Ayam Penyet,

RJ Ayam Penyet Kopitiam Raja Segala Makanan Di Kuching

Jumaat, November 21, 2014 Mahamahu 0 Comments

RJ Ayam Penyet Kopitiam Raja Segala Makanan Di Kuching - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ni adalah post kedua terakhir perjalanan Mahamahu bercuti di Kuching, kalau korang nak tgk kisah percutian Mahamahu sebelum ini boleh tgk di sini [klik sini]. Mahamahu nak cite satu lagi tempat makan terbaik di Bandar Kuching yg anda mesti singgah bila dtg sini.


Ini lah dia RJ Ayam Penyet Kopitiam, kat bandar Kuching ini memang banyak sgt restoran ada masakan ayam penyet. Tapi menurut kata org Kuching sendiri di sini adalah raja segala ayam penyet. Menurut mereka kalau nak rasa betul2 masakan ayam penyet kena dtg cuba kat sini. Jadi Mahamahu pun tak nak lepaskan peluang untuk makan ayam penyet yg di katakan terbaik tu.



Tapi Mahamahu tak makan dining kat sini sebab dan dekat nak malam family semua nak balik jadi kerana tak nak terlepas menikmati ayam penyet terbaik maka kami bungkus makanan kat sini untuk makan kat homestay. Kami order memang banyak lah cukup kenyang untuk makan malam anda.

Raja Ayam Bakar

Sotong Penyet

Raja Ayam Penyet

Kami order set Raja Ayam Penyet, set Sotong Penyet, Raja Ayam Bakar dan juga set Raja Ikan Bakar. Semua set ini datang dengan nasi putih bersama sos sambal buatan sendiri, sambal kicap, tauhu goreng dan tempe goreng serta sayur2an segar. Kalau set ikan bakar tu menggunakan ikan bawal yg memang besar boleh tgk sendiri lah dalm gambar tu.

Raja Ikan Bakar

Kalau nak order makanan penyet lain pun ada juga seperti Udang Penyet, Pecel Lele dan Ayam Pandan. Kalau yg nak order goreng2 panas memang ada jual kat sini seperti Kueh Tiaw Raja, Nasi Goreng Raja, Mee Goreng Raja dan Nasi Goreng Rendang. Semua ini harga berpatutan dan memang menarik.

Raja Banana Cheese

Tapi yg special kat sini satu jer iaitu Raja Banana Cheese. Korang nak makan banana cheese kat sini memang cukup  menarik kerena pisang goreng yg panas dengan cheese atanya memang cukup uphmm lah. Sekarang kat KL pun dah ada Banana Cheese kalau nak tahu boleh baca entry Mahamahu yg lepas di sini [klik sini]. 


Anda yg sampai Kuching mesti kena dtg ker Raja Ayam Penyet Kopitiam ini antara yg terbaik dan sedap di sini. Memang org Kuching pun rekmen kan restoran ini. Restoran ini di buka setiap hari dari pukul 6.30ptg hingga 2.00pagi. Kalau time malam tu memang selalu full house jadi kena dtg awal sikit ok. Selamat menjamu selera semua.

Korang boleh follow facebook mereka di sini ok [klik sini]






0 Pandangan: