 01, 2015 Mahamahu 0 Comments

Tripda Bukan Sekadar Berkongsi Kenderaan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Anda pernah terfikir untuk satu masa nanti negara kita tidak lagi berlaku masalah kesesakan jalan raya. Tambah2 lagi apabila tiba musim perayaan semua sibuk untuk pulang ke kampung halaman masing2. Dulu kerajaan pernah mulakan kempen berkongsi kereta ke tempat kerja bukan. Tapi kini berkongsi kereta untuk ke destinasi yg lebih jauh.


Kini dengan adanya applikasi Tripda di pasaran sekarang urusan untuk berkongsi kenderaan adalah lebih mudah dan lebih cepat. Mai Mahamahu terang sikit apa itu Tripda mesti ramai tertanya-tanya bukan. Tripda adalah satu platform berkongsi kereta dalam talian yang menghubungkan pemandu berulang-alik dengan kerusi kosong di dalam kereta dan penumpang mereka menuju jalan yang sama.

Video menerangkan apa itu Tripda

Maksudnya di sini anda yg ada kereta hendak pulang ke kampung sorang diri, tapi dengan adanya Tripda ini korang yg nak pulang ke kampung seorang diri kini boleh tumpangkan org lain yg sehaluan dengan korang. Di situ korang bukan sahaja dapat mengurangkan kenderaan di jalan raya, tapi korang dpt berkongsi kos sepenjang perjalanan itu dan ia menjimatkan korang. Oklah mai Mahamahu cite lebih lanjut tentang kelebihan menggunakan applikasi Tripda ini. 


1) Menjimatkan kos perjalanan anda
Mcm mana ia menjimatkan, cuba korang bayangkan korang balik dari KL ke Kuantan seorang diri segala kos tol dan minyak terpaksa di tanggung sendiri. Tapi kalau korang berkongsi kenderaan ini semua kos yg di tanggung juga di kongsi bersama. Tapi awas anda tidak boleh mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan kerana ia adalah sistem sama rata. Walaupun kereta tu anda punya tapi kos di kongsi bersama kerana anda juga nak menuju destinasi yg sama.


2) Mengurangkan pencemaran
Kenapa lak mengurangkan pencemaran. Bila anda berkongsi kenderaan dengan org lain maka secara automatik kenderaan yg melalui laluan sama akan kurang. Di situ akan mengurangkan penyebaran gas hidrokarbon, gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida yg berbahaya kepada alam sekita dan juga kesihatan manusia.


3) Dapat mengurangkan kesesakan terutama di waktu puncak
Apabila kereta makin berkurangan di jalan raya maka akan kuranglah berlakunya kesesakan di sesetengah tempat. Ini sering terjadi apabila tiba waktu musim perayaan memang tak boleh blik kg kerana kenderaan terlalu banyak. Dengan adanya Tipda ini kenderaan dapat di kurangkan di jalan raya.


4)  Menambahkan kenalan baru
Kat sini anda bukan sahaja dapat kawan baru yg akan menaiki satu kereta ngan korang tapi secara tak langsung korang dapat mengembangkan perniagaan dan juga apa yg anda usahakan. Mana tahu org yg naik kereta bersama anda itu adalah org seorang yg businessman, seorang yg bekerja bahagian bank, atau juga mereka yg bepengaruh. Jadi di situ lah persahabatan dapat di eratkan dan juga pekembangan social lebih meluas.


5) Keselesaan semasa memandu dan juga menaiki kenderaan
Ini adalah penting bagi anda yg mencari penumpang yg lebih mengikut keselesaan anda. Dalam apps ini anda boleh pilih penumpang yg anda suka seperti tidak merokok, tidak makan dalam kenderaan, kenderaan yg tidak membawa haiwan peliharaan, seorang yg tidak terlalu banyak bercakap atau korang suka seorang yg happening. Semua terpulang kepada anda kerana pilihan di tangan anda.


Bila dah kata kongsi kereta mungkin korang akan fikir tentang keselamatan pula bukan. Maklumlah org yg kita nak menaiki kenderaan bersama kita ini pun baru pertama kali kenal. Kenal pula di alam maya sahaja mcm mana. Jgn risau dalam applikasi Tripda ini mereka mengekalkan beberapa ciri keselamatan yg tidak ada org dpt menipu identiti. Mai kita tgk pula apa ciri2 keselamatan anda dalam talian mahupun apabila semasa buat deal untuk menaiki satu kenderaan.


1) Hanya boleh login melalui Facebook sahaja. 
Mcm mana mereka mengesahkan akaun Facebook itu adalah tipu atau tidak. pertama mereka akan mengambil kira jumla sahabat yg ada dalam akaun fb itu dan juga melalui gambar serta maklumat identiti lain seperti umur, no phone, jantina dan sebagainya.

