Rouhi Retreats Villa Unik Untuk Penginapan Keluarga Di Langkawi
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui. Yeayyy Maha teruja nak sambung lagi ni kisah percutian selama enam hari baru-baru ini di Pulau Langkawi. Tapi sebelum tu Maha nak ucapkan terima kasih kepada QT Travels Group PLT, LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel kerana sudi membawa kami sekumpulan untuk memeriahkan kembali ekonomi pelancongan di pulau penuh sejarah ini. Sebelum ini Maha ada kongsikan pengalaman menaiki penerbangan FireFly dari Subang sampai ke Langkawi.