Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Produk Kesihatan Lelaki. Papar semua catatan

Sekali Sembur Wangi Satu Badan Dengan DASHING Deo + Perfume Body Spray

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok jujur nak tanya kepada orang lelaki lah siapa kat luar sana yang menggunakan deodoran dan juga minyak wangi untuk segarkan dan menghindarkan bau badan. Kalau ada pun mungkin 1 dalam 10 kot yang guna dua produk berasingan ini. Maha sendiri pun tak nafikan memang kadang-kadang keluar guna deodoran sahaja agar tiada bau badan yang ketara.

Walaupun Lelaki Produk Mandian Juga Penting Sedap Guna SAFI Anti-Bacterial Shower

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ini adalah orang yang cerewet dalam pemilihan produk penjagaan diri walaupun nampak jer macam ni tapi kalau produk tu banyak sangat bahan kimia yang tak berasas Maha susah nak terima juga. Maha ini adalah orang yang kuat berpeluh jadi bahan untuk penjagaan kulit terutama mandian adalah sangat penting bagi Maha.

MEN’S BIORE Sebagai Penaja Utama Piala AFF SUZUKI 2018

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Men’s Bioré jenama Skrub Muka Lelaki No. 1 di Malaysia, menjadi penaja utama Piala AFF Suzuki 2018 sebagai tanda sokongan terhadap acara dwitahunan Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Usaha ini, dapat memperkenalkan nilai-nilai jenama Men’s Bioré yang tersendiri menerusi pelbagai inisiatif menarik yang akan dijalankan sepanjang penajaan kejohanan bola sepak terkemuka ini.


“Di Malaysia, bola sepak sememangnya sukan yang paling popular di kalangan lelaki aktif. Sukan ini memupuk semangat kejuaraan untuk terus melangkah maju dalam kehidupan. Piala AFF Suzuki 2018 ini bukan sahaja bertujuan untuk menyatupadukan negara-negara ASEAN, malah kejohanan sebegini membangkitkan rasa semangat peminat-peminat bola sepak terhadap negara yang tercinta. Sebagai Penaja Utama Piala AFF Suzuki 2018, kami amat berbangga kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada kejohanan yang berprestij ini. Penajaan ini seiringan dengan slogan kempen Men’s Bioré iaitu ‘Super Power, Strike Further’, yang mengetengahkan konsep pembersihan secara mendalam, supaya tampil lebih yakin”, menurut Tuan Masaki Fujiwara, Presiden Kao Malaysia.


Bagi menyemarakkan lagi kejohanan ini, pembersih muka Men’s Bioré Double Scrub kini didatangkan dengan rekaan moden edisi terhad berinspirasikan unsur-unsur Malaysia. Edisi terhad ini bersesuaian dengan peminat bola sepak Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap pasukan kebangsaan. Sempena kejohanan AFF Suzuki ini, pengguna  Men’s Bioré juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM40,000*.


Men’s Bioré sebagai jenama pilihan skrub muka lelaki No. 1,  sememangnya mempunyai pertalian yang kuat dengan golongan lelaki yang aktif bersukan di Malaysia. Mereka juga sentiasa mengikuti perkembangan Piala AFF Suzuki dengan penuh minat. Justeru itu, acara sukan yang gemilang ini dapat menggabungkan dua gaya hidup yang berbeza iaitu sukan dan penjagaan kulit.


Kejohanan Piala AFF Suzuki berlangsung mulai 8 November hingga 15 Disember 2018, dengan lokasi perlawanan yang meliputi 11 buah negara ASEAN. Jenama Men’s Bioré akan menerima liputan media dan publisiti yang meluas di sepanjang tempoh 28 perlawanan. Pelbagai aktiviti dan promosi menarik yang bertemakan ‘Super Power, Strike Further’ telah diatur sempena kejohanan ini.  

