Armada Hotel,

Hidangan Bagaikan Maharaja China Untuk Tahun Baru China Di Armada Hotel Petaling Jaya

Isnin, Februari 02, 2015 Mahamahu 0 Comments

Hidangan Bagaikan Maharaja China Untuk Tahun Baru China Di Armada Hotel Petaling Jaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan sekalian. Setiap tahun kita di Malaysia sambut Tahun Baru China. Untuk tahun 2015 ini tahun kambing adalah bagi kepercayaan mereka memberi lebih tuah. Begitu juga harap dengan hidangan2 istimewa Tahun Baru China yg di sediakan di Utara Coffee House @ Armada Hotel Petaling Jaya.


Mahamahu paling suka bila tiba Tahun Baru China ini akan ada makanan Yee Sang yg menjadi tradisi mereka. Di Utara Coffee House ini menyediakan hidangan Yee Sang seperti Fruitti Veggie Yee Sang (vegetarian), Salmon Yee Sang, Butterfish Yee Sang atau Hokkaido Scallops Yee Sang. Semua harga bermula daripada RM65+ untuk satu hidangan. Yang Mahamahu makan hari tu adalah Prosperity Yee Sang dengan ikan Salmon terbaik.





Menurut kepercayaan mereka semasa menggaul Yee Sang kena gaul beramai2 terutama ahli keluarga dan sambil menggaul mesti ucapkan kata2 yg baik sahaja sebagai hajat mereka. Makin tinggi gaulan itu makin cepat hajat tercapai untuk tahun 2015 ini. Mahamahu paling suka part ini lah kerana dapat menggaul dan juga dapat melihat gelagat semua kawn2 yg gaul sama. Baru makin erat hubungankan.


Selain daripada makanan utama Yee Sang di sini juga menawarkan makan2 lain yg menjadi buffet sepenjang sambutan Tahun Baru China ini. Antara yg menjadi perhatian adalah Braised Shark Fin Soup atau sup ikan yu yg memang original dan rasa juga menarik. Mahamahu pertama kali makan Sup Ikan Yu ini dan ia tidak rasa terlalu kuat dan boleh rasa campuran dengan cendawan, telur dan juga isi ketam.

Braised Shark Fin Soup

Bagi menambah tuah dalam koleksi hidangan tahun ini di Utara Coffee House ini juga menyediakan hidangan makanan berasaskan ayam dan juga seafood. Jom kita tgk hidangan ayam yg di beri nama Chinese Herbal Chicken yg di perap dengan rempah ratus cina dan di masak dengan goreng dan di tuangkan sos yg pelbagai rasa. Kemudian untuk seafood pula ada Steamed Seabass With Ginger Sauce dan juga Fried Prawn With Salted Eggs & Butter Flakes. Ini adalah hidangan seafood yg menarik dan lain daripada lain terutama udang memang terasa telur asinnya.

Chinese Herbal Chicken

Steamed Seabass With Ginger

Fried Prawn With Salted Eggs & Butter Flakes

Bagi yg minat sayur2an pula ada di sediakan hidangan Fried Mixed Vegetables With Fatt Choy dan juga Chinese New Year Lotus Rice. Kat sini nasi goreng dalam daun Teratai ini memang sedap dan tidak pahit. Boleh di makan dengan ayam dan seafood yg di sediakan tadi semua cukup lengkap. 

Fried Mixed Vegetables With Fatt Choy

Chinese New Year Lotus Rice

Bahagian pencuci mulut pula tetamu di sediakan dengan Red Bean Cream, Chinese New Year Pancake dan juga Steam Nien Koa. Jgn tak percaya bahawa bangsa Cina juga ada dodol mereka tersendiri tapi tidak terlalu kenyal seperti org Melayu punya. Mereka punya rasa sedikit kenyal dan di makan bersama dengan kelapa parut. Memang unik masakan mereka tapi semua sedap dan masih menyelerakan.

Chinese New Year Pancake dan Steam Nien Koa


Segala Buffet Tahun Baru China ini telah bermula sejak 19 Jan 2015 lagi dan akan berakhir sehingga 5 Mac 2015. Harga pula sangat menarik dan memuas hati iaitu untuk dewasa RM78+, kanak2 pula RM39+ dan untuk warga emas RM55+ sahaja. Selain itu juga mereka menyediakan Reunion Set Dinner yg berbeza mengikut meja yg di tempah. Bermula dari harga RM978+ sehingga RM1308+.


Apa lagi bagi mereka yg nak merasai dan menyambut Tahun Baru China denga lebih meriah bersama keluarga boleh buat tempahan di sini sekarang. Hubungi Utara Coffee House @ Armada Hotel Petaling Jaya di tailan +603 7954 6888 ext 4557 atau email armada@armada.com.my. Selamat menjamu selera dan juga selamat Tahun Baru China daripada Mahamahu buat semua rakyat berbangsa China di Malaysia.








0 Pandangan: