Dapur Mahamahu Masak Kek Coklat Baldu Dengan Philips Electric Pressure Cooker

Dapur Mahamahu Masak Kek Coklat Baldu Dengan Philips Electric Pressure Cooker - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tak lama lagi kita bakal meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa. Hari Raya tak lama jer lagi persiapan raya anda mcm mana. Kuih raya dah buat atau dah beli? Mahamahu pun dah beli beberapa jenis kuih raya, tapi terasa nak masak kek khas untuk hari raya.


Kebetulan pula sebelum puasa hari tu Mahamahu telah menang hadiah saguhati daripada Philips sempena dengan program Philip Cook Off yg di adakah di Aeon Big Subang Jaya. Nak tahu apa yg Mahamahu masak dalam program tu boleh baca di entry Mahamahu yg lepas di sini [klik sini]. Terima kasih kepada Philips kerana telah menghadiahkan Pressure Cooker yg pelbagai guna dan boleh Mahamahu guna untuk masak kek. Tak percayakan yg Pressure Cooker daripada Philips ini boleh bakar kek, mai Mahamahu tunjukkan.


Biasalah bila nak masak kek kena sediakan bahan2 utama untuk memasak. Paling penting kena ada tepung kek coklat, telur 3 biji, minyak sayuran dan juga air masak. Mahamahu cuma cari yang bahan yg dah siap sebab tak berapa pandai nak bancuh tepung ni nanti tak jadi lak. Bila dah ada semua bahan ini bancuhkan bahan ini semua dalam satu bekas dan pukul sehingga adunan sebati seperti dalam gambar di bawah ini.


Tapi sebelum itu kena sapukan bahagian dalam periuk Philips Electric Pressure Cooker dengan butter. Lepas tu panaskan Pressure Cooker untuk selama lebih kurang 15 minit, seperti mana panas oven sebelum memasak. Setelah semua bahan tadi siap di adun dan Philips Electric Pressure Cooker pun telah cukup panas baru masukkan adunan kek tadi ke dalam periuknya. Selepas itu dekat papan utama Philips Electric Pressure Cooker kita boleh setkan untuk memasak macam2 masakan secara automatik sahaja. Jadi nak masak kek kita pilih icon kek untuk tempoh 45 minit sahaja akan siap masak.


Tak perlu risau akan suhu atau perlu untuk alih2kan kek tesebut kerana Philips Electric Pressure Cooker tu akan masak dengan sekata dalam tempoh yg di tetapkan. Tak perlu nak buka banyak kali hanya tunggu sehingga masa yg di berikan 45 itu habis. Dan lepas tu boleh buka untuk melihat hasil memang cukup mengkagumkan. Mahamahu sendiri tak percaya yer bahawa dapat masak kek dalam Philips Electric Pressure Cooker ini.



Bila dah siap tengok pada hasilnya memang cukup mengkagumkan dan sunggun cantik. Teksture kek cukup lembut dan masak dengan sekata tak ada bahagian hangus atau bahagian yg tidak masak. Memang best, mudah dan cepat jer rupanya masak kek guna Philips Electric Pressure Cooker ini. Bila dah sejuk boleh kuarkan untuk di hias kek ini. Maaf lah kalau Mahamahu tak pandai nak hias kek hehehe baru belajar tapi dapat hasil yg memuaskan.



So lepas ni Mahamahu boleh belajar lagi untuk buat kek sendiri dengan perisa sendiri, setelah adanya Philips Electric Pressure Cooker ini. Baru rasa yakin nak buat kek untuk hari raya ni, kawn2 pun boleh cuba sendiri di rumah. Korang boleh juga belajar buat Coklat sedap dan mudah guna peralatan ni. Kalau tak nak beli oven boleh beli Philips Electric Pressure Cooker ini bukan sahaja boleh buat kek malah boleh masak mcm2 dalam tu. Boleh buat masak nasi, masak lauk pauk seperti ikan, ayam, daging malah juga ketam dan udang galah. Memang pelbagai guna dan juga pelbagai fungsi. So lepas ni tak ada alasan untuk tidak pandai memasak dengan adanya Philips Electric Pressure Cooker. Selamat memasak ok...

Nak dapatkan detail pasal Philips Electric Pressure Cooker ini boleh layari laman web mereka di sini [klik sini]