Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Terapi. Papar semua catatan

UBAH PEMIKIRAN, UBAH MASA DEPAN DENGAN MEMULIH DALAMAN JMD

BERBULAN-BULAN dia kemurungan. Banyak masalah terutama peribadi dan kewangan yang menghimpit. Masalah makin bertambah apabila kesihatannya turut terganggu. Mental gagal menghadami apa yang berlaku pada fizikal. Stres tak usah cakap, sana-sini belakang depan mencarinya. Hanya untuk menuntut hutang syarikat.



Itu empat tahun lalu. Dilalui perlahan-lahan dan Allah pertemukan Tuan Abib AlHabsyee dengan mereka yang memahami. Pengasas produk herba terkemuka, Jamu Mak Dara ini mula belajar mengenali kehidupan sebenar dan menemui apa yang dicarinya.



Melalui Terapi Bunyi dan As-Sakinah (sound bath and meditation) yang dipelajari daripada pemenang Best Sound Healing Asia, Ohana Jo, pengasas itu mengembangkannya pula ke dalam program Jajah Minda Diri (JMD) dan kini mula disambut baik khalayak masyarakat Malaysia.



“Alhamdulillah, kini saya mampu bernafas dengan tenang. Apa yang cuba saya kongsikan hari ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Dulu tidak berani berkongsi sebab saya sendiri masih belajar dan sekarang, walaupun saya membuka ruang, cuma untuk orang-orang tertentu.



“Saya sedar, ramai berdepan masalah dalaman yang tanpa mereka sedari telah membina sakit-sakit luaran dan mengganggu kesihatan. Apatah lagi yang berdepan dengan era pandemik Covid-19, terlalu banyak masalah mental yang timbul. 



Program Jajah Minda Diri seterusnya akan diadakan di Serendah, Selangor pada 29 November hingga 1 Disember ini dan disebabkan ia sangat eksklusif, hanya 20 tempat sahaja dibuka. Hubungi 017-3757500 atau 012-6828303 untuk tempahan.








Sound Healing Atasi Masalah Kesihatan Dalaman Dan Luaran Melalui Muzik

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Dalam kehidupan harian kita tak boleh lari daripada masalah peribadi mahupun masalah dalaman atau juga masalah tekanan dalam kehidupan. Memang semua orang akan almi perkara ini mungkin ada yang sedikit sahaja dan ada yang pada tahap kritikal. Sekarang ni pun ada pelbagai rawatan yang diperkenalkan kepada kita melalui rawatan klinikal atau juga terapi.


13 Penyakit Yang Boleh Diubati Dengan Rawatan Alternatif Terapi Mandi Ais

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita kalau sebut minum ais jer tak baik untuk kesihatan atau mandi pagi yang sejuk pun kita akan elakkan betul tak. Tapi tahukah kita bawa zaman tok nenek kita dulu mereka mandi air perigi lagi yang sangat sejuk setiap pagi.


Mungkin ramai tak tahu yang mandi ais atau minum air berais ini adalah satu alternatif rawatan kepada beberapa penyakit jiwa dan fizikal. 8 penyakit jiwa yang boleh dirawat dengan mengamalkan selalu mandi ais atau minum ais.

1) Penyakit was-was
2) Ketakutan
3) Perasaan bimbang
4) Kesedihan
5) Kegusaran
6) Kemurungan
7) Panas baran 
8) Kejahatan dalam diri


Tu untuk penyakit jiwa yang tak boleh dirawat dengan ubat tapi dengan mengamalkan terapi mandi ais atau minum air berisi ais. Manakala beberapa penyakit fizikal juga dapat dibantu dengan pengamalan rawatan seperti ini.

1) Masalah lemah otot, tulang dan saraf
2) Menyelesaikan masalah kesukaran tidur dan kelesuan
3) Masalah lumpuh dan gangguan saraf
4) Masalah kulit
5) Masalah obesiti

Bagaimana kita nak amalkan rawatan terapi ais ini secara konsisten dan betul. Di Home SPA ICE Therapy Seksyen 11 Shah Alam menyediakan semua kemudahan rawatan alternatif ini. Maha hari tu pergi sekali cuba mandian ais ini kerana nak tahu kebaikannya tapi paling elok adalah mengamalkan selalu.




Masa mula pergi tu agak risau juga sebab tak tahu macam mana prosedure dan juga apa kaedah yang mereka gunakan. Tapi bila dah cuba baru tahu ia sangat mudah, selamat dan selesa. Terapi mandian ais ini ada beberapa proses yang akan dilakukan iaitu pertama adalah mandian air garam. Mereka sediakan satu pool yang besar dengan air garam yang perlu mandi selama 10 - 15 minit.


Selepas itu barulah Maha di bawa ke ruang mandian hidroterapi ais yang disediakan. Buat masa ini mereka ada dua bilik mandian ais sahaja jadi kena datang awal atau buat booking lebih senang. Masa mandian ais tu lah baru kita dapat rasa kesegaran sebenar. 



Semasa nak mandi tu kita masuk kedalam kolam yang disediakan dan akan dialirkan air di atas kepala. Kemudian mereka akan masukan sedikit demi sedikit ketulan ais sehingga habis 2 pek besar. Dalam masa sama juga mereka ada masukan beberapa bahan utama dalam air mandian iaitu seperti nila, garam bukit, madu, kapur dan satu lagi tak ingat lak Maha.


Lepas tu kita akan disiramkan dengan air sambil tu mereka akan masukkan 8 wangian yang memberi rawatan tertentu kepada tubuh. Ada wangian untuk penyeri wajah, wangian untuk merawat bahagian perut, wangian untuk merawat bahagian dada dan banyak lagi. Selepas habis kesemua wangian kita akan direhatkan sebentar dalam kolam.



Lepas tu kita akan bilas badan dengan air Limau Nipis di dalam ruang bilik air yang disediakan. Maka siap sudah satu sesi mandi ais yang berlaku lebih kurang dalam 1 jam sahaja. Mereka juga menawarkan Terapi Fullmoon iaitu mandian ais pada hari bulan penuh setiap bulan. Rawatan fullmoon ini sesuai untuk wanita yang nak berkahwin mendapat seri.


Akhir sekali pula ada sesi bertemu dengan Dr pakar mereka untuk sebarang kaunseling dan khidmat nasihat. Masa tu Maha di terangkan dengan rawatan pengelan warna tubuh. Sebenarnya dalam tubuh kita ini ada warna-warna tertentu yang melambang kekuatan kita. Ini dilakukan oleh Dr yang pakar dalam bidang ini.


Rawatan lain yang juga turut ditawarkan di Home SPA Ice Therapy :-
- Rawatan reflexology
- Urutan tradisional
- Urutan kanak-kanak
- Urutan bersalin

Sapa-sapa nak cuba terapi mandian ais ini Maha galakan kerana memang ia memberi kelegaaan dan lepas mandi boleh tidur lena sangat-sangat. Pada yang nak cuba boleh pergi ker alamat dan berhubung dengan mereka seperti yang tertera di bawah ini. Selamt mencuba semua.

Waktu operasi :
Ahad - Jumaat : 10.00 pagi - 11.00 malam
Sabtu : Tutup

Pertanyaan hubungi :
Tel : 03 5523 7153
CVTSB : 03 5518 9371
Alamat : No 28, Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, 
               40100 Shah Alam Selangor