Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Pacific Regency Hotel Suites. Papar semua catatan

Bawa Keluarga Nikmati Juadah Warisan Berbuka Puasa Di Pacific Ragency Hotel

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Menuju bulan puasa tahun ini, harga bufet yang ditawarkan oleh banyak restoran di dalam dan di sekitar pusat bandar hampir sama. Jadi mengapa tidak mencuba sesuatu yang sedikit berbeza dari yang lain dengan berbuka di Restoran Soi 23 Pacific Regency Hotel Suites.


Terletak di atas bukit yang bertentangan dengan Menara KL yang terkenal, Soi 23 Restaurant adalah permata tersembunyi di tingkat 23 yang terdapat di Pacific Regency Hotel Suites, Kuala Lumpur. Menghidangkan makanan asli Melayu yang diilhamkan oleh dari resipi kampung halaman chef mereka, Restoran Soi 23 mempunyai lebih daripada 2 tahun yang lalu meraikan sambutan hangat di kalangan pengkritiknya untuk bufet iftar.



Pada tahun ini, Soi 23 Restaurant menawarkan buffet dengan tema 'Juadah Warisan' bermula dari dari 19 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018. Mempunyai lebih daripada 100 pilihan menu makanan yang menarik dan unik. Sebagai peraturan, sentiasa baik untuk memulakan dengan sesuatu yang manis untuk memupuk selera makan anda. 



Mulailah dengan beberapa kurma yang berair dan menghilangkan kerongkong anda dengan Sirap Selasih yang menyegarkan. Seterusnya, menyelami pilihan makanan pembuka seperti Jemput Jemput Bonzer Dato 'Keramat dan Pas dan Pasembor Padang Kota.



Sebaik sahaja anda sedang dalam perjalanan, bersiaplah untuk hidangan panas dan lazat seperti Ayam Pencen Salai Masak Lemak Cili Api, Rendang Tok Wan, Daging Bakar Masak Lemak Pucuk Ubi, Ikan Goreng Pedas Bumbu Acar dan Gulai Kawah semasa dihidangkan dengan nasi putih kukus disertai dengan pelbagai 'ulam-ulaman' dan pelbagai sambal pedas yang akan membuat hidangan anda sempurna!



Pastikan anda tidak terlepas stesen aksi kami yang menawarkan pilihan Ikan Bakar dan Kambing Golek Bakar dengan Briyani Pak Arab. Tambahan lain seperti Satay Kajang, Ayam Percik dan Bubur Lambuk juga disediakan untuk mereka yang mencari tambang yang lebih tradisional.


Rebutlah peluang ini untuk sesuatu yang berbeza di atas tawaran makanan hebat sambil menikmati hidangan di Soi 23 Restaurant yang dilengkapi dekorasi perabot bergaya yang menawarkan pemandangan yang luas dari latar langit bandar Kuala Lumpur. Selamat berbuka semua.

Harga :
RM98.00++ untuk dewasa
RM49.00++ untuk kanak-kanak dan warga emas

Tempahan dan pertanyaan sila hubungi 
Tel : +603 2332 7788 atau 
E-mel : fnbadmin@pacific-regency.com






3 Masakan Dari 3 Negeri Dalam Mangkuk Tingkat Yang Termurah Ditengah Kuala Lumpur

Salam sejahtere kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Orang Kuala Lumpur yang selalu sibuk dengan tugas dan juga kadanga-kadang skip makan tengah hari perlu cuba menu mangkuk tingkat ini. Mana nak dapat kalau betul2 kat tengah Kuala Lumpur. 


Sebelah dengan Menara KL jer mana lagi kalau bukan Pacific Regency Hotel Suites. Hotel mewah bilik selesa ditengah-tengah Kuala Lumpur. Untung orang-orang yang bekerja di sekitarnya boleh hari-hari makan 3 masakan special dari 3 buah negeri di Malaysia. Itu konsep yang cuba diketengahkan oleh Chef Zairul bagi menu dan konsep mangkuk tingkat ni.

3 Masakan Yang Popular


3 masakan yang Maha sendiri sebenarnya telah cuba memang sedap iaitu Patin Gulai Lemak Tempoyak dari Negeri Pahang. Kemudian ada pulak masakan Rendang Tok dari Negeri Perak. Lagi bertambah special ada masakan Sambal Udang Petai dari Negeri Melaka.

Patin Gulai Lemak Tempoyak

Sebab Maha dah rasa sendiri menu ni kat restoran Soi23 dalam hotel ni jadi Maha cite apa yang menariknya. Selain daripada rasa yang sangat original kuantiti yang disediakan untuk korang makan sangat-sangat banyak. Sepatutnya satu mangkuk tingkat ni dihadkan untuk makan 2 orang tapi sebenarnya boleh makan 3 orang.

