Happy Birthday,

Sambutan Sederhana Tapi Meriah Bersama Kawan2 Tercinta

Rabu, Julai 16, 2014 Mahamahu 0 Comments

Sambutan Sederhana Tapi Meriah Bersama Kawan2 Tercinta - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Seperti ramai sedia maklum mana yg telah mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran Mahamahu yg ker 31 baru2 ini, jutaan terima kasih Mahamahu ucapkan dan Mahamahu doakan anda juga gembira dan bahagia bersama insan tersayang.


Kepada yg wish ulangtahun dekat Facebook yg Mahamahu tak sempat balas and tak perasan Mahamahu mohon maaf kat sini dan di sini Mahamahu nak ucapkan terima kasih sangat2. Ingat dah tak ada org ingat hehehe tapi maklumlah sambutan dalam siri 30an ni agak berlainan daripada sebelum ini. Kebetulan sambutan tahun ini jatuh pada bulan mulia bulan Ramadhan Mahamahu tak beria sgt nak buat besar-besaran.

 

Cuma buat program berbuka puasa bersama kawan2 rapat dan kawan2 dalam susah dan senang Mahamahu sepanjang dalam kehidupan ini. Terima kasih kepada Concorde Hotel Kuala Lumpur kerana menaja lokasi dan majlis berbuka puasa dan sambutan harijadi Mahamahu bersama kawn2. Terima kasih kepada kawan2 yg hadir iaitu Aliff Haikal, Uncle Syaf, Raihan, Fairuz dan adik bongsu Wan. Anda semua memeriahkan hidup ini dengan gelak tawa dan susah senang bersama.


Terima kasih pada yg bagi hadiah hehehe tak sangka dah tua ni pun dpt hadiah lagi hehehe terima kasih sangat2. Lepas celebration di Concorde Hotel lepak2 pula di Pavillion KL untuk sembang2 setelah sekian lama tak habis masa sebegini selalu dalam chat sahaja. Mahamahu rasa hari tu paling bahagia dan seronok walaupun tak lama. Terima kasih kepada semua yg hadir dan rakan2 sekalian....