Kontiki Restaurant Makan Di Suasana Tepi Kolam Renang

Kontiki Restaurant Makan Di Suasana Tepi Kolam Renang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Jarangkan kalau ada makanan buffet malam di tepi kolang renang yg cantik dengan patulan cahaya malam. Itu lah yang Mahamahu rasakan bila pertama kali pergi makan malam di Kontiki Restaurant. Kontiki Restaurant ni baru sahaja di buka dalam The Federal Kuala Lumpur. The Federal Kuala Lumpur adalah hotel tertua di Kuala Lumpur sebaya dengan kemerdekaan negara iaitu 57 tahun. 




Mahamahu berkesempatan untuk merasai makan malam di Kontiki Restaurant @ The Federal Kuala Lumpur. Bila anda masuk ke sana anda akan rasa suasana seperti sebuah kapal kerana pintu masuk ada sebuah kontena dan bila masuk dalam ada kotak2 seperti kotak dalam kapal yang besar. Nama Kontiki dalam sejarah adalah rakit yang digunakan oleh Norway explorer dan penulis Thor Heyerdahl dalam ekspedisi 1947 beliau merentasi Lautan Pasifik dari Amerika Selatan ke pulau-pulau Polinesia. 


 
Tu serba sedikit tentang suasana dalam Kontiki Restaurant ini dan juga sejarah restoran ni. Kini kita lihat menu2 yg di sediakan dalam restoran ini. Hidangan buffet dengan rasa antarabangsa dan hidangan tempatan asli dari bahan-bahan bermusim yg segar segar. 






Buffet Kontiki Restaurant menampilkan pelbagai pilihan pada campuran unik asia dan benua masakan bersama hidangan masakan tradisional dengan kemuncak utama iaitu daging itik panggang mewah seperti Perking Duck, Pee Pa Duck dan pelbagai gaya itik barbeku ala Hong Kong. 



 

Makan malam di bufet ini juga menampilkan Stesen BBQ tambahan dengan pelbagai makanan laut, kerang, ayam dan daging serta satay. Ini stesen BBQ silinder adalah salah satu seumpamanya dan ia adalah di mana Grill Shawarma dan ketuhar alat panggang listrik. 






Terdapat juga setesen Nyonya Laksa, Asam Laksa, Udang Noodle dan Hainan Chicken Rice disertai juga pasta, pizza dan sandwic. Bagi pembuka selera, sup dan pencuci mulut, menu baru ini menonjolkan satu gabungan hidangan Pasifik Selatan seperti Ika Rimurimu (rebus fillet ikan dengan sos rumpai laut dihidangkan dengan kentang puding), Mitikau Stew (kiub daging lembu rebus dengan sayur-sayuran akar dihidangkan dengan ubi keledek panggang), Reme Tapatapahia (panggang dihidangkan dengan sos epal pudina) dan Kaimoana Platter (makanan laut goreng dengan buah-buahan salsa dip). 





Kontiki Restaurant ini di buka setiap hari untuk buffet makan tghari dan buffet makan malam sahaja. Tapi tidak semua makan malam ada pada tghari. Mahamahu rasa hidangan di sini memenuhi selera tempatan dan juga rasa yang sedap dan menyelerakan. Berbaloi untuk makan di sini bersama keluarga dan kawan2.  Mahamahu rekmenkan Kontiki Restaurant ini pada semua kawan2 yg nak cuba boleh dtg sendiri. Kalau nak dpatkan maklumat lebih atau tempahan lanjut boleh korang layari laman web mereka seperti di bawah. Selamat menjamu selera....

Harga 
Buffet Lunch Isnin - Jumaat
RM88.00 ++ Dewasa
RM48.00 ++ Kanak-kanak

Buffet Dinner Isnin -Khamis & Ahad
RM98.00 ++ Dewasa
RM58.00 ++ Kanak-kanak

KONTIKI RESTAURANT @ THE FEDERAL KUALA LUMPUR
Laman web : www.fhihotels.com
                     : www.kontiki.com.my
Tel                : 03 - 2148 9166
Fax               : 03 - 2148 2877





0 comment... add one now