Johnny's Restaurant Ringkas Dan Sedap Gaya Steamboat Tersendiri

Johnny's Restaurant Ringkas Dan Sedap Gaya Steamboat Tersendiri - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu dah banyak cuba makan steamboat kat KL ni dan memang semuanya menarik. Namun satu restoran yg Mahamahu pergi cuba sendiri ini ada gaya dan citarasa tersendiri. Johnny's Restaurant yg Mahamahu maksudkan memang cukup menarik dan sedap.



Di KL sahaja ada 4 cawangan Restoran Johnny's dan Mahamahu telah pergi cawangan yg nampak lebih bergaya di Alamanda Putrajaya. Negeri lain yg ada cawangan Johnny ini seperti Perak, Johor, Seremban, Melaka, Pulau Pinang dan Pahang. Bestnya dtg Johnny ini setamboat yg agak selesa dan tiada barang yg bersepah kerana ia adalah steamboat yg ala-cart anda boleh pilih set hidangan dan add on.



Kat Johnny ini bukan sahaja ada makanan steamboat walaupun ia menjadi hidangan utama tetapi kalau yg tidak berapa gemar kepada steamboat di sini juga ada hidangan panas lain. Masakan panas seperti nasi goreng dan juga lauk pauk yg enak2 dan sedap2.


Tapi Mahamahu paling suka ada steamboat di Johnny ini kerana sup yg di sediakan adalah yg terbaik terutama sup Tomyam memang cukup rasa dan uhmmm...Bagi first time boleh order Thai Steamboat Set untuk 2 dan 4 orang semua ada dalam tu seafood dan juga sayur-sayuran yg segar. Kalau nak add on pun ada banyak pilihan dan harga memang berpatutan.


Kalau time2 hujan dan sejuk2 memang sesuai untuk nikmati steamboat yg panas bersama sup yg sedap dan pedas2. Makan dengan nasi pun boleh sebab Mahamahu try makan ngan nasi memang best kerana nasinya bukan nasi biasa tapi nasi yg sedap seperti beras pulut. Pastu makan bersama dengan sambal yg pedas2 manis kat sini memang layan sgt.




Nak cuba Mahamahu galakan untuk anda dtg Johnny's Restaurant kerana steamboat sini simple tapi ada gaya tersendiri. Walaupun steamboat sini tiada grill tapi puas dan boleh tambah dengan ala-cart yg lain seperti nasi goreng dan juga lauk-pauk yg di masak panas. Mahamahu bagi 4 bintang daripada 5 untuk makan kat sini dengan harga yg sesuai. Jom makan......







0 comment... add one now