Maklumat lanjut mengenai kempen ini dan produk Men’s Bioré  sila lawati laman Facebook Men’s Bioré Malaysia di https://www.facebook.com/MensBioreMalaysia/ atau www.kao.com/my/mensbiore/






Mandi Buih Khas Untuk Jejaka Macho DASHING 2 in 1 Muka Dan Badan

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar lelaki sentiasa berikhtiar  untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Melalui pelbagai  produk mandian di pasaran, pilihan  semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!


Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian ini memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.


Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia dalam pek pam bersaiz 700gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar korang kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi iaitu Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki. 


COOL
Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE
Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK
Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK
Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.


Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan korang tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan korang pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700ml.






Lelaki Dengan Masalah Kuat Berpeluh DASHING SPORT Penyelesaian Terbaik

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha memang pengguna produk Dashing dari mula mengenali deodoran dan juga pewangi mereka semasa zaman study dulu lagi. Sampai sekarang memang menggunakan produk mereka dan setiap tahun ada sahaja promosi terbaru seperti baru-baru ini ada Dashing Anytime EDT dalam pek kecil.


Itu salah satu sebab kenapa Maha suka kepada produk ini sentiasa ada update terbaru dan lagi baru sekarang ni mereka keluarkan pula DASHING SPORT. Walaupun sasaran mereka adalah kepada lelaki aktif dan juga ahli sukan tapi orang biasa ada masalah kuat berpeluh juga sangat sesuai.


Koleksi baru ini datang dengan dua variasi iaitu Dashing Hitman dan juga Dashing Golden Boot terdiri daripada deodoran semburan badan dan Eau De Toilette. Ia adalah sesuai untuk mereka yang kuat berpeluh macam Maha ni. Sebenarnya Maha ni kalau makan pedas sangat memang akan berpeluh habis muka dan satu badan.



Tahu kadang-kadang ada lelaki kat luar sana yang jalan kaki nak pergi ke parking kereta juga boleh berpeluh. Paling ketara celah ketiak, bagi Maha deodoran dan pewangi baru ini adalah pelengkap kepada keperluan lelaki yang ada masalah ini. 


Semburan deodoran ini bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.



Kalau orang tanya Maha perbezaan dua produk deodoran dan pewangi ini adalah dimana yang DASHING Hitman dapat bau aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood. Manakala DASHING Golden Boot Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi Kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin.


DASHING SPORT Eau De Toilette boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml. Keluaran edisi terhad ini boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk semburan deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml. 


Selalu Maha akan beli kat Guardian sebab dekat dengan rumah jadi korang juga boleh dapat mana-mana pasaraya besar. Selamat mencuba dan bertukar kepada wangian baru ini.






Rahsia Herba Cina 100 Tahun Dalam Produk Lynnity Untuk Kesihatan Semua Peringkat Usia

Salam sejahtera kepada  semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sinonimnya ada tiga perkara yang orang biasa akan cari kat dunia ini iaitu nak kuat, nak umur panjang dan nak putih betul tak. Kalau nak kuat tu biasalah dan macam-macam jenis minuman kopi yang pelbagai nama ada kat Malaysia ni.


Kemudian nak panjang umur untuk boleh buat pelbagai perkara lagi kat dunia ni selagi tak kaya. Lepas tu nak putih kalau tak nak putih tak keluar pelbagai produk minuman untuk memutihkan kulit tu yang selalu taja program tv kan. Kalau korang nak apa sepajang masih hidup ini nak kaya tu semua orang nak tapi kalau sakit tak guna juga kan.


So mula dari sekarang ni kena jaga kesihatan luar dan dalam. Kalau setakat luar jer sihat tapi dalam tak sihat lagi tak guna. Menggunakan bahan semula jadi dalam produk adalah satu keutamaan yang dicari rakyat Malaysia sekarang ni. Yang pasti selamat dan berkualiti sebab tu 'Biarkan Landang Menjadi Farmasi Anda'.


Ramuan Tradisional Teknologi Moden


Korang tahu tak tu moto untuk produk apa. Itulah dia keutamaan produk Lynnity yang menggunakan herba Cina cukup popular dan digunakan sejak 100 tahun dulu. Walupun menggunakan herba tradisional tapi mereka menghasilkan dengan teknologi moden mengikut peredaran masa.


