Aiskrim,

JWEL Aiskrim Baru Keluaran F&N Dengan 5 Perisa

Khamis, Januari 15, 2015 Mahamahu 0 Comments

JWEL Aiskrim Baru Keluaran F&N Dengan 5 Perisa - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila last anda menikmati aiskrim yg penuh dengan rasa kelazatan coklat yg di sadur pada perisa yg pelbagai. Tu lah yg cuba di tampilkan oleh F&N Creameries dengan penghasilan aiskrim yg mempunyai pelbagai perisa.


JWEL adalah nama produk aiskrim baru itu yg Mahamahu maksudkan. Baru2 ini telah di adakan Roadshow Ice Cream JWEL di The Curve Damansara Mutiara. Pada masa itulah di perkenalkan aiskrim baru ini kepada semua peminat aiskrim seperti Mahamahu. Kalau korang tgk pada bungkusan aiskrim ini ada mahkota yg berbeza mengikut perisa. Pada roadshow tersebut juga mempunyai kerusi coklat yg mewah seperti raja jadi ia memang coklat di raja hehehe.




5 perisa aiskrim JWEL

The Duke of Vanilla
Perisa vanilla yg kuat di dalam di saluti dengan coklat yg tebal dan enak. Kalau korang makan yg ni memang rasa vanila sesuai dengan coklatnya. Pak berwarna biru muda dan juga bakground hitam menyerlah keunikan pada aikrim ini. Ia menunjukkan kemewahan dalam perisa dan rasa pada aiskrim ini.


The Countess of Tiramisu
Bila Tiramisu di jadikan aiskrim ini ada satu lagi percubaan yg sungguh menjadi dalam gabungan coklat bersama rasa coffee ini. Bagi peminat minuman kopi ia adalah sesuai untuk anda dengan rasa yg jelas dan juga kemanisan yg terasa. Patut di cuba lihat warna purple dan juga hitam mengiurkan untuk anda.


The Duchess of Double Chocolate
Yg ini adalah paling Mahamahu suka dan menjadi pilihan kerana mempunyai coklat di luar dan juga coklat yg cair di dalam. Bila anda makan akan rasa kedua2 kelainan ini. Pada design mahkota ia adalah cukup exotic dan menarik membuatkan ia kelihatan mewah seperti rasanya.


The Earl of Caramel
Aiskrim dengan perasa caramel mesti lainkan. Sebab sebelum ini anda dapat rasa caramel dalam popcorn dan juga kek. Apa pun ia adalah gabungan mantap dan membuat peminat caramel penuh manis dan krim yg enak di dalamnya. Di saluti coklat pekat dan bila gigit ia mengigit anda semula memang menarik.


The Baron of The Black Forest
Ini pula adalah rasa dengan semangat yang mendalam untuk coklat yang paling gelap dalam alam, Rasa baron akan menggoda anda dengan penuh krim dan rasa coklat enak. Pada yg suka coklat gelap yg kuat ini adalah pilihan anda. Tgk pada mahkota ia adalah paling rasa sekali.


Bagi meraikan pengenalan kepada aiskrim JWEL ini pihak pengeluar telah menganjurkan peraduan untuk memilih perisa pilihat utama rakyat Malaysia. Anda boleh tentukan mana satu perisa paling menarik dan mewanan hati dengan tawaran hadiah iPad Air dan juga wang tunai RM200. Mudah dan paling senang nak menang hanya perlu layari laman peraduan mereka di laman web Jwel sekarang juga.




Apa pun koleksi aiskrim empayer ini telah menawan selera tempatan dan bakal memberi variasi dalam minat anda terhadap aiskrim. Mungkin anda akan berubah kepada aiskrim yg lebih berkrim dan enak sekali. Koleksi semua perisa JWEL ini kini telah pun berada di pasaran Malaysia sejak sebulan yang lalu. Anda boleh dpatkan pada harga RM3.50 sebatang di mana pasaraya dan juga kedai2 berhampiran anda.







0 Pandangan: