Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Shell. Papar semua catatan

Majlis Pelancaran Selamat Datang Ke Shell Di The Roof

Majlis Pelancaran Selamat Datang Ke Shell Di The Roof - Salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Baru2 ini Maha di jemput untuk majlis pelancara program baru daripada syarikat minyak yang tertua di Malaysia iaitu Shell. Malam tu program yang di anjurkan di The Roof itu ingat kat restoran biasa rupanya kat atas heliport. 


Teruja sangat dengan pemandangan di ruang paling atas bangunan 1 First Avenue Bandar Utama ini. Program malam tu simple dan juga santai sambil di hadiri oleh bukan sahaja media dan juga retailer Shell dan juga vendor2 stesen minyak Shell. Ramai juga orang boleh muat kat atas tu dengan cuaca yang redup dan angin yang kuat mengujakan.


Pada malam tersebut majlis di mula dengan ucapan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd. Tuan Haji Azman Ismail. Dalam ucapan beliau menyatakan komitmen pihak Shell untuk memberikan service terbaik kepada semua pelanggan mereka. Selamat datang ke Shell adalah janji untuk memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan tawaran yang lebih baik untuk pelanggan di seluruh Malaysia. 

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd. Tuan Haji Azman Ismail

Dengan mentakrifkan pengalaman pelanggan di stesen, Shell berhasrat untuk membuat pelanggan mereka merasa seperti di rumah dan selesa dari tekanan perjalanan mereka. Apabila mereka memerlukan bantuan atau perkhidmatan, atau hanya senyuman hangat dan isyarat friendly. Kami akan berada di sana untuk melayan mereka sebagai tetamu. mereka mahu pengalaman mereka di stesen-stesen Shell dan berharap untuk menjadikan perjalanan mereka lebih baik.


Malam tu juga Pengarah Urusan bersama barisan pekerja terbaik mereka merasmikan program ini untuk ia terus dilaksanakan seluruh Malaysia. Lepas majlis perasmian kami semua di jamukan dengan hidangan makan malam yang enak2 belaka. Kenyang perut malam sambil makan dan santai di atas bumbung yang luas dan nyaman. Apa pun matlamat Shell untuk menjadi pengeluar minyak kenderaan terbaik di Malaysia tercapai dengan program ini. Maha pun dah guna minyak Shell tau hehehe. Lepas ni kita ker Shell ok. Selamat bercuti semua..



 



'Shell Win Free Fuel' Boleh Menang Stock Minyak Percuma Selama Setahun

"Shell Win Free Fuel" Boleh Menang Stock Minyak Percuma Selama Setahun - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang kita pun sedang sibuk dengan sistem pengapungan harga minyak mengikut harga pasaran. Tiada lagi subsidi daripada kerajaan terhadap harga miyak. Tapi tu harga minyak tapi kali ni Shell nak bagi minyak percuma kepada penggunanya selama setahun. Jadi kat situ dah memang jimat gila2 lah.


Pada 23 Disember 2014 peraduan "Shell Win Free Fuel" telah di lancarkan secara rasmi oleh Yang Berhormat Dato' Sri Hasan Malek, Menteri Perdangangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan bersama Tuan Haji Azman Ismail Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd. Acara yg belangsung penuh meriah di Stesen Shell Batu 3 Shah Alam dan di acarakan oleh pelakon dan pengacara terkenal Nazrudin Rahman atau Abang Naz.

Yang Berhormat Dato' Sri Hasan Malek, Menteri Perdangangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan

Tuan Haji Azman Ismail Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.

Pengacara Nazrudin Rahman

Untungkan jadi rakyat Malaysia sentiasa ada peraduan untuk memberi peluang menang hadiah hebat. 10,000 pelanggan Shell akan berpeluang memenangi sebahagian daripada lebih RM2 juta daripada bahan api percuma. Mahamahu rasa ini adalah peluang terbaik kita untuk rebut nak menang hadiah istimewa ini. Mahamahu pun pengguna minyak Shell kerana yakin kepada kualitinya.



