Nasi Pinggan Sekilo Nilai 3

Nasi Pinggan Sekilo Nilai 3 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pernah dengar Nasi Pinggan Sekilo? Mahamahu pun tak pernah dgr heheheh bukan nak cite pasal nasi tapi pasal pinggan sekilo. Hari minggu yg lepas Mahamahu pergi shopping di Nilai 3 saja cari2 sedikit barang2 untuk raya ni. Sambil jalan2 mencari barang tu termasuk satu kedai dengan jualan yang banyak.


Bukan jualan pakaian atau langsir tapi jualan pinggan mangkuk. Satu kedai di penuhi dengan pinggan mangkuk plastik yg pelbagai warna dan bentuk. Tapi yang lagi unik nya kedai ini pinggan2 ini bukan di jual pada harga RM2, tapi pinggan ini di jual timbang. Huhuhu firstime Mahamahu tgk cara jualan pinggan secara timbang kilo.


Kalau tgk pada sign kat kedai ni semua pinggan mangkuk ini di jual timbang dengan harga sekilo RM8 sahaja. Beli lah apa2 jenis pinggan mangkuk tak kira bentuk dan warna yg ada kat situ semua harga mengikut timbangan. Masa nak bayar pinggan mangkuk anda akan di timbang oleh penjual untuk di kira berapa harganya. 



 

Bestkan kalau tgk dalam kedai ni ruang luas mcm gudang barang yg penuh dengan pinggan mangkuk. Kalau tak silap semua pinggan mangkuk ini di bawa dari negara China. Semua ada jenis dan warna menarik untuk pilihan. Tapi paling penting pilih kena pilih dengan betul2 kerana ada yg telah rosak dan mengalami masalah fizikalnya. Jadi jgn cepat buat pembelian check betul2 pinggang mangkuk yg anda nak beli.


Mahamahu dtg sana tertarik dengan satu pinggan bersaiz besar sangat mcm talam tapi ia adalah pinggan plastik. Sebab kat sini semua hanya menjual pinggan mangkuk plastik sahaja tak ada yg kaca. Mahamahu pun telah beli pinggan besar ini bila timbang harga boleh cecah RM10 untuk sepinggan. Memang mahal boleh tahan tapi bila tgk bentuk dan warna menarik. So kalau nak pergi sini boleh cari kedai jual pinggan mengikut timbang kat Nilai 3 ok. Sesuai untuk yg nak mula business restoran atau buat katering. Jom shopping......