Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Shell Out. Papar semua catatan

Ombak Kitchen Makan Pakai Tangan Jer Biar Kotor Janji Puas

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jauh sikit perjalanan kali ini untuk membawa korang ke satu lagi restoran makanan laut yang segar dan berkualiti premium di Shah Alam. Maha pergi sampai ker Bukit Jelutong sana semata-mata nak mencuba makanan laut lambak atas meja atau ramai orang kenali dengan Shell Out.


Kali ini Maha ker Restoran Ombak Kitchen yang terletak di D'Vida Business Centre Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong Shah Alam. Kalau orang biasa datang kawasan ini ia memang menarik kerana ia bagaikan sebuah kedai dalam taman. Cuma restoran ini kalau korang datang bahagian parking memang tak nampak kerana ia berada dibahagian tengah kawasan air pancut dan kena jalan masuk sikit baru jumpa restoran ini.



Suasana dalam restoran ini deko seperti sebuah pelabuhan yang kita tahu menurunkan makanan laut segar-segar begitu juga disini. Kawasan luas dan banyak tempat duduk indoor atau outdoor semua boleh ikut keselesaan. Paling penting datang sini tak perlu pakai formal cukup dengan keselesaan anda untuk nikmati makanan laut lambak atas meja.



Maha sampai sini mula-mula ingat sesat sebab gelap kawasan ni kalau waktu malam tapi rupanya ada restoran didalamnya. Kat sini tema mereka makan 'Pakai Tangan Jer...' jadi semua pelanggan dibekalkan dengan sarung tangan pada yang nak gunakannya serta dengan apron plastik. Maklumlah makan makanan laut ini kalau tak comot tak sah terutama nak makan ketam dan udang.


Hari tu Maha dan kawan-kawan makan makanan laut lambak atas meja dengan dua sos iaitu Ombak Hot Cajun yang sangat popular dan juga Zesty Lemon Butter with Cheese yang lemak penuh cheese. Sos pilihan lain pun ada juga kalau korang nak cuba seperti Dark Chili Chocolate, Creamy Tom Yum Sauce dan Buttermilk Sauce. Semua sos ini bila Maha rasa mereka masak tidak menggunakan minyak masak biasa tapi menggunakan butter sebab tu rasanya sangat lemak berkrim.



Ombak Hot Cajun

Apa yang Maha makan malam tu adalah makanan laut dimasak dengan pelbagai jenis rempah ratus dan nampak macam pedas sebenar ini bukan pedas daripada cili tau tapi daripada rempah itu sendiri. Kemudian yang satu lagi sangat contrast dimana ia sangat berlemak dan memang semua peringkat usia akan suka sebab penuh cheese dalamnya.



Zesty Lemon Butter with Cheese

Dalam set makanan Shell Out mereka ini macam-macam makanan laut ada seperti udang besar, ada sotong, ada kepah, ada lala, ada tiram dan ada juga ketam nipah. Awas nasihat Maha kalau nak makan ketam tu kena gunakan alat pemecah ketam kerana kulit sangat keras dan bahaya pada gigi anda hehehe pengalaman ini. Kemudian di maniskan pula dengan buah jagung dan juga brokoli yang direbus berasingan.



Cara masakan Shell Out ini mereka lakukan adalah dengan merebus atau steam makanan laut  tersebut untuk mengekalkan kesegaran dan juiciness makanan laut. Ia juga adalah cara masakan yang lebih sihat bagi Maha lah. Hari tu memang puas makan sebab sangat banyak satu set tu tak silap Maha boleh makan dalam 4 ke 5 orang memang sangat kenyang.


Selain daripada makana laut yang biasa ini mereka juga ada mengimport beberapa makanan laut yang sangat popular dan menjadi pilihan ramai dengan harga yang berpatutan. Korang boleh piliha nak hidangan ala carte Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobsters, Rock Lobsters, Ireland Osyters dan Hamaguri Clams. Ini semua Maha tak sempat cuba hari tu sebab dah kenyang dengan shell out yang dihidangkan.



Kat sini juga popular dengan minuman ciptaan mereka sendiri. Macam Mocktail pelbagai rasa dan juga memberi kesegaran selepas puas menikmati makanan laut. Last sekali Maha dihidangakan dengan satu pencuci mulut yang penuh warna-warni iaitu Rainbow Dessert. Ia disediakan oleh chef itu sendiri depan mata kita memang sangat best. Tak pernah lagi ada kat tempat lain dah ia satu-satunya hanya di Ombak Kitchen.


Rainbow Dessert

Jadi kalau orang area Shah Alam, Setia Alam, TTDI, Subang dan sewaktu dengannya boleh datang sini sangat Maha sarankan. Ia buka setiap hari dari pukul 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad dari 12.00 tengahari hingga 12.00 malam untuk korang nikmati sepuas-puasnya. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera.

Sebarang promosi atau tempahan boleh hubungi :
Tel : 03-7734 4699 / 010-2205 946
Email : ombakkitchen@gmail.com



  



Steamboat & Grill Dan Shell Out Viral Yang Murah Di Area Seri Kembangan Juga Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama tak makan makanan laut ini kali ini Maha nak bawa korang semua kesebuah cafe yang telah menjadi tular kerana hidangan seafood mereka yang murah. Kat mana lagi kalau buka D'Aura Cafe yang terletak di Putra Walk Seri Kembangan Selangor.


Cafe ini berkonsepkan muslim friendly dan pastinya hidangan mereka dijamin Halal. Sebelum ini Maha pernah datang makan kat D'Aura Cafe ini tapi tu hidangan bufet lain. Kali ini mereka bawakan pula promosi istimewa hasil air tangan chef mereka iaitu Steamboat & Grill serta ada juga Shell Out. 


Set Shell Out mereka ini memang datang satu dulang macam ni bersama dengan dua hidang nasi putih sebab ia sesuai untuk makan dua orang. Bagi Maha masa makan hari tu memang rasa segalanya. Korang dapat rasa rempah yang kuat dan juga ia tidak terlalu pedas. Memang sangat sesuai makan time panas selepas chef tu masak dan juga pelayan hantar terus ke meja korang.


Dalam Shell Out tu adalah makanan laut seperti ketam, udang, siput buluh, kerang, kupang dan juga sayur seperti brokoli serta dengan jagung manis. Bagi Maha ia kombinasi yang sesuai untuk korang cuba walaupun nampak cara masakan mereka lain daripada shell out yang ada kat luar sana tapi ia tetap ada rasa tersendiri.


Lepas tu korang juga boleh cuba untuk nikmati Steamboat & Grill mereka. Set promosi untuk Steamboat & Grill ini pun sesuai untuk dua orang makan. Kalau steamboat tu mereka sediakan kuah Tomyam yang boleh korang celup pelbagai bahan dalamnya kemudian makan dengan sos istimewa mereka. Katanya sos ini dihasilkan sendiri oleh chef mereka dan ia sangat unik ada rasa masam, pedas dan pekat melekat.


Korang boleh ambil stemboat dan grill sekali dimana kat keliling steamboat ini mereka sediakan pelbagai jenis daging seperti daging lembu, kambing, ayam dan juga ikan yang telah diperap dengan sos. Masa makan grill memang sedap terasa perapan pada daging tu dan rasa macam nak tambah lagi hehehe. Kalau daging tu korang boleh masak nak medium rare ker atau nak full cook pun boleh ikut suka hehehe.



Bagi korang yang plan nak datang sini cafe ini sangat selesa dan berhawa dingin memang buat selera korang terbuka nak makan. Bagi yang merancang nak buat sambutan harijadi atau juga sambutan ulang tahun perkahwinan pihak cafe boleh setupkan satu sudut khas untuk korang memang istimewa. Masa Maha datang hari tu ada dua kumpulan satu sambut harijadi dan satu lagi sambut ulang tahun perkahwinan romantik sangat.


Cuma nak ingatkan pada korang kalau nak datang makan sini untuk promosi Steamboat & Grill atau Shell Out kena booking terlebih dahulu kerana cafe mereka selalu penuh cuma kalau nasib korang boleh walk in. Cafe ini buka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 1.00 tengah hari hingga  11.00 malam. Jadi tak ada masalah korang nak makan untuk lunch atau dinner boleh sahaja.

Harga pula sangat murah dan berpatutan :-
- Shell Out hanya RM18.00
- Steamboat Biasa hanya RM18.00
- Steamboat & Grill hanya RM28.00


Korang rasa tak berbaloi nak bawa kawan-kawan tau family makan sini. Maha sendiri pun rasa nak ulang lagi datang makan kat sini memang sangat puas hati. Maha dah cuba korang bila lagi nanti dah datang komen kat sini ok. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Whatsapp/call : 601110923832

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





Mencari Restoran Shell Out Yang Terbaik Sekitar Selangor 3 Ni Wajib Try

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah menjadi fenomena sekarang bagaikan trand bila satu makanan tular mula akan ada banyak restoran lain juga turut sama buat. Begitulah sekarang ni menjadi tular makanan Shell Out yang begitu banyak sekitar KL dan Selangor ni.


Kadang-kadang kita sendiri pun sukar nak cari mana yang betul-betul sedap dan memenuhi kehendak kita. Kadang-kadang ada yang rasa terlalu pedas dan juga ada yang kurang jenis makanan laut dalamnya. Tapi kat sini Maha nak cadangkan kepada korang restoran Shell Out yang memang Maha sendiri dah cuba dan tahu kualitinya. Jom kita tengok mana tahu berkenan dihati boleh pergi cuba kan. 


Omak Ai Steamboat Grill & Shell Out



Ni satu restoran yang sediakan banyak sangat hidangan makanan laut termasuklah Shell Out. Konsep restoran ni lebih kepada steamboat dan juga boleh pilih Shell Out. Restoran ni terletak di Bandar Tun Hussein Onn kalau orang kita lebih kenali sebagai Balakong. Nak tahu lanjut boleh baca di sini Omak Ai Banyaknya Makanan Laut Ada Steamboat & Grill Dan Shell Out Pun Ada. 

Harga RM 35.00


D'Klang Mix Seafood

 


Restoran ini terletak betul-betul kat tengah-tengah Bandar Klang berhampiran dengan Shaw Centerpoint Klang. Sini sempoi jer lebih kepada gerai tapi setiap malam ramai juga orang datang ni untuk cuba makanan laut mereka. Special kat sini mereka sediakan perkhidmatan penghantaran makanan Shell Out terus kepada korang. Nak tahu lanjut lagi boleh baca di sini Pasangan Pengantin Ini Jadikan Seafood Lambak Atas Meja Menu Makan Beradab Sangat Rare.

Harga RM 30.00


Captain Shrimp Restaurant Apps Hotel 

 


Captain Shrimp ni nama baru kepada restoran yang ada kat Apps Hotel Kuala Selangor ni. Restoran dalam hotel yang menyediakan Shell Out kepada pelanggannya kerana area Kuala Selangor banyak makanan laut. Bagi yang bercuti area sana boelh cuba Shell Out sini atau korang boleh baca di sini untuk lebih lanjut Tempat Makan No. 1 Area Kualar Selangor Yang Sediakan Shell Out 4 Rasa Di Apps Hotel.

Harga RM 39.90







Tempat Makan No. 1 Area Kualar Selangor Yang Sediakan Shell Out 4 Rasa Di Apps Hotel

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Buat warga Kuala Selangor dah yang berhampiran denganya boleh lah nikmati hidangan makanan laut atas meja atau popular orang panggil Shell Out. Kebetulan pula dengan cuti sekolah last week Maha dapat pergi ke daerah yang cukup popular dengan alam semulajadi di Selangor ini.


Maha tak tahu nak menginap kat mana tapi bila search kat Google jumpa satu hotel yang cukup berbaloi dengan harga dan juga kedudukan hotelnya.
Apps Hotel Kuala Selangor satu hotel bajet hanya memakan masa 45minit sahaja daripada Kuala Lumpur menggunakan higway LATAR. Maha drive sendiri jer pergi sana tak susah nak cari hotel ini waze mesti jumpa.


Rupanya kat hotel yang Maha menginap ini menyediakan set yang dipanggil Seafood Cajun atau Shell Out yang Maha cakp tadi. Sebab Kuala Selangor ini dekat dengan muara laut dan juga hotel ni betul-betul ditepi Sungai Selangor jadi makanan laut sini dijamin segar. Sebab tu Maha cuba makan Shell Out yang ada 4 rasa istimewa hanya kat hotel ini sahaja.



4 rasa yang Maha maksudkan adalah cara masakan Shell Out ini adakah korang nak masak Asam Pedas, Butter Lemon, Kam Heong dan Original Cajun BBQ. Menurut pekerja kat sini mereka rekmenkan pada Maha Shell Out masak Asam Pedas yang menjadi pilihan ramai pelanggan setia mereka.


Korang tengok sendirilah hidangan Shell Out yang hotel ini sediakan atas meja ni ada Ketam yang besar, Udang, Lala dan juga Pepahat (Siput Buluh). Menyelerakan sangat hidangan ini sebab makan dalam keadaan panas-panas baru lepas masak terus hidangan atas meja dengan alas kertas khas dan juga nasi putih pelengkap hidangan ini.


Selain seafood ada juga jagung rebus dalam tu membuatkan Shell Out ini lebih menyelerakan untuk makan tenghari atau makan malam. Satu set yang Maha ambil ni adalah set untuk makan 2 orang sangat sesuai memang kenyang puas sangat dengan rasa yang lengkap dalam Shell Out ni.

Lala Butter Lemon

Tom Yam Chicken Coconut

Kalau yang nak makan ala-cart pun ada kat sini boleh order seperti Cheezy French Fries, Honey Chicken Wings, Calamari Rings, Butterfly Prawn, Coconut Prawn, Nyonya Steamed Fish dan Homemade Pandan Chicken. Tapi paling best dan unik kat sini adalah Fried Crispy Kangkong yang pertama kali Maha dapat rasa. Ia hanya sayur kangkung yang digoreng garing celup tepung seperti macam makanan Thai.

Fried Crispy Kangkong

Fresh Oren dan Air Tembikai

Brownies Cake with Vanilla Ice Cream

Minum kat sini semua adalah kalau nak kopi atau teh dan juga jus buah memang menyegarkan selepas makan Shell Out yang pedas dan panas tu. Korang mesti tanyakan harga Set Seafood Cajun yang Maha makan tu berapakan, ok lah harga hanya RM39.90+ sahaja ok cukup berbaloi sangat.


Restoran ini terbuka kepada semua orang untuk datang makan Shell Out dari pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Kawasan restoran ini sangat luas dan terbuka dengan pengaliran udara sekeliling membuatkan kita rasa lebih selesa untuk makan. Maha rasa bebaloi kalau korang datang ker Kuala Selangor untuk tujuan bercuti ker atau bekerja atau juga balik kampung boleh menginap kat sini dan makan kat restoran mereka.



Jadi tak perlu pergi jauh-jauh cari makanan yang sedap-sedap kat hotel ini semua ada. Nanti Maha akan sambung lagi dengan berkongsi pada korang pengalaman menginap kat Apps Hotel Kuala Selangor ni ok. Apa pun kalau datang Kuala Selangor tak terikai keindahan alam semulajadi mereka tak sah. Selamat mencuba dan selamat merancang percutian korang ok.

Pertanyaan dan juga maklumat lanjut boleh dapatkan di sini :
Alamat : Apps Hotel, 
               No 12, Jalan Peninsula Utama 1, 
               Peninsula Park, 
               45000 Kuala Selangor, Selangor
Tel : 03-32772172
Laman web : www.appshotel.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/appshotel

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5




Pasangan Pengantin Ini Jadikan Seafood Lambak Atas Meja Menu Makan Beradab Sangat Rare

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalain. Ni memang best Maha tengok satu gambar yang diupload oleh admin D'Klang Mix Seafood satu pasangan pengantin makan Seafood Lambak Atas Meja atau selalu kita panggil Shell Out. Ni memang rare sangat dan pasangan ni sangat awesome lah berani buat macam tu.


Tapi kat mana yang ada sediakan service shell out untuk pasangan pengantin macam ni? Sebenarnya ini adalah antara banyak service yang ditawarkan oleh D'Klang Mix Seafood yang terletak di Bandar Klang. Maha terkejut bila tengok gambar ni tu jadi terus rasa nak cuba pergi restoran ini.

Kiri : Angah AG, Girlfriendnya, Emaknya dan Adik Maha

Kebetulan pula kawan Facebook maha saudara Angah AG juga kawan kepada pemilik restoran ni dia nak belanja Maha makan kat situ. Terima kasih bro kerana sudi jemput Maha untuk makan kat restoran ni rasa teruja sangat nak pergi.
Terletak kat betul-betul tengah Bandar Klang kalau korang pergi shopping kat Shaw Centerpoint Klang restoran ni terletak betul-betul kat tepi mall tu. Korang leh tengok banner besar seperti bawah ni ada tulis Seafood Lambak Atas Meja tu lah dia restorannya.


Maha pergi hari tu malam sebab restoran ni buka dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Sampai sana jumpa terus dengan kawan Maha tu sebab tak sabar nak makan shell out rasa macam mana. Sini menurut kata kawan Maha tu kita boleh pilih shell out untuk makan 1 orang yang berharga RM30 tapi tu tak ada Ketam. Ketam kena add on lain yang ada dalam tu cuma sotong, udang, udang galah, kepah dan lala.



Yang kawan Maha order ni korang leh tengok ada semua sebab dia dah masuk ketam dalam tu dan juga ada nasi putih juga ada set minuman Sunquik Asam Boi. Harga semua Maha tak pasti tapi kata dia kalau ambil set makan seorang tu pun dah cukup kenyang boleh makan 2-3 orang ok banyak. Paling best adalah kat sini dia punya sos kerana rasa sempurna kena dengan makanan lautnya.



Tapi kita boleh pilih sama ada nak sos yang tak pedas ala-ala manis, sos yang sederhana pedas dan juga sos sangat pedas tu korang kena cakap masa nak order shell out tu ok. Puas Maha makan malam tu habis tak hingat punya. Kat sini shell out lambak atas meja tak ada pinggan cuma ada alas daun pisang sahaja tu yang original best.



Selain daripada makanan shell out yang ada kat sini mereka juga ada makanan lain seperti Ikan Bakar, Char Kuey Teow, Roti Bakar dan macam-macam lagi. Nak tahu kena datang cuba sendiri kat sini ok Maha sangat rekmenkan kepada orang Klang atau Shah Alam. Bagi yang jauh kat KL nak drive jauh-jauh tak menyesal berbaloi sangat-sangat.


Macam yang Maha cite masa mula-mula tadi ada pakej katering yang disediakan oleh restoran ini. Siap penghantaran lagi kalau korang order untuk majlis kahwin, company dinner, sambutan hari jadi, family gathering dan macam-macam lagi lah. Jangan risau semua keperluan seperti alas plastik, daun pisang semua disediakan korang hanya perlu sediakan perut sahaja untuk makan hehehe. Tengok orang office ni siap order hantar lunch makan kat office lagi boleh tau.



Jadi tunggu apa lagi ni adalah antara restoran yang Maha rekmen kan kepada semua untuk makanan laut yang best. Segala maklumat atau pakej dan service yang ditawarkan koran boleh berhubung terus dengan owner restoran ni seperti di bawah ni. Korang juga boleh terus datang ke restoran mereka untuk terus makan kat sana juga ok. Selamat mencuba semua.

Waktu urusniaga :-
Selasa - Sabtu : 6.30pm- 10.30pm
Isnin : Tutup
Ahad : Delivery sahaja

Maklumat lanjut dan tempahan hubungi :
Alamat kedai : D'KLANG MIX SEAFOOD
                        No 136, Emporium Makan Klang
                        Klang Selangor

Tel :
Wanie : 018-2558717
Manja : 018-2849638
Badrul : 018-9820858

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5