Mahamahu,

Restoran Pizza San Francisco Kepakaran Dalam Masakan Pasta Dan Pizza

Jumaat, Januari 30, 2015 Mahamahu 0 Comments

Restoran Pizza San Francisco Kepakaran Dalam Masakan Pasta Dan Pizza - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dgr nama sahaja semua org dah tahu tempat ni jual makanan apa. Pasti makanan tersebut terbaik dan lazat serta resepi original. Itulah yg Mahamahu maksudkan dengan restoran Pizza San Francisco. Buat pertama kali Mahamahu dapat makan kat sini dan nikmati semua hidangan special yg ada di sini. 



Sebenarnya restoran ini telah di tubuhkan pada tahun 2002, berkonsepkan makanan barat di oleh mengikut selera tempatan. Jgan salah sngka ya sebenarnya restoran ini adalah milik rakyat Malaysia dan bukan franchise dari luar negara. Resepi dan menu yg ada di sini sahaja di bawa dari perlbagai negara dan di gabungkan dengan menu tempatan. Tak caya nanti tgk menu2 yg ada dalam ni kebanyakannya ada cili padi.


Jom kita tgk antara beberapa menu yg menjadi perhatian dan minat org ramai untuk makan di sini. Pertama sekali kita tgk menu appertizer yg ada kat sini dan yg Mahamahu makan ni di rekmen terbaik dan mendapat pemintaan tinggi di sini. Mushroom Bruschetta iaitu hidangan roti mil penuh perang keemasan dengan cendawan. Makan sahaja dpt rasa cendawan yg agak belemak makan jgn bayak nanti kenyang. Kemudian Nachos bersama dengan cheese dan juga ada dua bahan perasa di tengah2nya. Rangup dan dapat rasa semua di atas Nachos ini banyak sgt.

Mushroom Bruschetta

Nachos

Pada yg mengekalkan diet boleh cuba Caesar Salad. Ia adalah romaine salad di gaul dalam Caesar, ditaburi dengan croutons dan keju parmesan. Mesti kena cuba Seafood Soup ini kerana makanan laut yang segar dalam sup simmered dengan rempah dan herba. Korang dapat rasa kelainan dalam sup ini ia kemerahan dan juga rempah yg seimbang.

Caesar Salad

Seafood Soup

Kita pergi pula kepada pasta yg menjadi pilihan pelanggan di sini. Ada dua jenis yg mesti cuba iaitu Linguine Salmon dan Cioppino. Yg pertama itu Linguine dengan kepingan salmon dalam  sos krim Dill, manakala yg kedua pula spaghetti dalam sos herba campuran dengan makanan laut. Dua2 Mahamahu suka anda pula nak mana rasa2 lah..

Linguine Salmon

Cioppino

Pada yg suka makan kambing di sini adalah tempatnya juga. Kalau tgk pada dua hidangan ini pasti tertarik dan naik nafsu makan bukan. Pilihan utama di sini adalah Braised Lamb Shank dan Baked Lamb. Hidangan pertama ni adalah masak tumis foreshank kambing dalam sos madu pudina, dan dihidangkan dengan kentang bakar. Manakala menu kedua pula kambing dibakar keras dalam sos madu pudina bersama dengan kentang panggang juga. Sapa kaki kambing ini adalah hero anda.

Braised Lamb Shank 

Baked Lamb

Pastinya Pizza adalah menu yg di nanti2kan kat sini. Pizza di sini di sediakan dengan selera tempatan iaitu di tambah cili padi atasnya. Elak dari tergigit cili padi ini kerana ia memang pedas dan menyengat. Pizza pilihan Mahamahu adalah Pizzaido iaitu hidangan mengandungi keju mozzarella, cili, cendawan, ayam cincang dan bawang. Kemudian korang boleh cuba Pizza San Special, iaitu dua dalam satu khas. Setengah calzone dengan salami ayam belanda setengah pizza dengan ayam cincang, tomato ceri, bawang putih, cili dan keju mozzarella. 

Pizzaido

Pizza San Special

Pada yg suka ayam pula boleh pilih menu Santa Barbara Chicken. Ia adalah hidangan dada ayam dengan salami ayam belanda dan keju pemadat, dihidangkan dengan kentang goreng dan sos lada hitam. Mcm rupa Golden Blue tapi ia lain sgt. Lepas tu satu lagi Chicken Chop iaitu fillet ayam dilapisi tepung roti dengan kentang goreng dan sos lada hitam. 

Santa Barbara Chicken

Chicken Chop

Tiramisu

Creme Brulee

Lepas makan semua hidangan ni masa untuk makan dessert pula pastinya yg enak2. Kat sini korang kena cuba Tiramisu dan Creme Brulee pasti terangkat. Sehingga kini, restoran Pizza San Francisco mempunyai 7 cawangan di Lembah Klang, yang terletak seperti lokasi di bawah.
  1. Bandar Baru Bangi
  2. Wangsa Maju
  3. Bukit Jelutong
  4. The Mines
  5. Kota Damansara
  6. Cyberjaya 
  7. Kota Kemuning

Kedondong dan Banana Daiquiri

Restoran ini dibuka setiap hari 12:00tgh - 10:00mlm untuk makan tengah hari dan makan malam kecuali cawangan Cyberjaya ditutup pada hari Ahad. Jadi habiskan hari minggu anda dengan makan Pasta dan Pizza hebat di sini. Jom selamat mencuba.

RESTORAN PIZZA SAN FRANCISCO









0 Pandangan: