Limpahan Cheese di Gerai Banana Cheese Ampang KL

Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu ni, kali ni nak perkenalkan satu lagi tempat makan hebat. Tempat makan ni baru sahaja di buka dan baru sahaja beroperasi. Tapi tempat makan ni bukan saja ada satu menu makanan tapi kat sini mcm syurga makanan untuk org KL yg mahu mencari tempat makan santai.


Kat mana lagi kalau bukan kat FoodCourt Taman Kosas Ampang. Nak mencari tempat ni kalau guna google maps tak jumpa lah sebab baru sebulan sahaja beroperasi. Tapi kalau pembaca semua tahu Ampang Water Front tu ada satu simpang belah kiri selepas sahaja stesen minyak Caltex. Masuk simpang kiri tu nanti terus akan ada sebuah foodcourt baru buka, kat situlah tersembunyinya sebuah gerai makan Banana Cheese.


Kalau sebelum ni Mahamahu tahu Banana Cheese ni popular kat negeri Sabah dan Sarawak jer. Tapi kini Banana Cheese dengan rasa yg sama dan murah boleh didapati di Kuala Lumpur. 

Local-Food_300*250

Pemilik gerai ni boss Mahamahu dan beliau yg jemput Mahamahu dtg buat review kat sana thanks boss terbaik. Gerai no 10 ada signboard Banana Cheese yg satu2nya ada kat dalam food court tu.




Apa tu Banana Cheese? Sebenarnya Banana Cheese adalah makanan ringan seperti pisang goreng cuma special kat sini di limpahi dengan cheese chedar yang sedap di atasnya. Cara penyediaan pun agak senang iaitu di mana pisang digoreng dan panas diangkat kemudian dicurah dengan susu pekat manis dan juga taburan cheese yang sedap. Memang sesuai untuk buat makan petang dan malm sambil santai2.

Banana Cheese Coklat
Banana Cheese
Harga pun berpatutan kata pemilik kedai RM5.00 sepinggan dan ada pilihan boleh pilih Banana Cheese sahaja atau Banana Cheese Coklat. Mahamahu dah cuba dua2 memang sedap terbaiklah boss. Kalau nak cuba dtg sini dah rasai sendiri. Selain dari makan Banana Cheese ada juga makan berat lain kat foodcourt tu. Ada makana serata Malaysia kalau anda nak nikmati, so tak perlu pergi byk tempat untuk makan kat situ semua dah lengkap boleh makan seisi keluarga. Apa lagi mai lah FoodCourt Taman Kosas Ampang.








0 comment... add one now