Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Unilever Food Solutions. Papar semua catatan

Chefmanship Akademi Mempertingkatkan Modul Pendidikan Untuk Pengurusan Sisa Dan Lebihan Makanan

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Chefmanship Akademi (CA) yang dikelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) kini memberi nafas baru untuk program inovatif dengan memperkenalkan modul baru iaitu pengurusan sisa dan lebihan makanan.


CA merupakan satu-satunya pusat setempat untuk pengendali makanan mempelajari tentang kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi supaya boleh menjadi cef bagus berasas penekanan di atas keusahawan bijaksana melalui memperkenalkan modul terbaru mulai sekarang.

Program ini adalah sebahagian dari Rancangan Kehidupan Lestari Unilever (Unilever Sustainable Plan) dengan matlamat meningkatkan tabiat kesihatan, kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia. Ketua Negara UFS Nusrat Perveen berkata di upcara pelancaran: “UFS memulakan program pertama CA 2017 bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk taklimat khas dengan penglibatan lebih dari 1,600 pengendali makanan sepanjang 3 hari sempena Bazar Ramadhan tahunan.


“Kami telah menerima maklumbalas positif untuk modul kini iaitu keselamatan makanan serta pengiraan kos dan sungguh wajar untuk memperkenalkan program terkini iaitu pengurusan sisa dan lebihan makanan. “Berdasarkan data dari Instititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), pembaziran makanan oleh rakyat Malaysia berjumlah 8,000 tan sehari dan kebanyakannya masih bersih dan boleh dimakan.

“Perbadanan Bangsa Bangsa Bersatu menganggarkan pembaziran makan sedunia berjumlah 1.3 bilion tan, bernilai RM4.4 trilion setahun dan cukup untuk memberi makan kepada 3 bilion orang!” UFS sudah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia sejak CA dilancarkan pada tahun 2013. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS),  Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.


Program CA juga dikendalikan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

N​usrat berkata: “Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya     di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini dianggarkan lebih 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA. “Kami amat bangga bekerjasama dengan rakan sepandangan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan dan ini membantu kami untuk terus maju.


“UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya pengendali  makanan yang terlibat dalam CA dapat meningkatkan teknik dan memperolehi pandangan mendalam untuk pengurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.”

Pengendali makanan akan diberi lebih kesedaran tentang trend industri dan memahami keperluan peraturan. CA menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman mengikut ​kerja dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.


Dengan mengadakan Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orangramai tidak terjejas bila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan atau keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar Ramadhan.

“Untuk mengeratkan komunikasi dengan pengendali makanan dan pihak perniagaan runcit, UFS telah mewujudkan satu rangkaian WeChat yang merangkumi lebih dari medium utusan alat mesej segera, di mana kita juga boleh berinteraksi dan memberi maklumat dan juga tip bagaimana untuk menjadi pengendali makanan yang lebih baik. “Kandungan rangkaian in termasuk resipi baru, aplikasi dalam mainan yang kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my,” Nusrat berkata.






Sahut Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Yang Telah Dibuka Sekarang Jom Sertai

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru-baru ini Maha dapat jemputan untuk majlis perasmian pembukaan satu pertandingan masakan kepada semua rakyat Malaysia yang minat memasak. Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 telah membuka gelanggang kepada korang yang suka memasak.

Harry Brouwer, Naib Presiden Eksekutif Unilever Food Solutions

Pertandingan ini pertama kali pihak UFS (Unilever Food Solutions) anjurakan pada tahun lepas. Kalau korang pernah baca tahun lalu Maha ada tulis tentang pengalaman pertama kali menjadi juri jemputan untuk program masakan, ini lah programnya. Tapi tahun 2017 ini dengar cerita lebih mencabar dan hadiah-hadiah lebih banyak dan hebat.



Majlis pelancanran yang telah di adakan pada 27 Mac 2017 yang lepas di Pullman Bangsar turut dihadiri oleh tetamu VIP Harry Brouwer, Naib Presiden Eksekutif Unilever Food Solutions dan Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen. Bersama juga pada hari tu adalah barisan peserta akhir tahun lepas dan juga juara. 


