Aktiviti,

Hari Jadi Tammy Meriah Di Haagen-Dazs

Sabtu, Januari 04, 2014 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca blog Mahamahu dan juga rakan2 sekalian, sempena dengan cuti tahun baru hari tu Mahamahu dpt jemputan sambutan hari jadi daripada kawan blogger juga. Sapa tak kenal Tammy Miu pengasas kepada group Butterfly Project Malaysia di facebook. Mahamahu kenal Tammy ni pun buat pertama kali joint event yg mereka buat semasa di Lost World Of Tambun



Masa tu baru dpt kenal dengan Tammy seorang yg ceria dan begitu ambil berat pada semua ahli2nya yg sertai event2 anjuran mereka. Group ni antara group yg aktif juga kat dunia blogger ni memang best byk aktivit mereka terutama kepada kaum wanita kerana mereka lebih kepada fesyen and kecantikan aktiviti.



 


Sambutan hari jadi Tammy di adakan di Haagen-Dazs Soho Kuala Lumpur Solaris Dutamas. Firstime Mahamahu dtg tempat tu dan tak pernah sampai ker Soho KL tu. Tempat yg sejuk sebab atas bukit dan banyak angin kat area tu best lepak2 kat luar area tu. Kat situ byk tempat makan dan juga tempat hiburan untuk chill2 bersama rakan2.



Kat Haagen-Dazs ni kedai aiskrim yg cukup popular kalau nak rasa aiskrim international memang ini lah tempatnya. Ada berbagai perisa yg sedap, kami hari tu di hidangkan dengan set hidangan aiskrim sempena dengan tahun baru. Dalam tu ada aiskrim, buah-buahan dan juga biskut yg boleh di cicah dengan coklat panas. Memang sedap dan menarik nak kenalah cuba sendiri kat sini.




Sebelum makan tu ada sikit aktiviti pertandingan sikit untuk kita eratkan silatulrahim. Kat situ lah Mahamahu dpat kenal ramai kawn2 blogger kecantikan dan fesyen ni. Mereka ni sebenarnya peramah dan biasalah perempuan kalau berjumpa tak henti2 ckp entah apa yg di bualkan. Apa pun Mahamahu enjoy hari tu terima kasih pada Tammy and semoga sihat dan sentiasa berjaya selalu ok.







0 Pandangan: