Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Tony Roma's. Papar semua catatan
Sambut Merdeka Dengan Lebih Meriah Bersama Menu Terbaharu Tony Roma’s ‘Plate Trio-tic’
Sempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-66, Tony Roma’s dengan bangganya memperkenalkan menu terbaharunya ‘Plate-Trio-Tic’. Menu ini bukan sahaja menampilkan hidangan lazat yang membangkitkan selera, malah ianya juga menjadi titik penyatuan bersama yang tersayang sambil meraikan semangat kemerdekaan.
Menu ‘Plate-Trio-Tic’ ini boleh didapati bermula dari 1 Ogos sehingga 1 Oktober di cawangan Tony Roma’s. Menu ini memperkenalkan dua Trio Feast Platters utama yang menampilkan air tangan yang terbaik dari dunia kulinari dan pengalaman gastronomi yang luar biasa. Trio Feast Platter A (RM163.90++) menyajikan daging lembu atau rusuk kambing Australia yang lazat, dihidangkan bersama salmon di atas topping berkrim, ayam salsa yang lazat, dan menara minuman Coca-Cola yang menyegarkan.
Manakala Trio Feast Platter B (RM189.90++) pula menggandingkan kombinasi daging lembu atau rusuk kambing Australia yang lazat, ribeye Australia demi-glace yang menggiurkan. ayam salsa, dan menara Coca-Cola. Pelanggan juga boleh memesan hidangan untuk seorang, seperti BBQ 1/2 Ayam (RM48.80++), Rusuk Daging Lembu atau Kambing Australia (RM99.90++), Ribeye Demi-Glace (RM105.90++), atau Salmon Salsa Nanas (RM66.60++) yang dihidangkan bersama segelas minuman ringan dan satu sup.
Komited untuk Menghidangkan Hidangan yang Penuh Kepuasan dan Inklusif untuk Semua Rakyat Malaysia. Tony Roma’s Kini Disahkan Halal oleh JAKIM.
Berbekalkan komitmen yang teguh untuk kualiti makananannya dan pengalaman inklusif buat pelanggan, Tony Roma’s juga bangga mengumumkan bahawa semua cawangannya di seluruh Malaysia telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pencapaian ini meyakinkan pelanggan bahawa piawaian halal menjadi keutamaan dalam semua aspek penyediaan makanannya.
“Pengiktirafan halal JAKIM sentiasa menjadi matlamat utama buat Tony Roma's Malaysia sejak kami memperkenalkan jenama ini di sini. Pengiktirafan halal di kesemua cawangan kami melambangkan dedikasi kami dalam memenuhi piawaian makanan dan keselamatan di tahap tertinggi. Ini memastikan setiap individu yang memilih Tony Roma’s sebagai destinasi makanan halal dapat menikmati hidangan kegemaran mereka dengan tenang dan tanpa rasa ragu-ragu. Oleh itu, kami amat berterima kasih kepada pihak JAKIM atas penilaian rapi dan bimbingan sepanjang proses pensijilan ini,” kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd, syarikat induk Tony Roma’s Malaysia.
Sempena berita baik ini, Tony Roma’s menawarkan hidangan istimewa untuk 30 ahli Bite & Bites terawal. Percuma Spicy Chicken Pasta dengan pembelian minimum RM30 dalam satu resit di semua cawangan Tony Roma’s di Malaysia. Hidangan yang menarik ini menampilkan ayam empuk yang dimasak sempurna dengan bawang putih, daun basil, pesto tomato, dengan rasa chipotle untuk kehangatan istimewa. Dihidangkan diatas pasta linguine dan taburan keju Parmesan, ia adalah hidangan yang mesti dicuba!
Tony Roma’s ialah jenama ternama berasal dari Florida, Amerika yang kaya dengan legasinya merentasi lima benua. Sebagai salah satu jenama tertua dan terkemuka dalam industri, ia telah mencapai kejayaan yang membanggakan, membolehkannya untuk terus berkembang ke pasaran global. Perluasan jenama ini turut tiba di Malaysia, di mana cawangan sulungnya telah dibuka di Sunway Pyramid pada tahun 2006. Sejak itu, Tony Roma’s telah menjadi jenama yang digemari di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya, dengan sembilan cawangan di seluruh Malaysia. Terkenal dengan hidangan tulang rusuk, makanan laut, stik, dan hidangan istimewa yang lain, reputasi jenama ini kian melonjak di kalangan rakyat Malaysia. Menghidangkan layanan mesra dan suasana meriah, Tony Roma’s menjadi tempat yang digemari ramai untuk berkumpul dan meraikan detik-detik istimewa.
Penghantaran makanan dan pesanan bawa pulang tanpa sentuh (contactless takeaway) di Tony Roma’s boleh didapati di GrabFood, Foodpanda dan ShopeeFood. Ikuti berita terkini tentang tawaran, promosi, dan banyak lagi di Facebook Tony Roma’s (@TonyRomasMalaysia) dan ikuti Tony Roma’s di Instagram (@trmalaysia). Sertai sambutan ini dan kongsikan pengalaman anda di hashtag #TonyRomasMalaysia dan #TimeforTR #platetriotic.
Mencari Tempat Berkumpul Dan Bergembira Bersama Tersayang Raya Ini Tony Roma’s Lah!
Terasa seperti perayaan yang berterusan di Tony Roma’s apabila melihat pelanggan-pelanggan yang datang untuk menikmati tulang rusuk dan stik yang lazat sepanjang tahun. Pintu Tony Roma’s sentiasa terbuka buat pelanggan untuk memastikan apa-apa sambutan menjadi lebih indah dengan memberikan pengalaman makan yang eksklusif tanpa melupakan keselesaan, membuatkan ia sesuai untuk semua ahli keluarga.
Tony Roma's Meraikan Ulang Tahun Ke 50 Dan Melancarkan Menu Akhir Tahun Bersama Duta Jenama Chef Dato' Fazley Yaakob
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Lama juga Maha tak menikmati makanan hidangan kayangan dari Tony Roma’s. Memang teruslah Maha tidak membuang masa untuk terima jemputan. Pulak tu katanya kali ini sempena dengan meraikan ulang tahun ke-50 dan melancarkan menu akhir tahun bersama duta jenama baharu mereka.
Sambut Tahun Baru Cina Raikan Dengan FORTUNE FEST Di Tony Roma's
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Welcome Back itu yang paling sesuai untuk dilafazkan bila setiap tahun kita di Malaysia akan menunggu masa untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Itu lah bestnya jadi rakyat Malaysia kerana semua perayaan kita raikan dengan aman dan makmur.
Tony Roma's Merayakan Musim Cuti Dengan Promosi Rib Rib Holiday
Salam sejahtera kepada emua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah musim cuti sekolah ni apa plan korang semua. Kalau nak makan Maha nak ajak korang kita cuba menu terbaru daripada Tony Roma's. Sempena dengan musim cuti sekolah dan juga sambutan Hari Natal nanti mereka memperkenalkan koleksi Rib Rib Holiday. Memang menu ini dicipta khas untuk membawa memori indah waktu cuti bersama keluarga dan anak-anak.

Tony Roma's Pakar Dalam Masakan Rusuk Dan Grill Membawakan Festive Delight
Salam sejahera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah kita dah masuk minggu kedua sambut Ramadan dan semua berjalan lancar hendaknya. Mana lagi korang nak pergi berbuka puasa ada tempat yang menarik. Kalau dah puas makan bufet apa kata cuba pula makanan daging dan rusuk panggan yang terbaik dimana lagi kalau bukan Restoran Tony Roma's.

Tony Roma's Memberikan Pilihan Fortune Feast Sempena Chinese New Year
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih tak tahu kat mana nak buat makan besar sempena dengan Tahun Baru Cina kali ini. Apa kata raikan tradisi menggaul Yee Sang special di semua restoran Tony Roma's seluruh Malaysia. Mengikut tradisi kepercayaan masyarakat Teong Hua, menggaul Yee Sang ini mengalu-alukan nasib baik, kemakmuran, kesihatan dan semua perkara yang bertuah dan semakin tinggi korang menggaulnya, semakin banyak nasib baik!
Steak Terbaik Dengan Pasangan Yang Sempurna Di Tony Roma's
Steak Terbaik Dengan Pasangan Yang Sempurna Di Tony Roma's - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila sebut nama Tony Roma's semua dah tahu keenakan dan steak yang ada di sana adalah antara yang terbaik. Maklumlah sebagai restoran penyedia makanan steak kat sini adalah pilihan Mahamahu kalau nak mencari steak. Berbaloi dengan harga dan juga service di sana rasa tak rugi kot untuk cuba.
