Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Raja Kuah Knorr. Papar semua catatan

Resipi Ibu Bawa Tuah Siti Nor Yuwana Menangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun ini adalah tahun ke 3 penganjuran Cabaran Raja Kuah Knorr. Masih ingat lagi tahun 2016 Maha dapat jemputan menjadi juri untuk Cabaran Raja Kuah Knorr. Pertandingan tahun pula ini telah menobatkan Siti Nor Yuwana Zulkifli sebagai juara. Mempersembahkan resipi arwah ibunya iaitu Kari Ayam Warisan Bonda dan juga dua hidangan ciptaan sendiri membawa tuah kepada ibu dan juga suri rumah ini.


Pengendali makanan dari Kuala Lumpur ini juga menyediakan hidangan Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya untuk mendapat perhatian para juri dan berjaya memenangi hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper.

Cabaran memasak kali ini meneruskan usaha untuk  menghayatkan penghargaan baru untuk hidangan berkuah Melayu yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia. Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2016, acara anjuran Unilever Food Solutions ini berfokus kepada masakan Melayu berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu hidangan kari, kicap dan masak lemak.


Para juri yang mengadil pertandingan tahun ini termasuk chef selebriti Chef Jo, Chef Profesional UFS Chef Mohd Hadzrin Mohd Din dan pengarang dari majalah masakan Saji Rosmarlinda Kamarudin telah menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.

Penyertaan Cabaran Raja Kuah Knorr dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan sungguh mudah sekali dengan menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah yang terdiri daripada masakan berkuah jenis kari, kicap dan lemak (kunyit dan santan) dengan menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 10 penyerta dari seluruh Malaysia, termasuk 1 peserta dari Negeri Sembilan telah dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir kali ini.


Pemenang lain untuk kali ini termasuk naib johan dimenangi oleh Fazerina Ibrahim dari Selangor menerima wang tunai RM10,000 beserta hamper dan pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan mendapat wang tunai RM6,000 dan hamper. Manakala 7 lagi pemenang saguhati menerima wang tunai RM1,000 beserta hamper.

Unilever Food Solutions ingin berkembang untuk masa depan dengan menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.


Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!







Sahut Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Yang Telah Dibuka Sekarang Jom Sertai

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru-baru ini Maha dapat jemputan untuk majlis perasmian pembukaan satu pertandingan masakan kepada semua rakyat Malaysia yang minat memasak. Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 telah membuka gelanggang kepada korang yang suka memasak.

Harry Brouwer, Naib Presiden Eksekutif Unilever Food Solutions

Pertandingan ini pertama kali pihak UFS (Unilever Food Solutions) anjurakan pada tahun lepas. Kalau korang pernah baca tahun lalu Maha ada tulis tentang pengalaman pertama kali menjadi juri jemputan untuk program masakan, ini lah programnya. Tapi tahun 2017 ini dengar cerita lebih mencabar dan hadiah-hadiah lebih banyak dan hebat.



Majlis pelancanran yang telah di adakan pada 27 Mac 2017 yang lepas di Pullman Bangsar turut dihadiri oleh tetamu VIP Harry Brouwer, Naib Presiden Eksekutif Unilever Food Solutions dan Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen. Bersama juga pada hari tu adalah barisan peserta akhir tahun lepas dan juga juara. 


Pengurusan kanan UFS sibuk 'memasak' sebagai gimik pelancaran (dari kiri) ialah: Pengarah Pemasaran Rangkaian, Claire Sullivan; Timbalan Presiden Asia Tenggara, Ira Noviarti; Timbalan Presiden Kewangan, Gavin-Van Boekel; Timbalan Pengarah Eksekutif, Harry Brouwer; Timbalan Pengarah Eksekutif Asia, Australia dan Timur Tengah, Star Chen; Pengurus Pemasaran Malaysia, Angeline Ho serta Pengarah Urusan UFS Malaysia, Nusrat Perveen.