Pengurusan kanan UFS sibuk 'memasak' sebagai gimik pelancaran (dari kiri) ialah: Pengarah Pemasaran Rangkaian, Claire Sullivan; Timbalan Presiden Asia Tenggara, Ira Noviarti; Timbalan Presiden Kewangan, Gavin-Van Boekel; Timbalan Pengarah Eksekutif, Harry Brouwer; Timbalan Pengarah Eksekutif Asia, Australia dan Timur Tengah, Star Chen; Pengurus Pemasaran Malaysia, Angeline Ho serta Pengarah Urusan UFS Malaysia, Nusrat Perveen.

En Budiman Bistari Mohamed Juara Raja Kuah Knorr 2016


Hari tu juga semua tetamu dihidangkan menu special daripada juara tahun lepas iaitu hidangan Daging Purba Kuah Karipoley Knorr. Juara tahun lepas En Budiman Bistari Mohamed juga turun memuat sesi demo memasak hidangan yang telah menobatkan beliau sebagai juara pertandingan ini. Tengok skill En Budiman ini masak memang beliau seorang yang profesional dalam dunia masakan dan pengalaman membuatkan beliau juara.


Daging Purba Kuah Karipoley Knorr

Tahun ini sapa pula bakal menjadi juara kepada cabaran Raja Kuah Knorr 2017 andakah korang semua. Penyertaan tahun ini sangat mudah sekali hanya perlu menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah iaitu masak kari, masak kicap dan masak lemak dengan menggunakan Stok Ayam Knorr. Lepas tu seramai 20 penyerta akan dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir di Lembah Klang.



Hadiah Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 makin bertambah dan menarik sangat korang tengok sendiri mesti nak join kan :

Hadiah utama 
- Pakej umrah untuk 2 orang bernilai RM25,000 
- Wang tunai RM15,000 dan hamper
Naib johan 
- Wang tunai RM10,000 dan hamper
Pemenang ketiga 
- Wang tunai RM6,000 dan hamper
Pemenang saguhati 
- 13 x Wang tunai RM500 dan hamper

Tunggu apa lagi dah dibuka sekarang ni boleh hantar penyertaan korang di www.unileverfoodsolutions.com.my. Jangan lepaskan peluang kemasan ini.

Penyertaan dan pertanyaan :
Tel : 017 3078337 (Isnin -Jumaat 9pg-5ptg)
Alamat : Cabaran Raja Kuah Knorr
               No 23 Jalan Elektron U16/46, Denai Alam,
               40150 Shah Alam Selangor






Susah Senang Nak Jadi Juri Program Cabaran Raja Kuah Knorr Pengalaman Berharga Buat Mahamahu

Susah Senang Nak Jadi Juri Program Cabaran Raja Kuah Knorr Pengalaman Berharga Buat Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tak pernah menyangka untuk sampai ke tahap ini paling terkejut bila dapat undangan untuk menjadi juri program masakan. Maha bukan lah orang yang otai dalam dunia masakan seperti chef cuma masak di rumah sendiri jer. 


Melangkah satu lagi bahagian dalam dunia blog ini Maha dapat jemputan untuk menjadi juri program Cabaran Raja Kuah Knorr. Program ni Maha baru tahu dan study lah sikit2 tentang program ini kerana tak adalah nampak kita ni tak tahu sangatkan. Program cabaran memasak ini adalah dibuka untuk semua pengusahan dalam industri makanan seperti tokei2 gerai makanan, pengusaha restoran atau katering dan pengendali makan di mana2 sahaja.




Maha rasa teruja sebab ini pengalaman pertama nak menjurikan orang lain memasak hehehe. Apa pun bila Maha dimaklumkan bahawa Maha akan bersama dengan barisan chef profesional untuk jadi juri pada hari tu lagilah terujanya. Cuba teka sapa juri tu? Kalau Maha sebut mesti ramai kenal Chef Celebriti Chef Jo atau nama penuhnya Chef Mohd Johari Edris. Kemudian chef kedua yang bersama Maha pada hari tu adalah seorang Chef Profesional UFS Mohd Hadrin Mohd Din.




Wow semua nama2 besar dalam dunia masakan ni rasa macam diri ini kerdil sangat. Program pertandingan ini berlangsung di Checkers Hypermarket Shah Alam pada 17 April 2016 lepas. Bila sampai kat sana sangat rasa gementar dan terujalah juga sebab dapat jumpa ramai orang. Maha cite sikit pasal program Cabaran Raja Kuah Knorr ini untuk pengetahuan korang atau ada sapa2 nak join boleh juga. 





