Anugerah,

Majlis Blogger Award 2014 Di Pak John Steamboat & Yong Tau Foo

Khamis, Oktober 02, 2014 Mahamahu 0 Comments

Majlis Blogger Award 2014 Di Pak John Steamboat & Yong Tau Foo - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pada 23 September 2014 yg lepas telah belangsung satu majlis penghargaan yg menghargai blogger2 dalam membantu promosi kepada industri restoran pemakanan di Malaysia. Itu yg cuba di tampilkan oleh Pak John Steamboat &Yong Tau Foo dalam majlis anugerah blogger 2014.


Bertampat di cawangan pertama Pak John Steamboat & Yong Tau Foo di Wangsa Walk majlis berjalan denga penuh meriah. Anugerah ini juga di anjurkan bersama dengan komuniti Hai Blogger dalam facebook. Terima kasih kepada Halim Brother dan juga Pak John Steamboat kerana majlis anugerah yg cukup bermakna ini buat blogger.


Malam anugerah tersebut menghargai lebih dari 22 org blogger yg telah lama berada dalam dunia blogger di Malaysia. Majlis juga turut di meriahkan oleh Vlogger yg hebat dan juga Blogger Ikon dalam dunia makanan sapa lagi kalau bukan saudara Sohoq dari blog Explorasa.my. Di antara Vlogger yg hadir seperti Azfar dari CubaTry Channel dan Shazreen Fazlynda juga Vlogger yg hebat. Mahamahu pun ada tgk video mereka ni memang kelakarlah. 

 
Malam majlis Blogger Award 2014 menganugerahkan kepada 3 Top Food Review dan juga menganugerahkan sijil perhargaan kepada barisan blogger yg terlibat seramai 22 org semuanya. Alhamdulillah Mahamahu tak sangka juga terpilih Top 3 Food Review blogger pada malam tersebut bersama dua lagi blogger yg hebat. Mendapat tempat pertama adalah di menangi saudari Nadia Johari dan tempat kedua saudari Ellie Toh. Kalau nak baca post yg membawa kejayaan kepada Mahamahu pada malam tu boleh baca kat sini [klik sini]. Tahniah kepada semua pemenang dan juga barisan blogger lain anda juga hebat2 belaka.

 


Mahamahu dtg sana sebab nak makan dekat Pak John Steamboat cawangan Wangsa Walk jer. Sebab sebelum ni kan Mahamahu ada buat entry untuk cawangan Pak John Steamboat dekat e-Curve kalau nak tahu baca kat sini [klik sini]. Dekat cawangan Pak John Steamboat & Yong Tau Foo Wangsa Walk ni lain sikit kerana style kat situ adalah lebih kepada ala-cart. Ala-cart ni style di mana pelanggan akan di beri pakej untuk makan steamboat tu dan setiap hidangan telah di sediakan dan akan dihidang kepada tetamu.




Itu yg membuatkan Pak John Steamboat di Wangsa Walk ni berbeza dari tempat lain dan special. Kat sini masih mengekalkan 6 jenis sup yg ada di Pak John Steamboat. Sup2 special seperti Sup Udang, Sup Tomyam, Sup Daging, Sup Kari, Sup Ayam dan Miso Sup. Bahan2 yg ada kat sini pun segar2 dan banyak juga walaupun ia adalah ala-cart. 




Apa pun terima kasih Mahamahu nak ucapkan kepada Pak John Steamboat dan juga Hai Blogger menganjurkan majlis anugerah dan penghargaan blogger yg cukup bermakna ni. Bukan setakat dpat makan tapi dapat juga sijil penghargaan dan anugerah daripada Pak John Steamboat. Moga lepas ni akan ada lagi restoran atau mana2 pihak yg akan menghargai blogger lebih daripada apa yg mereka dapat. Terima kasih semua...


Video daripada www.kaiostudio.com
Gambar daripada www.mohdrasul.com





 

0 Pandangan: