Makanan

Menu Untuk Sahur

Selasa, Ogos 10, 2010 Mahamahu 8 Comments

Puasa sudah menghampiri kita dan juga akan kita hadapi selama sebulan dengan penuh keberkatan hendaknya. Tak sbr rasa nak berpuasa. So mcm2 persiapan dibuat semoga segala bejalan lancar persediaan fizikal dan mental. Termasuklah persediaan makanan untuk bersahur agar sentiasa segar seharian berpuasa. Selain untuk menahan lapar malah bersahur juga adalah untuk mendapat pahala sunat serta keberkatan daripada sahur itu sendiri walaupun hanya bersahur dengan minum segelas air. 


Tapi kat sini aku ada satu menu simple tapi berkhasiat yg di reka sendiri. Semenjak ada dpur lengkap ni mcm2 menu aku dah cuba hehehehe. Sesuai buat menantu ni wakkakakaka. Mungkin menu ni  dah biasa tapi aku buat telah di ubah serta direka sendiri untuk kesusaian selera sendiri. Menunya adalah 'Cucur Hotdog Quaker Oat' namanya sungguh simple dan juga mudah untuk disediakan berkhasiat serta berzat untuk diet heheheheh pandai jer aku. So kepada sapa2 nak cuba boleh dptkan resepi kat sini ok selamat mencuba.


Bahan2

1 cawan Quaker Oat
5 Sudu tepung gandum
4 Batang Hotdog
3 Biji Bawang merah
1 Batang daun bawang
1 Sudu kecik Meggi Secukup Rasa
Garam Secubit Rasa
Air sejuk secukup

Cara penyediaan

1) Campurkan tepung gandum dan juga Quaker Oat kedalam bekas bersama air sejuk yg secukupnya. Digaul sebati sehingga ia menjadi doh cucur.
2) Masukkan bawang serta daun bawang yang dipotong halus dan digaul sebati.
3) Masukkan garam dan juga Meggi secukup rasa gaul sehingga sebati. (Tambah air mengikut keperluan)
4) Akhirnya masukkan hotdog yg telah dipotong nipis dan digaul.
5) Panasakan minyak masak dan boleh digoreng seperti menggoreng cucur biasa.

Selepas agak berwarna kemasan dan juga nampak masak boleh diangkat dan dihidangkan untuk 3 org. Hias dalam pinggan dan boleh dicicah bersama cili sos dicampur dengan mayonis lagi sedap. Selamat mencuba menu sihat dan ringkas.








8 ulasan:

  1. hot dog tu dah peberet akak
    tapi oat tu...aduaaaii
    tuko ke nestum leh tak?? ekekekke

    selamt berpuasa mady

    BalasPadam
  2. ; bley la Yy cube niyhh

    BalasPadam
  3. cam sedap je kan.. hmmm meggi tu perencah ke megi sebungkus??? hehehe konpius...

    BalasPadam
  4. mana kenyang utk buat sahur je..kol 10am cnfirm lapar..hakhak

    BalasPadam
  5. selamat menunaikan ibadah puase jgk.tapi klu fahmie biase beli jer.hehe^_^

    BalasPadam
  6. ni minum ptg boleh la..
    sahur kena mlantak nasik gak

    BalasPadam
  7. bole cuba nie mady oiii:)
    hihihi

    BalasPadam