Penjagaan luaran untuk sengal-sengal bahu dan sakit tengkok boleh guna produk Lynnity Relief. Ia adalah gabungan minyak tulen dan herba memberikan sensasi yang menyegarkan, menyejukkan semasa atau selepas senaman, dengan aroma yang menarik. Kegunaan luaran terutama mereka yang aktif tak kisah bersuka mahu pun bekerja. 


Paling best produk mereka ini didatangkan dalam bentuk botol roll-on macam ni senang nak guna tak meminyakkan tangan. Kalau minyak biasa selalau kena tuang kat tangan pastu baru sapu kat bahagian yang nak digunakan tapi ini tidak. Hanya gosok sahaja dah terus dapat rasa kehebatannya.



Maha selalu gunakan minyak ni kat tengkok dan bahu bila lenguh mengadap komputer jadi gosok jer terus rasa lega dan relax. Baunya pun tak tengit macam minyak urut biasa yang bau agak kuat. Kalau orang lelaki yang suka pergi gym pun boleh sapu kat bahagian sendi-sendi yang lenguh dan rasa ketat akibat angkat berat.




Juga produk ni boleh guna untuk kanak-kanak memberi mereka daya tumpuan yang lebih dalam pembelajaran kerana herba yang digunakan. Tambah kalau kanak-kanak selsema atau susah bernafas bolah sapukan minyak ini kat hidung dan dada ia dapat melegakan dalam masa yang pantas.

Minuman Penjagaan Dalam Tubuh



Tu baru produk kegunaan untuk luaran dan kini ada satu lagi produk kesihatan untuk kegunaan dalaman keluaran mereka juga. Memperkenalkan minuman Botanic Health yang boleh diamal oleh semua orang peringkat usia walaupun warga emas lagi digalakan. Tambah-tambah mereka yang ada masalah Osteoporosis atau masalah tulang belakang.


Botanic Health mengandungi bahan-bahan yang unik untuk melindungi tisu rawan, meningkatkan kepadatan tulang dan menambah mobiliti. Pengambilan intipati rutin boleh memberi manfaat kepada tulang dan sendi pengamalnya dan mencegah osteoporosis. Korang mesti tetanya bagimana rasanya betul tak, ia rasa buah sebab dalam minuman ini ada sekali Buah Manggis, Blue Green Algae dan Orthosiphon atau dikenali sebagai misai kucing. Rasa sedap boleh jadi minuman harian pagi, tenghari dan malam.




Dalam satu kotak ni ada 15 sachets 20gram hanya campur dengan air suam 200ml dan kacau sahaja dan terus minum sangat mudah. Macam cakap tadi bagus juga untuk semua golongan sebab ia banyak kelebihannya seperti:-

- Meningkatkan kesihatan tulang dan sendi
- Membaikpulih & mengekalkan kesihatan tulang & rawan
- Mengurangkan kesakitan & keradangan.
- Meningkatkan dan mengekalkan pergerakan fizikal
- Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan kesihatan kardiovaskular

Paling penting ia adalah produk semulajadi dengan menggunakan sayur, herba dan buah-buahan. Jadi tak perlu nak risau tentang keselamatannya kerana produk ni telah diuji oleh GMP, HACCP, Halal Tested dan Lab Tasted. Ia adalah produk keluaran tempatan dan kalau nak beli boleh beli secara dalam talian kat laman web mereka. Selamat mencuba semua.

Nak beli dan info lanjut layari :






Sembur Bukan Buang Perfume Anda Tips Penggunaan Minyak Wangi Yang Betul

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang pakai perfume macam mana sembur sebanyak mungkin kat pakaian korang betul tak. Itu bukan pakai ok tapi itu membuang perfume namanya. Ini kerana kesalahan tempat semburan membuatkan minyak wangi anda tidak begitu menyerlah baunya.


Maha sekadar nak kongsikan sahaja hasil daripada pemerhatian dan juga beberapa bacaan yang dibuat. Tapi tak semestinya ia sangat berguna kepada semua orang mungkin lain orang lain pula kesannya betul tak.

Beberapa tips penggunaan minyak wangi yang betul boleh diamalkan :

1) Pastikan badan kita kering daripada mandian sebelum mengenakan minyak wangi.
2) Sembur pada tubuh badan dan bukan pada pakaian ini kerana pakai menghidrat wangian anda dengan cepat.
3) Beberapa lokasi untuk sembur minyak wangi adalah pada bahagian titik nadi seperti pergelangan tangan, tengkok, siku dan belakang lutut.
4) Sembur minyak wangi saja tidak perlu gosok kerana ia akan menghilangkan molekul wangian itu.
5) Jangan gunakan banyak jenis wangian dalam satu masa.

Tu beberapa tips yang Maha rasa semua orang tahu kot. Tapi ada satu yang sangat penting iaitu mengunakan minyak wangi yang Halal kerana senang untuk solat. Jadi nak cari yang halal ni macam mana sangat susah dengan pelbagai produk dari luar negara. Sebab tu Maha sekarang ni menggunakan minyak wangi MoZFemes ini.


Minyak wangi ini dijamin halal dan ia tahan sehingga 8 jam sebab Maha pakai dari pagi sampai petang masih berbau wangi di pejabat. Paling best baunya yang sangat exclusive dan tiada pada pewangi antarabangsa yang lain. So bila pakai orang sebelah akan tegur korang pakai minyak wangi apa tak pernah bau pun wangian ni, ha yang itu bestnya.

MoZFemes ini sekarang ada 3 variasi wangian yang mereka keluarkan. Bagi lelaki boleh guna yang VIP by MoZFemes ini memang sesuai. Ia memberikan bau woody spicy dan juga oriental spicy. Nak tahu kena cuba sendiri lah Maha cite pun susah juga kat sini tapi Maha dan ada satu botol memang guna sendiri.


Dihasilkan dalam 3 saiz yang Maha guna ini adalah 30ml berharga RM70 manakala 10ml harga RM25 dan untuk yang kecil percubaan saiz 5ml harga RM15 jadi beli yang ni dulu untuk percubaan. Bila dah suka nanti korang guna yang besar macam Maha ni.


Bagi orang perempuan pula ada wangian Sweetheart by MozFemes sangat sesuai. Harga dan saiz sama cuma bau sangat lembut untuk wanita bau bunga dan buahan. Ketiga pula mereka ada ZF Miracle by MoZFames ini unisex sapa-sapa boleh pakai. Harga pun boleh tahan untuk botol 50ml harga RM115.


Sebab apa mereka keluarkan dalam bentuk botol kecil ini kerana senang nak bawa mengembara tak perlu bimbang. Juga boleh letak dalam kocek jer atau dalam beg nak guna bila-bila masa. Maha dah dapat satu korang tak nak ker cuba. Boleh dapatkan daripada kawan Maha pengedar perfume ini nama dia Izwan Isa. Contact seperti dibawah ini ok.

Pertanyaan dan tempahan hubungi :-
Whatsapp : 013-404 0045 (http://www.wasap.my/60134040045)




Kecil Tapi Berkuasa DASHING Anytime EDT 18ml Untuk Lelaki Selalu Tampil Wangi

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebagai seorang lelaki kadang-kadang kita tak kisah kepada wangian badan kerena selalu kita akan sembur waktu pagi pergi kerja dengan harapan ia bertahan sehingga petang. Mampu ke minyak wangi anda berbuat demikian kalau ada pun mungkin mahal.


Mungkin kita orang laki tak macam orang perempuan yang ada beg tangan yang sentiasa boleh bawa segala macam eksesori dalam beg mereka betul tak. Orang laki ni simple jer kalau boleh datang bawa dompet jer pergi kerja hehehe. 


Tapi sekarang tak perlu lagi beg besar untuk bawa DASHING Anytime EDT. Ini adalah wangi bersaiz mini yang mampu dimuatkan dalam kocek baju atau juga kocek seluar. Kadang-kadang kita tak rasa seperti membawa sesuatu dalam kocek terlalu nipis dan kecil. Sebelum ini ada produk Dashing Adventurer 2.0 dalam bentuk rool on dan botol pewangi.