En Budiman Bistari Mohamed Juara Raja Kuah Knorr 2016


Hari tu juga semua tetamu dihidangkan menu special daripada juara tahun lepas iaitu hidangan Daging Purba Kuah Karipoley Knorr. Juara tahun lepas En Budiman Bistari Mohamed juga turun memuat sesi demo memasak hidangan yang telah menobatkan beliau sebagai juara pertandingan ini. Tengok skill En Budiman ini masak memang beliau seorang yang profesional dalam dunia masakan dan pengalaman membuatkan beliau juara.


Daging Purba Kuah Karipoley Knorr

Tahun ini sapa pula bakal menjadi juara kepada cabaran Raja Kuah Knorr 2017 andakah korang semua. Penyertaan tahun ini sangat mudah sekali hanya perlu menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah iaitu masak kari, masak kicap dan masak lemak dengan menggunakan Stok Ayam Knorr. Lepas tu seramai 20 penyerta akan dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir di Lembah Klang.



Hadiah Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 makin bertambah dan menarik sangat korang tengok sendiri mesti nak join kan :

Hadiah utama 
- Pakej umrah untuk 2 orang bernilai RM25,000 
- Wang tunai RM15,000 dan hamper
Naib johan 
- Wang tunai RM10,000 dan hamper
Pemenang ketiga 
- Wang tunai RM6,000 dan hamper
Pemenang saguhati 
- 13 x Wang tunai RM500 dan hamper

Tunggu apa lagi dah dibuka sekarang ni boleh hantar penyertaan korang di www.unileverfoodsolutions.com.my. Jangan lepaskan peluang kemasan ini.

Penyertaan dan pertanyaan :
Tel : 017 3078337 (Isnin -Jumaat 9pg-5ptg)
Alamat : Cabaran Raja Kuah Knorr
               No 23 Jalan Elektron U16/46, Denai Alam,
               40150 Shah Alam Selangor






Susah Senang Nak Jadi Juri Program Cabaran Raja Kuah Knorr Pengalaman Berharga Buat Mahamahu

Susah Senang Nak Jadi Juri Program Cabaran Raja Kuah Knorr Pengalaman Berharga Buat Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tak pernah menyangka untuk sampai ke tahap ini paling terkejut bila dapat undangan untuk menjadi juri program masakan. Maha bukan lah orang yang otai dalam dunia masakan seperti chef cuma masak di rumah sendiri jer. 


Melangkah satu lagi bahagian dalam dunia blog ini Maha dapat jemputan untuk menjadi juri program Cabaran Raja Kuah Knorr. Program ni Maha baru tahu dan study lah sikit2 tentang program ini kerana tak adalah nampak kita ni tak tahu sangatkan. Program cabaran memasak ini adalah dibuka untuk semua pengusahan dalam industri makanan seperti tokei2 gerai makanan, pengusaha restoran atau katering dan pengendali makan di mana2 sahaja.




Maha rasa teruja sebab ini pengalaman pertama nak menjurikan orang lain memasak hehehe. Apa pun bila Maha dimaklumkan bahawa Maha akan bersama dengan barisan chef profesional untuk jadi juri pada hari tu lagilah terujanya. Cuba teka sapa juri tu? Kalau Maha sebut mesti ramai kenal Chef Celebriti Chef Jo atau nama penuhnya Chef Mohd Johari Edris. Kemudian chef kedua yang bersama Maha pada hari tu adalah seorang Chef Profesional UFS Mohd Hadrin Mohd Din.




Wow semua nama2 besar dalam dunia masakan ni rasa macam diri ini kerdil sangat. Program pertandingan ini berlangsung di Checkers Hypermarket Shah Alam pada 17 April 2016 lepas. Bila sampai kat sana sangat rasa gementar dan terujalah juga sebab dapat jumpa ramai orang. Maha cite sikit pasal program Cabaran Raja Kuah Knorr ini untuk pengetahuan korang atau ada sapa2 nak join boleh juga. 





