Nikmati Selera Kampung di Eastin Hotel Sempena Ramadhan

Nikmati Selera Kampung di Eastin Hotel Sempena Ramadhan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Diam tak diam rupanya kita bakal menghampiri bulan mulia buat umat Islam. Lebih kurang 2 bulan lagi kita bakal berpuasa dan menyambut kehebatan bulan Ramadhan. Bila dah nak bulan puasa ni memang saat di nanti oleh org yg berpuasa untuk memilih tempat berbuka puasa. Mahamahu ada satu tempat yg juga telah menyediakan buffet buka puasa untuk tempahan anda semua.


Eastin Hotel Petaling Jaya di dalam Swez Brasserie cafe menyediakan buffet Ramadhan yang juga cukup berbaloi untuk kita cuba. Bermula daripada 29 Jun 2014 hingga 27 Julai 2014 buffet dengan tema "1001 Rasa Selera Kampung" yg membawa menu asli masakan kampung rakyat Malaysia. Pada harga RM98++ bagi dewasa dan RM49++ untuk kanak-kanak adalah pada minggu pertama bulan Ramadhan manakala RM110++ untuk dewasa dan RM55++ untuk kanak-kanak bagi minggu seterusnya dalam bulan Ramadhan. 


Tema "1001 Rasa Selera Kampung" yg di ketengahkan oleh Swez Brasseries cafe adalah masakan traditional Melayu yg di bawah kepada penduduk Kuala Lumpur untuk di nikmati. Lebih daripada 200 jenis menu hidangan buffet menjadikan anda rambang mata untuk makan. Di mulakan dengan pembuka selera yang cukup special daripada negara2 popular selain daripada Malaysia. Ada Lemang bersama dengan Serunding Ayam, ikan dan daging, selain itu, ada juga hidangan dari negara Thailand seperti Larb Ghai, Laap Pla Duk, Miang Kam, Som Tam dan Kerabu Sotong.

Kuzi Kambing Panggang bersama Nasi Arab

Pari Panggang

Ikan Goreng Masam Manis

Kari Kepala Ikan

Daging Salai Bercili
Manakala bagi makanan utama dalam tema kali ini adalah seperti Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Daging Salai Bercili, Pais Ketam Bunga, Kuzi Kambing bersama Nasi Arab, Udang Sambal Petai dan mcm2 lagi. Selain itu juga di lengkapi dengan makanan kegemaran ramai iaitu Satay Kambing, Lembu dan Ayam Percik menjadi kegilaan ramai bila bulan Ramadhan. Mahamahu paling suka makan Sotong Sumbat Pulut dan juga Ikan Pari Panggang memang terbaik kat situ. 

Patin Masak Lemak Tempoyak

Udang Sambal Petai

Satay Ikan, Kambing dan Ayam Percik

Pais Ketam Bunga

Sotong Sumbat Pulut

Lepas semua makanan pembuka seleras dan makanan utama acara kemuncak pada buffet di Swez Brasserie Eastin Hotel PJ ini adalah kaunter pencuci mulut yang cukup2 special. Ini kerana mereka menyediakan hidangan daripada buah-buahan tempatan yg cukup popular dan juga kegemaran ramai iaitu raja buah Durian. Pencuci mulut yg terdiri daripada adunan dan campuran yang di olah dengan Durian cukup special di sini. Antara menu yg hebat adalah seperti Durian Cream Puff, Baked Durian Cheese Cake, Durian Crepe, Durian Cream Brule, Durian Swiss Roll, Bubur Durian, Durian Goreng dan banyak lagi untuk anda nikmati. 





So memang rugi sesangat kalau tak dtg and cuba sendiri buffet Ramadhan di Eastin Hotel PJ ini kerena kelainan menu2 yg ada. Mahamahu sendiri tidak mampu nak makan semua memang bebaloi untuk anda makan berbuka puasa. Paling special untuk buffet kat sini adalah Tempah 10 org dapat Percuma 1 org. Wow hebat kan tawaran kat Eastin Hotel ini untuk buka puasa. Cuma kita jer lah nak pilih mana satu dan paling penting kena makan dengan berhemah dan juga berjimat cermat. Bulan puasa bukan bulan untuk makan ikut nafsu tapi kena kawal segalanya ia memberi lebih keberkatan pada puasa kita nanti betul tak. Selamat menjamu selera pada semua....

Untuk tempahan boleh berhubung di tailian
03 7655 1111 ext 183








0 comment... add one now