Namun kuasa wangian ini sangat membantu dalam memberi pertahanan kepada bau badan seorang lelaki. Semua orang tahu yang DASHING adalah peneraju jenama penjagaan diri lelaki popular di Malaysia. Nak bagi lelaki rasa begitu selesa dan wangi maka mereka menghasilkan Anytime EDT 18ml ni. 


Kalau tengok sebesar satu kad kredit sahaja letak kat tangan Maha ni pun masih kecil tapi ia mampu bertahan selama 20 hari. Kalau yang pernah makan gula-gula getah ada satu yang saiz sama empat segi macam ni juga. Rekaan pek ini datang dengan 4 variasi wangian unik iaitu Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick.



Wangian Cool ini memberi haruman maskulin gabungan Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai bahan asas. Maha suka wangian ini sekali sembur habis satu pejabat bau tau siap kawan Maha tegur lagi pakai perfume ker nak balik wakakaka. Wangian Active pula khas untuk lelaki lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Ia dari haruman Fougére yang digabungkan dengan Citrus, Lavender dan Amber. Bagi Maha ia bau agak keras sikit.


Seterunya ini wangian Ultimate Kick dan Hattrick di inpirasikan daripada team bola Manchaster City. Jadi mereka yang suka bola sesuai ambil dua wangian ini ia rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. Manakala Hattrick adalah gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.


Sekarang dah boleh dapat kat pasaraya, farmasi, hypermarket dengan harga RM7.00 satu untuk 4 wangian ini. Murah kot kalau travel luar negara pun lagi senang nak bawa tak perlu bimbang sekatan imigrasen. Boleh bawa 4 wangian sekali gus untuk hari-hari yang berbeza dan wangian berbeza mengikut waktu. Lepas ni ramailah lagi orang laki akan kekal wangi kat luar sana kalah orang pompuan hehehehe.







Kenapa Lelaki Perlu Mengayakan Rambut Apabila Keluar Kadang-Kadang Lebih Dari Perempuan

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebagai seorang lelaki kadang-kadang confuse juga nak menggayakan rambut nampak lebih hebat dan berketrampilan. Korang rasa Maha sesuai buat gaya macam mana rambut skema, rambut pacak, atau rambut kelihatan 'edgy'.


Nak gayakan rambut kena ada produk penggayaan rambut terbaik yang memudahkan kita membuat style rambut dan memastikan gaya tersebut kekal sepanjang hari. Sekarang Maha dah jumpa jenama penggayaan rambut yang sesuai dengan rambut Maha yang lembut dan jarang ini.


Hari-hari kalau korang tengok gaya rambut Maha tu menggunakan produk ELITE On The Go Hair Wax! Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum pada rambut. Maksudnya hanya secalit sahaja sudah cukup menbentuk rambut seperti mana yang kita hendaki.


Tambah sekarang kat mana-mana lelaki mesti nak betulkan rambut walaupun sikit. Jadi dengan pek mudah guna ELITE On The Go baharu ini, kat mana-mana korang boleh tampil bergaya walaupun baru lepas menunggang motorsikal. Sangat flexible dan saiz yang sesuai untuk dibawa kemana-mana hanya seberat 30gram sahaja boleh masuk poket.


Tu yang Maha suka jenama ini lagi syok meraka ada keluarkan 5 variasi untuk memudahkan lelaki menggayakan rambut. Dalam bekas warna yang menarik pasti ia melambangkan idetiti lelaki yang menggayakannya. 

1) Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.


2) Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!


3)  Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan.


4) Airy Wild hadir dalam wana jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!

5) Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya.

Jadi mana satu pilihan hati korang dan gaya rambut yang korang mahukan. Semua produk ini boleh didapati di cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka. Terdapat 2 saiz untuk semua variasi ini iaitu 68gram dengan harga RM17.10 dan juga saiz On The Go harga RM5.90 sahaja mampu milik. Boleh tukar sekarang dan gaya rambut lebih yakin dengan produk ELITE.