Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Sambal Ikan Bilis Kering. Papar semua catatan

Resepi Menghasilkan Karipap-Karipap Cinta Di Dapur Mahamahu

Resepi Menghasilkan Karipap-Karipap Cinta Di Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha tak adalah pandai sangat nak buat pastri ni tapi kali ni nak buat karipap yang mudah tidak perlu uli tepung pun. Sangat2 mudah dan semua orang boleh buat tak perlu kemahiran yang tertentu. Kali ini kita belajar buat karipap segera dengan inti yang enak dan lazat.


Jadi kena sediakan bahan2 untuk membuat karipap segera ini.


3 keping roti putih
1 batang karot
2 helai daun bawang
50 gram Sambal Ikan Bilis Kering Riqzmie
1 biji telur


Mana nak dapatkan Sambal Ikan Bilis Kering Riqzmie Maha ada cerita sebelum ini dalam post yang lepas. Kalau kawan2 nak tahu kat mana nak dapat dan kat mana ada jual boleh baca entry tersebut ok. Itu sahaja bahan yang di perlukan untuk buat karipap segera ini tak banyak pun dan masa pun tak lama hanya 15 minit sahaja untuk buatnya.

Jom kita tengok langkah2 untuk membuat karipap segera ini pulak.

1) Potong karot panjang dan kecil juga potong daun bawang halus2 untuk inti karipap.


2) Ambil roti putih dan lenyekkan menggunakan penggelek sehingga nipis. Ini tujuan bila kita goreng nanti roti ini tidak menyerap minyak banyak. 


3) Tekapkan mengkuk kecil di atas roti yang di gelek tadi untuk menhasilkan roti bentuk bulat. Potong bahagian yang lebih tu untuk dapatkan bentuk bulat yang cantik.


4) Ambilkan karot yang telah di potong susun untuk inti, kemudian isikan pula Sambal Ikan Bilis Kering Riqzmie dan kemudian taburkan daun bawang.
5) Sebelum itu sapukan telur yang telah di pecahkan di keliling roti tadi untuk menjadi gam.
6) Lipat separuh roti untuk menutupi inti tadi dan di hujung setiap roti di kepit dengan kuat agar melekat.


7) Kemudian gunakan hujung garfu dan tekap pada hujung roti tadi untuk dapat bentuk lebih real seperti karipap.


8) Bila semua sudah tutup dan sapukan telur keseluruhan luar karipap tadi untuk mendapat warna lebih cantik bila di goreng.
9) Setelah selesai semua roti di buat menjadi karipap barulah di gorengkan dengan minyak panas. Tak perlu lama goreng sekejap jer sehingga nampak ke perang2an.


10) Selepas tu boleh di hidangkan untuk makan.

Karipap segera ini mudah bukan cuma kena sabar sikit jer nak buat dan kena perlu ketelitian baru cantik. Bila dah siap baru rasa lapak nak makan, boleh di jadikan makan sarapan pagi atau minum petang. Tapi bahan utama untuk karipap ini adalah intinya yang menggunakan Sambal Ikan Bilis Kering Riqzmie tu yang buatkan karipap ini lebih sedap.


Pada kawan2 yang nak mencuba resepi ini boleh sangat ia mudah dan cepat tak perlu banyak kerja. Memang Maha suka makan sebab lembut dan inti yang sedap. Jadi apa tunggu lah cuba ok bila dah cuba nanti share dengan Maha ok kalau korang nak guna inti lain pun boleh juga ikut kegemaran. Selamat mencuba semua......








Berita Baik Buat Bakal Haji Dan Umrah Boleh Bawa Sambal Ikan Bilis Kering Riqzmie

Berita Baik Buat Bakal Haji Dan Umrah Boleh Bawa Sambal Ikan Bilis Kering Riqzmie - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ramai org bila pergi luar negara mesti rindu kepada masakan tempatan. Kebanyakan makan tempatan kita tidak boleh di bawa keluar negara tapi kini tidak lagi. Kita pergi mana2 sahaja boleh bawa makanan tempatan terutama buat mereka yang mengerjakan Haji atau Umrah. 


Malah bukan tu sahaja student2 atau pun pasukan tentera atau polis atau mereka yang bekerja luar negara masih boleh nikmati menu ini. Rasa tidak berubah dan rupa juga tidak banyak berubah semua masih original tempatan. Itulah dia Sambal Ikan Bilis Kering keluaran Riqzmie yang paling mudah dan sedap untuk dibawa dan dimakan di mana2 sahaja. 



Jangan risau Sambal Ikan Bilis Kering ini telah di formulasikan untuk tahan lebih lama sehingga 2 minggu setelah di buka. Ia hanya perlu di simpan dalam bekas yang kedap udara dan tertutup. Tapi lagi tahan lebih lama kalau di simpan dalam peti sejuk boleh tahan selama sebulan. Maha telah cuba sambal ikan bilis ini dengan masak bersama telur dadar memang terbaik. Tak susah hanya pecah telur, kacau dan masak atas kuali dan taburkan sahaja sambal ikan bilis atas telur tersebut dan siap.



Sambal Ikan Bilis Kering ini juga boleh di nikmati dengan apa2 sahaja makanan tempatan. Korang boleh makan dengan roti canai atau makan dengan nasi lemak. Memang layan dan sedap sgt sebab dpt rasa kerangupan dan kepedasan sambal ikan bilis ini. Lagi senang orang bujang macam Maha ni boleh buka dan terus makan tak perlu masak makan dengan nasi kosong jer pun dah sodap. Kalau sapa tak tahan pedas Maha syorkan untuk ambil kuantiti sikit sedap dia agak pedas bagi Maha lah. 


Maha juga ada buat karipap segara menggunakan sambal ikan bilis ini. Mudah saja nak buat karipap segera ni, korang boleh tgk kat entry resepi Dapur Maha ni mudah jer nak buat. Memang menarik dan sedap juga boleh buat makan sarapan pagi atau makan petang. Jadi apa tunggu lagi order lah sekarang boleh order dengan hubungi talian atau layari laman facebook mereka seperti di bawah. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ok.

SAMBAL IKAN BILIS KERING RIQZMIE
Tel/Whatapps : 012-6178377