Rendang Tok

Maha sendiri makan hari tu dua orang tak boleh nak habis kerana dalam lauk Patin Tempoyak tu ada 2 ketul isi patin yang bersaiz besar. Kemudian dalam udang masak petai ada lebih daripada 6 ekor udang bersaiz sederhana bukan kecil ok. Pulak tu Rendang Tok tu daging cukup lembut dan rempah ratus semua lengkap.

Sambal Udang Petai

Ulam-ulaman dan Sambal Belacan

Jangan kecam Maha kalau korang tengok gambar2 makan ni semua ok. Tapi bukan tu sahaja dalam set hidangan mangkuk tingkat ini ada 4 tingkat semuanya dan satu lagi tu adalah nasi putih yang disediakan. Termasuk juga  set ulam-ulaman dan juga sambal belacan, dalam ulam tu ada petai ok mesti terangkat.

Harga Sangat Murah 


Dengan harga RM35nett per set memang cukup-cukup murah bagi Maha. Yer lah kalau korang tengok satu ketul Ikan Patin Sangkar sahaja sudah cecah RM8-RM12 satu ketul dalam tu ada dua. Kemudian ada udang masak petai satu pinggan RM12. Kalau kat luar Rendang Tok 100gram dah RM10. Tak masuk nasi dan juga ulam-ulam tu semua korang kiralah sendiri bajet tu hehehe.



Tapi Maha makan memang berbaloi kerana sedap dan juga harga yang sangat berpatutan. Pulak tu makan kat restoran mewah tingkat 23 boleh tengok pemandangan Menara KL. Apa lagi korang nak? Menurut kata pengurusan mereka hidangan mengkuk tingkat ini hanya akan ada 3 bulan promosi ini sahaja iaitu Ogos, September dan Oktober.


Jadi selagi masih ada ni mai datang sini bawa kawan atau keluarga kerana satu mangkuk tingkat meriah dengan kesedapan kulinari hidangan tempatan bertaraf antarabangsa. So nak booking dulu boleh dan nak walk in pun boleh dibuka waktu lunch sahaja setiap hari termasuk hari minggu. Datang sekarang kena cuba hidangan yang banyak ni. Selamat mencuba.

Tempahan dan pertannyaan boleh hubungi :
Tel : 03 2332 7777
Email : info@paficif-regency.com

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 5/5






Buffet Ramadhan Memori Selera Desa di Soi23 Pacific Regency

Buffet Ramadhan Memori Selera Desa di Soi23 Pacific Ragency - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang tiba musim promosi Buffet Ramadhan buat rakyat Malaysia yang memang kuat makan hehehe. Maha sendiri pun makan tak henti ni tapi bulan puasa nanti lagi lah. Sebab itu kini Pacific Regency Hotel Suites melalui Restoran Soi23nya membuat promosi awal untuk tempahan Buffet Ramadhan.


Pada yang membuat tempahan atau pembelian awal promosi harga hanya pada RM78nett sahaja. Tempoh promosi hanya bermula 15 April hingga 31 Mei ini sahaja. So apa lagi kalau harga asal memang jauh berbanding harga promosi ini. Tak rugi sebenarny makan kat sini kerana ada lebih dari 100 hidangan tradisional yang di perkenalkan oleh chef mereka.




Kata Chef kat sini kebanyakan hidangan adalah resepi sendiri dari ibundanya yang di pelajari dulu2. Kini beliau mencurahkan semua keenakan makanan dalam Buffet Ramadhan ini. Di antara menu2 yang ada di sini adalah seperti Gulai Telur Itik, Belimbing Buluh, Gulai Pisang Muda, Gulai Tenggiri  bersama Bendi dan Ayam Masak Lemak Daun Cekur antara lain dihidangkan dengan nasi putih kukus panas atau nasi minyak. Terdapat juga pelbagai 'ulam' dan pelbagai sambal pedas yang akan membuat hidangan yang sempurna.


 







Dalam semangat perkongsian bulan mulia nanti, Chef Zairul juga akan memaparkan resipi eksklusif setiap Jumaat melalui Pacific Regency Hotel Suites facebook rasmi di mana orang ramai boleh cuba di rumah. Kalau korang nak belajar resepi baru dan juga ilmu memasak masakan tradisional ini boleh pergi ke laman facebook mereka di bawah entry ini.








Buffet Ramadhan Memori Selera Desa boleh didapati harga normal RM103nett bagi setiap orang dewasa, manakala warga emas / kanak-kanak dapat menikmati dengan harga RM59.00nett untuk sepanjang bulan Jun. Bagi korang yang nak rasa keunikan selera tradisional orang kampung boleh datang sini. Kalau nak tempah boleh hubungi mereka seperti maklumat di bawah. Selamat menjamu selera...

Soi23 PACIFIC REGENCY HOTEL SUITES
Untuk tempahan
Tel :+603 2332 7777 ext. 6807 
E-mail : fnbadmin@pacific-regency.com






Cristallo Makan Malam Romantik Disinari Cahaya Di Tengah2 Kuala Lumpur

Cristallo Makan Malam Romantik Disinari Cahaya Di Tengah2 Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu pernah cerita tentang pengalaman menginap di sebuah suites hotel lima bintang yang terbaik di tengah2 Kuala Lumpur. Di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur bukan sahaja mempunyai penginapan selesa malah juga mempunyai tempat makan yang cukup hebat.


Salah satu antara restoran yang popular di Pacific Regency Hotel Suites  untuk anda makan malam adalah Cristallo. Makan malam anda lebih bermakna dengan bertemankan cahaya malam di tengah2 Kuala Lumpur dan hidangan yang enak2 ada di situ. Mahamahu rasa ini adalah tempat paling sesuai untuk korang bawa pasangan masing2 menghabiskan malam bersama. Cukup romantik dan rasa seperti masih baru berbulan madu. 


Cristallo berada pada ketinggian 34 tingkat bukan sahaja dapat melihat keseluruhan KL pada waktu malam tapi anda dapat menikmati kesedap hidangan yang ada di sini. Berkonsepkan dinning anda akan di jamu dengan hidangan bertaraf 5 bintang. Daripada makanan pembuka selera sehinggalah makanan pencuci mulut. Jom Mahamahu perkenalkan antara menu2 yang popular boleh anda cuba makan di Cristallo ini. 

Timbale of Smoked Chicken and Avocado

Semua menu ini adalah cadangan daripada tukang masak di sini yang menjadi hidangan pilihan ramai tetamu meraka. Yang pertama untuk pembuka selera Mahamahu telah mencuba Timbale of Smoked Chicken and Avocado With Chili Mango Salsa, Watercress & Hazelnuts Salad. Cukup rasa ringan dan membuka selera makan anda dan ia makanan sihat. Untuk Soup pula Mahamahu telah pilih Kaffir Scented Lobster Soup with Sea Scallop, Coconut Foam. Ia adalah sup makanan laut yang agak krimer tapi tak boleh makan banyak kerana nanti korang cepat kenyang hehehe..

Kaffir Scented Lobster Soup

Bagi hidangan utama pula Mahamahu di hidangkan dengan Pan Seared Sirloin of Black Angus Beef, Truffle Potato, Baby Carrot, Fine Beans, Signature Sarawak Black Paper Sauce. Daging ini di masak Medium Rear kerana Mahamahu masih nak rasa kelembutan pada daging ini dan ia memang cukup lembut dan rasa semua bahan2 perapannya. 

Pan Seared Sirloin of Black Angus Beef

Manakal untuk pencuci mulut pula Mahamahu di hidangankan lain daripada lain kerana ia tidak begitu manis dan anda akan dapat rasa rempah dalam dessert ini. Ia di panggil Chocolate Spiced Torte, Lemon Sherbet, Light Hazelnut Custard. Dalam hidangan dessert ini anda akan dapat rasa sedikit kepedasan pada hujung rasanya tapi tak terlalu kuat. Itu lah yg menjadikan ia begitu unik dan menarik.

Chocolate Spiced Torte

Semua hidangan ini akan membuatkan anda bukan sahaja kenyang tapi dapat menikmati hidangan international yang memang membuat anda rasa bahagia. Tambah2 kalau korang makan dengan insan tersayang memang cukup berbaloi. Suasana selesa romantik lepas tu pula boleh terus pergi mandi kat swimming pool yang ada memang cukup menarik percutian anda kat Kuala Lumpur ni. 


So apa tunggu lagi ini adalah lokasi istirehat anda yang membaloi dengan bayaran yang di keluarkan. Seperti mana yang Mahamahu tulis sebelum ini adan boleh buat tempahan bilik segera bersama dengan makan malam di mana2 restoran yang ada di sini. Selamat bercuti pada anda semua ok...

Tempahan PACIFIC REGENCY HOTEL SUITES  
Phone : 03 2332 7777
Fax : 03 2031 2492
Facebook : https://www.facebook.com/prhskl