Bagi anda yg nak menyertai ia adalah sgt mudah, anda hanya perlu mengisi minyak  dengan nilai RM30 mana-mana petrol dan diesel di stesen Shell, termasuk Shell FuelSave dan Shell V-Power. Lepas tu, korang perlu isi borang pertandingan, menjawab soalan yang mudah dan lampirkan resit asal. Senangkan cara mcm sebelum ini jadi bila isi minyak perlu minta resit ok.


Hadiah pula buka seorang jer tapi tiga pemenang Hadiah Utama akan disediakan setiap bulan iaitu bahan api percuma selama setahun bernilai RM10,000. Manakal seramai 835 pelanggan akan memenangi RM200 dalam bahan api setiap minggu. Wow memang banyak peluang dan banyak hadiah menarik untuk anda.


Pada hari pelancaran tu juga, Shell juga mempamerkan kepada semua pengguna satu lagi keistimewaan baru di 16 stesen Shell seluruh Malaysia. Di namakan Shell deli2go iaitu kedai mudah alih, ia adalah cara innocative Shell untuk membawa persembahan deli2go kepada pelanggan. Shell deli2go adalah satu2nya kedai mudah alih dalam stesen Shell untuk anda berehat sebentar.



Dibina daripada bekas perkapalan yang kitar semula, ia membolehkan Shell untuk memenuhi keperluan pemandu kenderaan yang singgah sementara untuk mendapatkan makanan dan minuman, dari pastri yang enak dan juga minuman panas seperti kopi dan juga teh. Makanan kat sini semua di sediakan cepat untuk bungkus atau anda boleh makan di situ untuk waktu yg cepat dan pantas. 



Jadi lepas ini ia adalah berguna pada pelanggan yg berhenti mengisi minyak dan mendapatkan bekalan makanan sarapan pagi atau minum petang yg cepat dan lazat. Mahamahu dan rasa semua makanan kat sini mcm2 ada korang boleh pilih nak mana satu. Jadi tunggu apa lagi 16 lokasi stesen Shell untuk masa ini jadi singgah kalau nampak ok.


Tapi peringatan tentang peraduan Shell Win Free Fuel ini hanya berlangsung dari 23 Disember 2014 hingga 15 Mac 2014 iaitu selama 12 minggu. Kalau korang nak tahu info, gallery dan juga senarai pemenang boleh layari www.shell.com.my/winfreefuel sekarang juga. Selamat mencuba dan jgn putus ada ok ada rezeki tidak kemana. 










Shell Easy Win Masih Berpeluang Rebut RM40,000

Shell Easy Win Masih Berpeluang Rebut RM40,000 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni Mahamahu ada post berkaitan dengan contest dari Shell iaitu Shell Easy Win bukan. Kalau tak ingat meh baca kat sini [klik sini] ada detailnya. Kali ini Mahamahu nak mengingatkan anda sekali lagi bahawa contest ini masih berlangsung dan anda masih ada banyak peluang untuk menjadi pemenang.


Anda rasa tak bertuah sekarang tapi sapa tahun nasib anda di kemudian hari. Jgn sampai anda gigit jari tidak berpeluang menang RM40,000 seperti mana yg di menangi oleh mereka ini. Di bawah ini adalah antara senarai nama yg telah menjadi pemenang untuk contest Shell Easy Win tahun ini. Bukan tak ada yg menang dah ramai jadi pemenang dan mungkin minggu ini adalah anda sapa tahu.


Mahamahu sendiri telah hantar penyertaan yg banyak setiap kali pergi jalan mesti singgah isi minyak atau memberli belah di Shell. Mudah jer anda nak dapat wang tunai RM40,000 caranya hanya berbelanja RM30 dalam satu resit di stesen Shell dan juga isi borang penyertaan anda dan anda ada banyak peluang untuk menang. Contest ini berlangsung sehingga 14 September 2014 ini sahaja. Bukan sahaja hadiah utama tapi anda juga berpeluang untuk menang RM300 untuk setiap minggu juga wow....