Biasalah makanan berkonsepkan makanan hidangan barat ini mesti kena cuba daripada appetizer sehingga kepada dessert. Mula sekali pilih pembuka selera yang memang menjadi hidangan yang di suggestkan untuk anda makan. Roma's Sampler pembuka selera dengan ada 3 jenis hidangan yang ada dalam satu pinggan. Ada Red Hot Chicken Wing, Potato Skins and Half Onion Loaf bersama dengan 2 jenis sauce yang menarik iaitu Sour Cream and TR's Original BBS Sauce.
Kemudian untuk hidangan utama ini Grilled Lamb Chops. Dapat rasa kesedapan lamb chops dengan perapan rempah ratus dan juga masakan yang medium rear. Kalau anda nak makan rear atau juga well done. Bagi yang suka makan ikan salmon Mahamahu cadangkan hidangan ini Shrimp and Salmon Piccata. Ikan salmon di grill dengan sauce lemon dan di hidangkan dengan nasi dan juga sayuran segar jadi hidangan ini lengkap untuk anda makan.
![]() |
| Roma's Sampler |
Biasalah makanan berkonsepkan makanan hidangan barat ini mesti kena cuba daripada appetizer sehingga kepada dessert. Mula sekali pilih pembuka selera yang memang menjadi hidangan yang di suggestkan untuk anda makan. Roma's Sampler pembuka selera dengan ada 3 jenis hidangan yang ada dalam satu pinggan. Ada Red Hot Chicken Wing, Potato Skins and Half Onion Loaf bersama dengan 2 jenis sauce yang menarik iaitu Sour Cream and TR's Original BBS Sauce.
![]() |
| Grilled Lamb Chops |
Kemudian untuk hidangan utama ini Grilled Lamb Chops. Dapat rasa kesedapan lamb chops dengan perapan rempah ratus dan juga masakan yang medium rear. Kalau anda nak makan rear atau juga well done. Bagi yang suka makan ikan salmon Mahamahu cadangkan hidangan ini Shrimp and Salmon Piccata. Ikan salmon di grill dengan sauce lemon dan di hidangkan dengan nasi dan juga sayuran segar jadi hidangan ini lengkap untuk anda makan.
![]() |
| Shrimp and Salmon Piccata |
Pasta juga kat sini tak kurang hebatnya kerana banyak pilihan dan yang menjadi cadangan kepada anda untuk cuba adalah Chicken Alfredo Florentine. Yang ni macam pasta cabonara tapi sedap lagi dan rasa lain dari lain. Bagi minuman pula korang boleh pilih minuman baru iaitu yang mengabungkan buah-buahan tempatan. Yang Mahamahu pilih adalah Pina Mango Swirl menggabungkan buah mangga dan juga buah nanas. Terbaik sedap dan manis dengan rasa segar sangat.
![]() |
| Chicken Alfredo Florentine |
![]() |
| Air Kosong dan Pina Mango Swirl |
![]() |
| Dessert Trio |
Bagi pencuci mulut special kat sini adalah Dessert Trio yang mengandungi 3 jenis kek pencuci mulut yang menarik. Ada kek coklat dengan aiskrim, Red Valvet dan juga satu lagi tu macam cheese cake tapi Mahamahu tak sure. Apa pun dessert ini ada tiga rasa yang pelbagai mesti cuba. Apa pun makan kat sini berbaloi untuk anda cuba sekali sekala selalu2 tak adalah. Apa pun selamat menjamu selera ok.
Langgan:
Catatan (Atom)
Ramainya
Siapa Dia
Catatan Popular
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekali. Walaupun dalam ekonomi yang...
-
Entry kali khas aku buat semua blogger sempena dengan tahun baru yg akan tiba tak lama lagi. Maka aku nak buat satu servay yg bertujuan ...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau cuti panjang hujung...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Dalam proses normal baharu ini me...
-
Pasti ramai bosankan bila isu ini di janakan semula. Semua dah muak dengan teknik2 yg digunakan oleh Reader Digest dalam menipu semua org....
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ini pengakuan benar yang Maha nak buat sebena...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Me Famiglia korang pernah dengar tak nama r...
-
Penat tak tido satu mlm ni nak kira punya pasal nak pastikan ia adalah yg terbaik dan terlatest untuk semua blogger yg telah ...
-
Dalam landskap perniagaan yang dinamik hari ini, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah muncul sebagai pemacu penting pertumbuhan ekonom...
-
Sempena dengan perubahan domain baru ini maka Mah@mahu hendak menganjurkan satu bukan contest atau GA tapi bloglist. Sebab Mah@mahu telah m...

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)







