Aktiviti,

Aiskrim Durian Musang King Hanya Di StickHouse

Selasa, September 10, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan juga rakan2 blogger sekalian. Yg rajin komen and yg rajin bagi pendapat serta yg tak henti2 nak tgk review makan yg Mah@mahu sempat buat. Sejak kebelakangan ini agak sibuk and jarang dpt buat review. So kali ni nak review all out tentang makan kalau korang ada tempat makan yg best just bagi tahulah Insyallah Mah@mahu akan dtg and review terbaiknya.


Mcm yg Mah@mahu nak review kali ini tentang aiskrim lagi. Hari tu dah buat aiskrim tapi kali ni dapat deco aiskrim pulak. StickHouse Gelato aiskrim mungkin nama baru bagi peminat aiskrim di Malaysia. Memanglah kerana product ini berasal daripada Itali yg teknologinya di bawa ke Malaysia untuk di nikmati oleh rakyat Malaysia. StickHouse Gelato aiskrim telah 2 tahun bertapak di Malaysia dengan cawangan pertama di buka di CittaMall PJ. Kini telah berkembang dengan adanya 4 cawangan seluruh Malaysia iaitu di The Garden, Sunway Piramid and Gurney Paragon Mall Penang




StickHouse Gelato aiskrim menggunakan 100% bahan asli semulajadi daripada bahan mentahnya sehinggalah bahan perasa yg di berikan pada aiskrim ini. Bak kata org kalau guna buat mangga tu memang original mangga yg di blend dikeraskan menjadi aiskrim. Huhuhu Sebab tu Mah@mahu berani jamin bahawa ia menggunakan buah-buahan asli dari negara asal buah tersebut. Seperti aiskrim istimewa khas hanya ada di Malaysia iaitu aiskrim perisa Durian daripada gred D24 atau kita panggil Musang King. Memang terbaik rasanya sebab Mah@mahu sendiri dpt rasa terus daripada fridge segar dan 100% durian asli yg di dapati di Malaysia.


 

Ni lah dia Aiskrim Durian Musang King special di StickHouse sahaja
Tak percaya kena pergi rasa sendiri baru tahu keaslian rasa durian tu. Kalau korang buka jer sarung plastik terus bau satu kawasan. Memang hebatlah penangan rasa durian daripada StickHouse. Kat tempat lain tak ada lagi aiskrim daripada durian Musang King hehehe, kegemaran tu. Bila korang makan aiskrim ni memang ia cair dalam mulut sungguh sedap dan nikmat tak terkata. Bukan nak buat cerita tapi kenyataan apabila menikmati makanan pencuci mulut terbaik dari ladang ni.




Kat sana ada lebih daripada 20 jenis perisa yg boleh di dapati daripada berbagai jenis buah-buahan. Ada perisa Strawberry, Mangga, Anggur, Nenas, Tembikai, Oren dan mcm2 lagi semua perisa buah. Kalau yg minat rasa coklat pun ada tapi ia adalah coklat yg unik lain dari lain kerana ia adalah coklat daripada Itali. Selain tu juga ada rasa kopi yg menggunakan kopi asli semulajadi. Kalau yg nak diet memang sesuai makan aiskrim ini kerana ia tiada lemak dan 100% bahan semulajadi sesuai sgt2.

 



Nak rasa memang berpadanan untuk datang ker sana dengan harga yg cukup bepadanan. Siap boleh pilih nak topping dengan bahan2 lain seperti coklat putih, Healzenut, Badam dan mcm2 lagi. Maklumat lanjut boleh layari facebook meraka di www.facebook.com/stickhousemalaysia. Rasa mcm nak bawa balik jer masa dpt makan aiskrim nak kongsi dengan kawn2 semua. Tapi Mah@mahu ada tawaran hebat pada pembaca setia sekalian.


* Untuk mendapatkan voucher 50% pembelian aiskrim StickHouse Gelato ini pembaca2 sekalian kenalah sharekan entry ini di facebook anda dan tinggalkan komen kat entry ini bersama email untuk di hubungi. Hanya 3 komen terbaik dengan share di facebook akan menerima voucher pembelian 50% aiskrim StickHouse. Cepat tawaran hanya terbuka sehingga 11 Sept 2013 (Rabu jam 12 tghari) sahaja. 







0 Pandangan: