Masa Telah Tiba Serlah Bakat Memasak Anda Melalui Masterchef Asia

Masa Telah Tiba Serlah Bakat Memasak Anda Melalui Masterchef Asia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu tahu ramai diluar sana ramai yang memang terrer memasak. Ada setengah tu masak seperti seorang profesional kalah chef2 yang ada di Malaysia ini. Tambah2 yang suka kongsi resepi masakan mereka di dalam blog atau facebook lagi ramai. Mahamahu tengok sendiri pun rasa tercabar hehehe.


Tapi itu semua bakat yang ada dan bakat inilah yang perlu diserlahkan lagi dalam peluang yang sebetulnya. Jangan di persiakan bakat anda itu kerana ia akan merubah hidup anda ke arah lebih berjaya. Peluang tak datang sekali tapi bila ia tiba rebut sebaiknya agar tidak menyesal kemudian hari. Mahamahu sebenarnya bebel ini kerana nak bagi semangat pada kawan2 yang pandai memasak kat luar sana untuk sertai satu lagi program masakan yang cukup popular sekarang ni.

Masterchef Asia buat pertama kali di adakan dalam mengumpul bakat memasak di rantau Asia. Seperti yang kita tahu negara Asia paling banyak makanan sedap2 dan menarik pelancong luar negara untuk datang. Satu lagi program realiti masakan yang akan melahirkan chef2 profesional dari 'zero to hero'. 

Juara Masterchef Malaysia musim pertama Dr. Ezani

Mungkin sebelum ini korang pernah lihat bakat2 seperti Dr Ezani dan juga Izyan yang tiada latar belakang kulinari tapi telah popular setelah memenangi Masterchef Malaysia musim pertama dan kedua. Anda juga mesti nak jadi seperti merekakan kerana minat pada masakan dan makanan. Kini peluang telah di buka kepada semua rakyat Malaysia untuk sertai Masterchef Asia. Jangan biar ia belalu bergitu sahaja.

Juara Masterchef Malaysia musin kedua Ezyan

Cara untuk menyertainya mudah sahaja korang hanya perlu hantar video rakaman anda secara online. Sekiranya korang berjaya peringkat saringan korang akan di panggil audition itu adalah rezeki korang. Video korang perlu menyerlahkan segala bakat memasak yang korang ada tak kisah dalam segi mentatarias hidangan, memotong, menggunakan pekakasan memasak dan apa sahaja bakat korang tonjolkan dalam video tersebut. Ia akan menarik minat juri untuk memilih korang. Setelah itu hantar penyertaan secara online di laman http://masterchefasia.com/index.php sebelum 16 Mac 2015.

Segala sayarat dan juga peraturan yang dikenakan terdapat dalam laman tersebut. Pastikan korang baca dahulu syarat2 yang ditetapkan dan juga bagaimana untuk mendapat hasil video yang menarik minat juri. Di Malaysia ini ramai yang berbakat dalam memasak tapi tidak mahu mencuba kerana rasa takut kalah. Tak salah kalah tapi yang penting kita telah mencuba bukan. Mahamahu pun nak cuba sebab pernah datang audition Masterchef Malaysia musim pertama dan kedua tapi tidak berjaya. Anda juga mesti cuba ok. Selamat mencuba.