Cabaran ini dibuka kepada semua pengendali makanan di seluruh Malaysia.
Pertandingan ini ada 4 peringkat zon dimana yang pertama bertempat di Shah Alam untuk Zon Tengah. Kemudian akan pergi ke Zon Selatan iaitu di Johor Baharu yang telah tutup penyertaannya. Manakala bagi Zon Timur di Kota Baharu masih dibuka sehingga 13 July ini. Last destinasi iaitu Zon Utara di Alor Setar akan tutup sehingga 3 Ogos 2016 ini. 


Pertandingan ini anjuran Unilever Food Solutions mengendalikan produk Knorr di Malaysia maka semua penyertaan mesti menggunakan produk Knorr iaitu Chicken Stock sebagai hero. Sapa nak join yang masih buka lagi boleh hantar resepi korang bersama dengan bukti pembelian produk Knorr. Kalau nak lebih detail syarat dan terma pertandingan boleh layari laman sesawang ini www.ufs.com/rkk2016. 


Ok tu pada yang nak menyertai pertandingan ini di dua zon yang masih dibuka. Tapi pengalaman Maha menjadi juri untuk 10 orang peserta dan juga 10 jenis hidangan berasaskan  Kari, Masak Kicap dan juga Masak Lemak untuk Zon Tengah ini mencabar sangat. Mana tidak mereka ini kebanyakannya ada kedai makan sendiri dah lebih bertahun2 memasak. Tapi berkat tunjuk ajar dari Chef Jo yang sangat2 beperngalaman menjadi juri untuk program Masterchef Malaysia ia sangat2 membantu dalam penilaian peserta.

 



Korang leh tengok sendiri masakan yang disediakan oleh peserta pada hari tu cukup2 hebat. 10 menu yang disediakan iaitu Kari Kepada Ikan Knorr, Ayam Ceria Masak Lemak Cili Padi, Masak Lemak Cili Padi Ayam, Ayam Masak Lomak Noneh, Kari Ayam Cik Knorr, Kari Kasih Sayang, Bebola Ayam Masak Kicap Bunga Rampai, Tempe Jengkol Warisan Berkuah Kari Berperisa Ayam Knorr, Ayam Kicap Cahaya Bonda dan Kari Ayam Pantai Timur Knorr. 



Maha dan juga barisan chef profesional kena rasa semua masakan dan kena bagi markah mengikut apa yang kita dapat dari penelitian dan juga rasa. Tu semua Maha belajar dengan chef otai ok. Berkat tunjuk ajar juri berpengalaman terutama ketua juri Chef Jo, kami telah membuat keputusan pada hari tu. Pemenang untuk Zon Tengah Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 adalah resepi Bebola Ayam Masak Kicap Bunga Rampai. Tahniah kepada abang Raiei Mahidin yang diumumkan sebagai Juara Zon Tengah, hidangan abang memang menarik. 



Menang peringkat zon pun hadiah dah cukup lumayan dapat wang tunai RM5,000 bersama dengan barangan daripada penaja lain iaitu produk Butterfly bernilai RM1,000 dan juga produk Harmuni bernilai RM500. Juara setiap zon akan bertanding peringkat akhir 30 Oktober nanti untuk merebut gelaran Raja Kuah Knorr 2016. Hadiah juara keseluruhan lagi hebat iaitu pakej Umrah bernilai RM20,000 dan juga hadiah wang tunai RM15,000 bersama produk dari penajalah.




Apa pun ini adalah satu pengalaman yang baru bagi Maha menjadi juri. In Shaa Allah nanti peringkat akhir pun Maha dijemput lagi untuk jadi juri tunggu ok. Memang best dapat jadi juri ini dan juga dapat berkenalan rapat dengan barisan chef yang profesional. Lepas ni Maha akan lebih lagilah memasak di rumah dan buat video memasak yang korang boleh tengok resepi2 memasak dari Dapur Mahamahu disini. Ini semua nak memantapkan lagi skill memasak dan menambah pengetahuan dalam dunia masakan ini. Apa pun terima kasih kepada Unilever Food Solutions kerana percaya pada Maha untuk jadi juri. Nanti ada pertandingan jemput lagi ok hehehehe. Selamat membaca semua.