2) Sistem rate penumpang dan pemandu
Dalam applikasi Tripda ini ada satu sistem untuk penumpang menilai pemandu dan juga pemandu menilai penumpang. Jadi dari situ korang boleh tahu adakah pemandu ini baik atau penumpang ini sesuai dengan korang melalui penilaian org lain.

3) Penumpang wanita sahaja
Applikasi ini juga mengadungi fungsi untuk menetapkan hanya penumpang wanita sahaja yg di benarkan untuk menaiki kenderaan ini. Ia adalah khas untuk wanita dan lelaki tidak boleh melihat fungsi ini. Jadi korang boleh tetapkan lah penumpang korang hanya wanita sahaja. tak perlu risau dan bimbang.

4) Pengesahan Email dan tel nombor
Kalau korang takut org itu menipu no tel atau email jgn risau. Dalam applikasi ini ada system untuk pengesahan email dan phone number agar org yg daftar tidak menipu maklumat penting itu.

5) Segala maklumat anda di rahsiakan
Jgn risau menggunakan applikasi Tripda ini kerana maklumat penting anda tidak akan di dedahkan kepada mana2 pihak selagi anda tiadk buar pengesahan penumpang atau pemandu anda. 

6) Mempunyai lesen memandu yg sah dan insuran kenderaan yg masih aktif
Ini demi menjaga keselamatan anda yg menaiki kendeaan bersama. Jika berlaku sesuatu yg tidak di ingini ia akan membantu anda untuk urusan insuran. Jadi sebelum pemandu membuat tawaran mereka perlu membuat pengesahan lisen kereta dan juga insuran masih aktif.

Jadi tu dia 6 perkara yg membantu kepercayaan anda untuk menggunakan applikasi Tripda ini tanpa was-was. Sebarang pengesahan dan juga perjanjian untuk korang menaiki satu kenderaan adalah selepas persetujuan daripada pemandu mahupun penumpang. Selepas itu anda akan di beri satu ruang untuk berkenalan dengan penumpang atau pemandu anda mcm dalam ruang chat. Ini semua akan membuatkan anda yakin dan percaya kepada sesiapa sahaja yg hendak di bawa. Jgn mudah terpedaya dengan tipu helah dalam dunia cyber pastikan anda kenal betul2 baru anda sahkan perjanjian anda untuk menaiki kenderaan bersama-sama.


Video cara penggunaan Tripda  

Video kat atas ni dah cite mcm mana Tripda ini boleh anda gunakan. Di sini pula Mahamahu detail lagi bagaimana cara mudah untuk gunakan Tripda dengan beberapa langkah sahaja.
  

1) Login diri anda dengan menggunakan Facebook sahaja. 
2) Anda boleh buat tawaran kepada sesiapa untuk menaiki kenderaan anda atau anda boleh cari mana2 kenderaan yg ingin pergi ke destinasi yg sama dengan anda.
3) Bila dah jumpa dengan mana2 perjalanan yg sesuai dan juga org yg sesuai anda boleh buat deal dengan mereka.
4) Mulakan perjalanan anda dengan gembira dan bahagia.
5) Setelah selesai semua perjalanan anda boleh menilai penumpang atau pemandu anda kerana ia adalah bahagian paling penting dalam applikasi ini.

Mudah sahaja cara nak menggunakan applikasi ini kan. Semasa anda melihat pemandu atau penumpang anda boleh kenali siapa pemandu atau penumpang yg ingin anda pilih itu melalui "Travel Preferences". Kat sinilah anda boleh lihat pemandu atau penumpang itu jenis org yg mcm mana suka makan dalam kenderaan, ada membawa haiwan peliharaan, atau org yg tidak merokok, atau org yg suka mendengar radio atau suka bersembang dalam perjalanan. Jadi buat pilihan bijak jgn mudah terperdaya dapatkan maklumat org yg hendak anda deal itu secukup2nya.


Dekat mana nak gunakan applikasi ini, ada dua cara iaitu dengan melayari laman web www.tripda.com.my atau anda boleh muat turun di iOS dan Google Play secara percuma. Lepas tu baru anda boleh register diri anda untuk menggunakan apps ini. Ia adalah percuma dan tiada sebarang bayaran di kenakan semasa mendaftar. Anda juga boleh dapatkan maklumat terkini dan secara cepat di laman Facebook mereka iaitu https://www.facebook.com/TripdaMalaysia.


So apa lagi selamat mencuba applikasi Tripda ini kerana ia di jamin selamat dan memudahkan anda. Ia merupakan applikasi yg telah membantu 13 buah negara seluruh dunia untuk memudahkan urusan berkongsi kenderaan. Jadi jadi rakyat yg prihatin dan berkongsi kenderaan adalah perkara yg paling menyeronokan. Ingat perkongsian kenderaan bukan untuk membuat business tetapi untuk menyelamatkan duit anda dan alam sekitar.