Buffet,

Hotel Armada Petaling Jaya Hidangan Kemakmuran dan Panjang Umur

Selasa, Januari 07, 2014 Mahamahu 0 Comments

Salam kepada semua pembaca blog Mahamahu, berhampiran dengan sambutan Tahun Baru Cina 2014 yg tinggal beberapa hari lagi, Mahamahu dapat review sebuah hidangan istimewa Tahun Baru Cina. Kalau kita tahu hidangan tahun baru bagi bangsa cina mesti bertemakan kemakmuran, kekayaan dan juga panjang umur. Itu semua tak lari sebagai tradisi mereka setiap kali sambutan Tahun Baru China.



So setelah lama tak dpt menikmati makanan hidangan masakan bertema Tahun Baru China kini di Hotel Armada segala tersedia untuk anda meraikan tahun baru lebih meriah bersama keluarga. Bermula daripada 2 Januari 2014 hingga 14 Fabruari 2014 hidangan buffet makan malam tahun baru di sediakan sehingga malam kemuncak meraikan Tahun Baru China 2014.


Kat bawah ni antara hidangan yg tersedia untuk semua tetamu yg meraikan Tahun Baru China atau mereka yg nak merasai hidangan tahun baru pun boleh dtg menikmatinya di Hotel Armada. Kalau tgk pada gambar2 hidangan ni semua terliur dan tak muat perut nak isi. Ini lah antara hidangan yg akan di berika kepada tetamu istimewa sempena malam tahun baru china nanti.

Pei Pah Chicken In Orange Salsa Sauce

Deep Fried Sea Garoupa In Spicy Sesame Sauce

Steamed Tiger Prawn With Ginger Sauce

Braised Taukan With Mushroom In Black Moss Sauce

Fried Rice With Pineapple

Braised Seafood Mentaiko Soup

Sweet Red Bean Cream With Snow Sago & Shanghai Pan Cake

Hidanga bangsa china tak lari daripada sayur-sayuran, cendawan, daging itiik, daging ayam dan juga seafood. Hidangan simple tetapi sedap dan menarik nafsu untuk makan sehingga kenyang. Mahamahu sendiri makan pun memang sedap dan berbaloi untuk makan sempena tahun baru ini. 

Fakta harga
Chinese New Year Reunion Buffet Dinner
RM 70++ per adult
RM 49++ senior citizens
RM 35++ per child

Pasti kalau sambutan tahun baru makan malam bersama keluarga yg berkumpul tidak lengkap dengan Yee Sang. Ini adalah ke istimewaan sambutan Tahun Baru China mereka akan nikmati makan mlm keluarga bersama Yee Sang. Menurut kata masyarakat china bila masa menggaul Yee Sang makin tinggi gaulan makin panjang umur dan pulak tu bila gaul tu sambil membuat hajat yang baik2 jer. Best kan budaya kat Malaysia ni mcm2 dan sungguh unik.

Prosperity Yee Sang With Crustacean

Hidangan Yee Sang terdiri daripada beberapa set yg berbeza:

Fruitti Veggie Yee Sang (vegetarian)
Salmon Yee Sang 
Butterfish Yee Sang

Semua adalah pada harga RM 40++ per unit.


Selalunya perayaan mlm tahun baru china di nikmati bersama keluarga dan sanak saudara jauh dekat untuk makan bersama. Maka dengan itu Hotel Armada menyediakan menu set eksklusif khas untuk tempahan meja 10 pax. Lebih sihat, lebih kekayaan dan lebih nasib yang bertuah untuk hidangan special ini.


Blissful Longevity Set Menu RM 988++
Everlasting Success Set Menu RM 1088++
Bountiful Treasures Set Menu RM 1188++

Tempahan awal adalah di galakan boleh terus berhubung di sini.

Tel : +603 7954 6888 ext 4557
Email : armada@armada.com.my








0 Pandangan: