Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Pentas Citarasa. Papar semua catatan

Buffet Ramadan Pentas Citarasa Di Marriott Hotel Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ini kita pergi pula bufet buka puasa di Marriott Hotel Putrajaya dengan mempersembahkan kepada korang yang datang dengan konsep kisah "Pentas Citarasa". Pentas dilihat sebagai platform untuk menunjukkan sama ada suka atau duka sepanjang menjalani kehidupan dalam norma yang ditetapkan. Namun begitu hotel ini tetap bangkit dan percaya bahawa setiap harapan ada pelita yang mengiringi. Tidak dinafikan juga oleh Chef Zulkifli yang dikenali sebagai Waklan yang menjadi sinonim dengan Hotel Marriott Putrajaya apabila tibanya bulan puasa. Setiap tahun Waklan cuba menghidangkan juadah yang terbaik untuk tetamu yang ingin menjalankan tugas sebagai seorang Muslim serta tetamu yang dihormati daripada pelbagai kaum.