Apa yang menjadikan restoran stiq ini begitu istimewa adalah cara masakan steak mereka. Menurut kata chef di sini mereka menggunakan teknik sousvide sebagai teknik masakan yang istimewa.
SousVide adalah teknik masakan yang selalunya digunakan di restoran fine dine untuk mengawal keseragaman suhu dalam masakan.
Ini di mana setiap bahagian protein, ada suhunya tersendiri untuk memastikan daging tidak terlalu masak atau kurang masak. Dengan teknik masakan SousVide Chef boleh mengekalkan flavour & juiciness daging. Itu yang sempat Maha berborak dengan permilik restoran ini kenapa ia begitu istimewa lain daripada restoran steak yang lain.
 |
| Bone Ribs |
Kat sini terbahagi kepada 3 jenis daging iaitu lamb, beef and chicken. Paling mendapat perhatian oran ramai adalah
Bone Ribs. Maha mula-mula makan yang ini memang sangat lembut dagingnya dan hancur dalam mulut. Dengan sos yang special pulak tu membuatkan ia kombinasi yang terbaik.
 |
| Lamb Shank |
 |
| Lamb Stiq |
Kalau yang suka lamb tu boleh order special yang juga menjadi pilihan ramai pelanggan di sini iaitu
Lamb Shank, Lamb Stiq dan
Kambing Lambak. Korang boleh tengok sendiri semua daging kambing ini di penuhi dengan sos istimewa mereka. Setiap hidangan beef mahupun lamb dihidangan dengan berat dalam lingkungan 250-300gm jadi ia sangat sesuai untuk seorang makan.
 |
| Kambing Lambak |
Pada yang suka daging ayam pula ada juga dimasak dengan cara yang sama korang kena order
Chicken Blackpepper. Kalau korang perasan semua hidangan daging mahupun ayam mereka didatangkan dengan salah segar dan juga kentang US saiz lebih besar.
 |
| Chicken Blackpepper |
Bagi pilihan daging pula Maha sarankan untuk order
Beef Stiq. Nampak besar tapi daging tu sangat lembut dan mudah untuk dikunyah dan sangat sedap. Juga menarik untuk pilihan korang adalah
Grass Ged Striploin daging dipotong panjang-panjang sangat mudah untuk makan cicah dengan sos yang disediakan lagi menawan.
 |
| Beef Stiq |
 |
| Grass Ged Striploin |
Kalau yang nak tukar selera makan burger kat sebelah restoran stiq ini ada kedai
Burger Kaw Kaw. Boleh order yang ramai orang perkatakan iaitu
Burger Permaisuri dan
Burger Baconizer. Banyak lagi pilihan tapi ini yang ramai orang perkatakan menarik. So puas boleh makan daging pastu makan burger pulak memang kenyang satu malam tu.
 |
| Burger Permaisuri |
 |
| Burger Baconizer |
Walaupun kita datang hanya makan berbumbungkan pohon pokok
dan ada juga lah yang ada khemah bersama dengan lampu neon ia tetap
menarik minat ramai orang untuk datang makan kat sini. Maha nampak ramai
yang datang pasangan makwe pakwe date kat sini sebab makanan sini masih
nampak mewah tapi tetap mampu banyar sekali sekala nak belanja awek
hehehehe.
Jadi Maha dah jumpa tempat makan steak terbaik kat KL ni iaitu
stiq Wangsa Maju. Korang yang tak pernah datang kena datang cuba tak menyesal memang silap-silap nak datang lagi. Kedai ini buka setiap hari dari pukul
6.00petang hingga 1.00pagi. Restoran baru jer beroperasi pada 27 Oktober tahun lepas dan kita mereka mula stabil dan mengorak langkah menjadi peneraju masakan steak terbaik di KL.
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan :
3.5/5
Kesedapan :
4/5
Harga :
4/5