Endian Halal Restaurant Guilin China Bersama Mahamahu Di Bawakan Oleh AirAsia

Endian Halal Restaurant Guilin China Bersama Mahamahu Di Bawakan Oleh AirAsia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pertama sekali Mahamahu nak ucap jutaan terima kasih kepada AirAsia kerana menerbangkan Mahamahu terus dari Kuala Lumpur ker Guilin China. So lepas ini akan byk entry menarik sepanjang 5 hari Mahamahu berada di negara tembok besar itu. 


Penerbangan Mahamahu bersama dengan rakan2 media lain bermula dari KLIA 2 pada pukul 5.55pagi dalam penerbangan AK156 dan tiba di Guilin Liangjiang International Airport pada pukul 9.30pagi. Dalam penerbangan yg mengambil masa 3jam 30minit itu memang cukup pajang tapi cepat kerana keterujaan untuk menjejak kaki pertama kali di Guilin. Paling best dalam penerbangan juga Mahamahu di hidangankan dengan makanan special Nasi Lemak Pak Nasser's terima kasih AirAsia


Jadi dapat mengalas perut sementara menunggu untuk mendarat di sana, sambil tu layan tido dulu kalau jaga pun tak nampak apa2 pun kerana kiri kanan semua awan hehehe. Tiba di lapangan terbang Guilin kami di sambut dengan pemandu pelancongan dan terus di bawa ke destinasi pertama iaitu restorana Halal di bandar Guilin.


Inilah dia retoran Halal yg pertama kami tiba untuk mengisi perut yang dan bekeroncong. Endian Halal Restaurant terletak Chong Shan Road, Xiang Shan District, Guilin. Ia adalah antara beberapa restoran halal yg cukup popular di Guilin untuk pelancong muslim. Restoran ini tidak begitu luas tapi banyak juga meja untuk tetamu yg dtg secara bekumpulan. 



Begitu teruja sekali nak nikmati makan Halal yg terdapat di Guilin ini. Jgn risau buat kaki social media mcm Mahamahu dan juga kawn2 lain kat sana ada wifi tapi yg sedihnya kat sana tak boleh layari Facebook, twitter dan juga Instagram kerana polisi negara China menyekat semua media tersebut. Sementara tunggu makan di hidangkan jadi kami pun layan whatapps je lah nak bagi info kepada org Malaysia yg dah sampai di Guilin ni. Tgk aksi Yaya Natsumi memang cukup happening orgnya, Yaya pun salah sorang blogger yg turut serta trip ni baca post di sini [klik sini].



Restoran ini mengamalkan konsep dinning jadi semua hidangan akan di hidangkan di meja. Semua makanan kat China adalah makanan panas2 kerana daerah Guilin adalah antara kawasan sejuk boleh mencecah sehingga 10darjah celsius sejuknya. Sebab tu kami dtg sini semua pakai bukan setakat sweater biasa tapi winter coat kerana sejuk di sana akibat dari angin tapi tak ada salji lah masa kami dtg. 


Makanan dah tiba boleh tgk sendiri betapa kayanya makanan yg nampak sedap di Guilin ini. Kebanyakan makanan di sini adalah masakan goreng sayur mahupun makanan berdaging seperti ayam, daging lembu dan juga ikan. Tapi jgn risau kat sini makanan di jamin Halal untuk pelancong muslim mcm Mahamahu ini walaupun anda nampak mereka semua mcm org China biasa di Malaysia. 


Hidangan kami pada tghari ini terdiri daripada 8 jenis hidangan yg memang biasa di makan oleh ora2 di sini. Sebab tu makan petama yg akan di hidang sebagai pembuka selera di sini adalah Sup. Kalau korang tgk tu adalah sup sayur yg panas dan menyegarkan sesuai untuk di minum ketika sejuk. Tapi kat Guilin ini juga mereka menghidangkan nasi sebagai makanan utama jgn risau, cuma kat sini menggunakan pinggan yg lebih kecil berbanding Malaysia.




Hidangan tghari kami hari ini terdiri daripada Telur Dadar, Ikan Goreng yg ni Mahamahu tak sempat tanya ikan apa tapi sedap hati kerana banyak tulang hehehe. Ada juga makanan sayuran seperti Timun Goreng Sambal tapi jgn risau sambal atau cili kat sini tak pedas seperti di Malaysia jadi memang boleh di nikmati oleh semua org. Kemudian ada Daging Goreng Berlada, Seaweed Goreng, Sawi Goreng dan juga Tauhu Goreng. Memang ini semua makanan rakyat China tapi ia adalah Halal.




Kalau rakyat China tak saha kalau tak ada Teh China ketika makan tak kira tghari, malam atau pun pagi. Kami hari tu juga makan tghari di hidangkan dengan Teh China yg panas. Memang menyegarkan dan sesuai untuk mereka yg diet atau menjaga gula kerana teh di sini tiada gula ok. Jgn rusau air kosong ada juga kalau anda yg dah biasa makan dengan air kosong tapi air manis tak ada kena beli lain hehehe.


Apa pun hari pertama makan dekat Guilin ini tidak mengecewakan walaupun ia bukan selera kita rakyat Malaysia tapi masih sedap dan boleh untuk di makan. Perut boleh kenyang untuk meneruskan perjalanan seterusnya di Bandar Guilin ini. Banyak lagi lokasi yg kami nak pergi hotel pun belum chek ini dah pergi makan, lapo lah katakan jalan jauh dalm flight. So pada kawn2 semua sabr dan tunggu untuk entry percutian yg menarik serta tempat makan yg menarik di Guilin China ini masih banyak lagi Mahamahu nak kongsikan. Selamat bercuti pada semua kawan2...









0 comment... add one now