Chicken Stock,

Susah Senang Nak Jadi Juri Program Cabaran Raja Kuah Knorr Pengalaman Berharga Buat Mahamahu

Isnin, April 25, 2016 Mahamahu 2 Comments

Susah Senang Nak Jadi Juri Program Cabaran Raja Kuah Knorr Pengalaman Berharga Buat Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tak pernah menyangka untuk sampai ke tahap ini paling terkejut bila dapat undangan untuk menjadi juri program masakan. Maha bukan lah orang yang otai dalam dunia masakan seperti chef cuma masak di rumah sendiri jer. 


Melangkah satu lagi bahagian dalam dunia blog ini Maha dapat jemputan untuk menjadi juri program Cabaran Raja Kuah Knorr. Program ni Maha baru tahu dan study lah sikit2 tentang program ini kerana tak adalah nampak kita ni tak tahu sangatkan. Program cabaran memasak ini adalah dibuka untuk semua pengusahan dalam industri makanan seperti tokei2 gerai makanan, pengusaha restoran atau katering dan pengendali makan di mana2 sahaja.




Maha rasa teruja sebab ini pengalaman pertama nak menjurikan orang lain memasak hehehe. Apa pun bila Maha dimaklumkan bahawa Maha akan bersama dengan barisan chef profesional untuk jadi juri pada hari tu lagilah terujanya. Cuba teka sapa juri tu? Kalau Maha sebut mesti ramai kenal Chef Celebriti Chef Jo atau nama penuhnya Chef Mohd Johari Edris. Kemudian chef kedua yang bersama Maha pada hari tu adalah seorang Chef Profesional UFS Mohd Hadrin Mohd Din.




Wow semua nama2 besar dalam dunia masakan ni rasa macam diri ini kerdil sangat. Program pertandingan ini berlangsung di Checkers Hypermarket Shah Alam pada 17 April 2016 lepas. Bila sampai kat sana sangat rasa gementar dan terujalah juga sebab dapat jumpa ramai orang. Maha cite sikit pasal program Cabaran Raja Kuah Knorr ini untuk pengetahuan korang atau ada sapa2 nak join boleh juga. 





Cabaran ini dibuka kepada semua pengendali makanan di seluruh Malaysia.
Pertandingan ini ada 4 peringkat zon dimana yang pertama bertempat di Shah Alam untuk Zon Tengah. Kemudian akan pergi ke Zon Selatan iaitu di Johor Baharu yang telah tutup penyertaannya. Manakala bagi Zon Timur di Kota Baharu masih dibuka sehingga 13 July ini. Last destinasi iaitu Zon Utara di Alor Setar akan tutup sehingga 3 Ogos 2016 ini. 


Pertandingan ini anjuran Unilever Food Solutions mengendalikan produk Knorr di Malaysia maka semua penyertaan mesti menggunakan produk Knorr iaitu Chicken Stock sebagai hero. Sapa nak join yang masih buka lagi boleh hantar resepi korang bersama dengan bukti pembelian produk Knorr. Kalau nak lebih detail syarat dan terma pertandingan boleh layari laman sesawang ini www.ufs.com/rkk2016


Ok tu pada yang nak menyertai pertandingan ini di dua zon yang masih dibuka. Tapi pengalaman Maha menjadi juri untuk 10 orang peserta dan juga 10 jenis hidangan berasaskan  Kari, Masak Kicap dan juga Masak Lemak untuk Zon Tengah ini mencabar sangat. Mana tidak mereka ini kebanyakannya ada kedai makan sendiri dah lebih bertahun2 memasak. Tapi berkat tunjuk ajar dari Chef Jo yang sangat2 beperngalaman menjadi juri untuk program Masterchef Malaysia ia sangat2 membantu dalam penilaian peserta.

 



Korang leh tengok sendiri masakan yang disediakan oleh peserta pada hari tu cukup2 hebat. 10 menu yang disediakan iaitu Kari Kepada Ikan Knorr, Ayam Ceria Masak Lemak Cili Padi, Masak Lemak Cili Padi Ayam, Ayam Masak Lomak Noneh, Kari Ayam Cik Knorr, Kari Kasih Sayang, Bebola Ayam Masak Kicap Bunga Rampai, Tempe Jengkol Warisan Berkuah Kari Berperisa Ayam Knorr, Ayam Kicap Cahaya Bonda dan Kari Ayam Pantai Timur Knorr



Maha dan juga barisan chef profesional kena rasa semua masakan dan kena bagi markah mengikut apa yang kita dapat dari penelitian dan juga rasa. Tu semua Maha belajar dengan chef otai ok. Berkat tunjuk ajar juri berpengalaman terutama ketua juri Chef Jo, kami telah membuat keputusan pada hari tu. Pemenang untuk Zon Tengah Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 adalah resepi Bebola Ayam Masak Kicap Bunga Rampai. Tahniah kepada abang Raiei Mahidin yang diumumkan sebagai Juara Zon Tengah, hidangan abang memang menarik. 



Menang peringkat zon pun hadiah dah cukup lumayan dapat wang tunai RM5,000 bersama dengan barangan daripada penaja lain iaitu produk Butterfly bernilai RM1,000 dan juga produk Harmuni bernilai RM500. Juara setiap zon akan bertanding peringkat akhir 30 Oktober nanti untuk merebut gelaran Raja Kuah Knorr 2016. Hadiah juara keseluruhan lagi hebat iaitu pakej Umrah bernilai RM20,000 dan juga hadiah wang tunai RM15,000 bersama produk dari penajalah.




Apa pun ini adalah satu pengalaman yang baru bagi Maha menjadi juri. In Shaa Allah nanti peringkat akhir pun Maha dijemput lagi untuk jadi juri tunggu ok. Memang best dapat jadi juri ini dan juga dapat berkenalan rapat dengan barisan chef yang profesional. Lepas ni Maha akan lebih lagilah memasak di rumah dan buat video memasak yang korang boleh tengok resepi2 memasak dari Dapur Mahamahu disini. Ini semua nak memantapkan lagi skill memasak dan menambah pengetahuan dalam dunia masakan ini. Apa pun terima kasih kepada Unilever Food Solutions kerana percaya pada Maha untuk jadi juri. Nanti ada pertandingan jemput lagi ok hehehehe. Selamat membaca semua.






2 ulasan:

  1. Perrgghhhh dah jadi juri skrg abg maha.. Esok lusa jadi juri masterchef pula... Aminn.. Kipidappppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Juri cuba2 jer ni hehehehe baru nak belajar... Aminnnnn

      Padam