Kalau anda rasa nak lagi banyak hadiah menang anda juga di berpeluang untuk menyertai pertandingan Shell Easy Win di Instagram anda. Ada lagi peluang anda untuk menang voucher RM50 setiap minggu. Caranya mudah jer mai Mahamahu ajar anda yg tak pasti lagi tentang contest di Instagram ini.

Cara penyertaan contest Shell Easy Win di Instagram
1) Ambil gambar Shell Easy Win (poster, borang dan kotak penyertaan) yg didapati di Stesen Shell 
2) Tulis kapsyen paling kreatif
3) Sertakan hashtag #ShellEasyWin
4) Pos dan berkongsi di akaun Instagram anda! (pastikan akaun instagram anda public)


Mahamahu pun dah hantar penyertaan termasuk beberapa kawan yg lain. So anda pun ada peluang lagi untuk menang bukan sahaja RM40,000 tetapi untuk menang voucher RM50 dari Shell setiap minggu. Mahamahu rasa teruja sgt nak tahu sapa bakal menang lagi minggu depan adakah anda atau Mahamahu. Jom kita sertai sekarang juga.






Tips Berjimat Dan Mampu Menang RM40,000 dengan Shell Easy Win

Tips Berjimat Dan Mampu Menang RM40,000 dengan Shell Easy Win- Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu nak share cara untuk berjimat cermat dengan hanya mengisi minyak. Apa kaitan dengan isi minyak dan berjimat cemat. Banyak kaitannya kerana kita sebanar kurang faham bagaimana minyak kereta mampu membantu kita untuk mengurangkan kos hidup.


Setiap dari isi rumah akan ada bill atau pun pembayaran hutang2 lain setiap hujung bulan. Cuba bayangkan setiap hujung bulan habis separuh daripada gaji dengan bayaran semua bill2 dan hutang2 dengan bank. Tapi tahu tak bahawa kita boleh jimat penggunaan minyak dengan menggunakan Ron minyak yang betul. Untuk kelajuan lebih minimum dan juga jarak perjalan lebih jauh boleh gunakan Shell FuelSave 95. Lebih jimat kilometer setiap kali perjalanan anda, manakala Shell V-Power pula memberikan kelajuan lebih maksima dan lebih lancar. 


Kat situ dah banyak jimat selain itu juga anda boleh isi minyak pada waktu yg betul iaitu waktu malam atau awal pagi. Mahamahu memang suka isi minyak pada waktu malam memang paling sesuai. Kat situ sahaja dah menyelamatkan minyak kenderaan anda dan juga menyelamatkan wang anda. Selain itu juga anda boleh kumpul mata dengan Bonus Link di Shell dan secara automatik boleh buat petukaran barang keperluan anda lagi jimatkan. 


Sebenarnya lagi penting bila anda dah isi minyak Shell FuelSave 95 atau Shell V-Power atau membuat pembelian bernilai RM30 ke atas, anda berpeluang untuk menang RM40,000 dalam peraduan "Shell Easy Win". Percaya tak kat situ lagi membantu anda dan menjimatkan untuk anda. Makin banyak anda belanja di Shell makin besar peluang untuk menang wang tunai. Cara mudah sahaja Mahamahu ajar anda mcm mana nak menang duit tu.

Pertama : Buat pembelian minyak atau apa sahaja di Shell dengan nilai RM30 (kecuali pembelian rokok, minuman alkohol, eCard dan juga Touch 'n Go)


Kedua : Jawab soalan mudah dan lengkapkan butiran anda, kepilkan bersama resit asal (Borang dan jawapan bocor hehehe)


Ketiga : Masuk borang dalam kotak peraduan dimana2 stesen Shell seluruh Malaysia. 


Dengan cara ini anda bepeluang untuk memenangi wang tunai minggu bernilai RM40,000 dan dengan mengepam minyak Shell V-Power anda menggandakan kemenangan 2X hadiah wang tunai. Memang mudah kerana Shell nak membantu anda untuk merancang ekonomi keluarga anda. Peraduan "Shell Easy Win" telah belangsung sekarang dan akan berakhir hingga 14 September 2014. Jadi apa lagi jom pergi membeli di Shell dan gandakan peluang untuk menang wang tunai ini.