Cabaran ini dibuka kepada semua pengendali makanan di seluruh Malaysia.
Pertandingan ini ada 4 peringkat zon dimana yang pertama bertempat di Shah Alam untuk Zon Tengah. Kemudian akan pergi ke Zon Selatan iaitu di Johor Baharu yang telah tutup penyertaannya. Manakala bagi Zon Timur di Kota Baharu masih dibuka sehingga 13 July ini. Last destinasi iaitu Zon Utara di Alor Setar akan tutup sehingga 3 Ogos 2016 ini. 


Pertandingan ini anjuran Unilever Food Solutions mengendalikan produk Knorr di Malaysia maka semua penyertaan mesti menggunakan produk Knorr iaitu Chicken Stock sebagai hero. Sapa nak join yang masih buka lagi boleh hantar resepi korang bersama dengan bukti pembelian produk Knorr. Kalau nak lebih detail syarat dan terma pertandingan boleh layari laman sesawang ini www.ufs.com/rkk2016. 


Ok tu pada yang nak menyertai pertandingan ini di dua zon yang masih dibuka. Tapi pengalaman Maha menjadi juri untuk 10 orang peserta dan juga 10 jenis hidangan berasaskan  Kari, Masak Kicap dan juga Masak Lemak untuk Zon Tengah ini mencabar sangat. Mana tidak mereka ini kebanyakannya ada kedai makan sendiri dah lebih bertahun2 memasak. Tapi berkat tunjuk ajar dari Chef Jo yang sangat2 beperngalaman menjadi juri untuk program Masterchef Malaysia ia sangat2 membantu dalam penilaian peserta.

 



Korang leh tengok sendiri masakan yang disediakan oleh peserta pada hari tu cukup2 hebat. 10 menu yang disediakan iaitu Kari Kepada Ikan Knorr, Ayam Ceria Masak Lemak Cili Padi, Masak Lemak Cili Padi Ayam, Ayam Masak Lomak Noneh, Kari Ayam Cik Knorr, Kari Kasih Sayang, Bebola Ayam Masak Kicap Bunga Rampai, Tempe Jengkol Warisan Berkuah Kari Berperisa Ayam Knorr, Ayam Kicap Cahaya Bonda dan Kari Ayam Pantai Timur Knorr. 



Maha dan juga barisan chef profesional kena rasa semua masakan dan kena bagi markah mengikut apa yang kita dapat dari penelitian dan juga rasa. Tu semua Maha belajar dengan chef otai ok. Berkat tunjuk ajar juri berpengalaman terutama ketua juri Chef Jo, kami telah membuat keputusan pada hari tu. Pemenang untuk Zon Tengah Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 adalah resepi Bebola Ayam Masak Kicap Bunga Rampai. Tahniah kepada abang Raiei Mahidin yang diumumkan sebagai Juara Zon Tengah, hidangan abang memang menarik. 



Menang peringkat zon pun hadiah dah cukup lumayan dapat wang tunai RM5,000 bersama dengan barangan daripada penaja lain iaitu produk Butterfly bernilai RM1,000 dan juga produk Harmuni bernilai RM500. Juara setiap zon akan bertanding peringkat akhir 30 Oktober nanti untuk merebut gelaran Raja Kuah Knorr 2016. Hadiah juara keseluruhan lagi hebat iaitu pakej Umrah bernilai RM20,000 dan juga hadiah wang tunai RM15,000 bersama produk dari penajalah.




Apa pun ini adalah satu pengalaman yang baru bagi Maha menjadi juri. In Shaa Allah nanti peringkat akhir pun Maha dijemput lagi untuk jadi juri tunggu ok. Memang best dapat jadi juri ini dan juga dapat berkenalan rapat dengan barisan chef yang profesional. Lepas ni Maha akan lebih lagilah memasak di rumah dan buat video memasak yang korang boleh tengok resepi2 memasak dari Dapur Mahamahu disini. Ini semua nak memantapkan lagi skill memasak dan menambah pengetahuan dalam dunia masakan ini. Apa pun terima kasih kepada Unilever Food Solutions kerana percaya pada Maha untuk jadi juri. Nanti ada pertandingan jemput lagi ok hehehehe. Selamat membaca semua.