5 Stars,

Penginapan Pilihan Di Tengah-tengah Kuala Lumpur - Pacific Regency Hotel Suites Menjamin Keselesaan

Khamis, Mac 05, 2015 Mahamahu 0 Comments

Penginapan Pilihan Di Tengah2 Kuala Lumpur ~ Pacific Regency Hotel Suites Menjamin Keselesaan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau datang Kuala Lumpur mana selalu korang rancang untuk tinggal. Biasalah mesti cari yang murah dan juga yang selesa dan menarik betul tak. Paling best mesti nak cari tgh2 kota Kuala Lumpur supaya senang nak berjalan2 merata2.


Sebab tu Mahamahu nak syorkan satu Hotel Suites dan Service Apartments yang sangat2 selesa dan sangat2 berbaloi untuk mereka yang bercuti atau ada aktiviti di tengah2 Kuala Lumpur. Ini lah dia Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur adalah bertaraf 5 bintang. Kalau ada yang datang Kuala Lumpur atas urusan kerja atau meeting ker, memang ini adalah tempat yang paling berbaloi. 



Pacific Regency Hotel Suites bukan sahaja tempat untuk tido dan rehat tapi boleh menjadi tempat untuk anda menikmati kehidupan cara kota yang penuh dengan aktivit. Ini kerana di hotel ini di lengkapi dengan segala kemudahan yang ada iaitu gym, swimming pool, spa, cafe, restoran dan banyak lagi. Kalau sapa2 nak buat sambutan hari jadi atau private party memang sesuai sgt dekat swimming pool ini.


Mahamahu yang berkesempatan untuk tinggal di sana dapat menikmati semua kemudahan dan keselesaan di hotel ini. Swimming pool yang ada di roof top dapat mandi sambil menikmati pandangan menara KLCC dan juga menara Kuala Lumpur. Hotel ini pula berkeduduk betul2 berhadapan dengan Menara KL dan cukup mudah untuk akses ke seluruh KL dengan Monorail.




Bila tengok pada keadaan bilik yang ada kat sini semua kemudahan cukup lengkap seperti tab mandi dan dapur yang lengkap ada peti ais dan juga dapur memasak. Wow walaupun duduk untuk dua org sahaja bilik ini memang rasa selesa dan puas sambil baring2 layan tv tak rasa nak keluar hehehe.



Pakej penginapan di sini juga tersedia untuk sarapan pagi, kalau anda tinggal sini tak perlu risau untuk mencari makan. Selain itu juga korang boleh menikmati makan malam penuh romantik dan suasana cantik melihat matahari yang terbenam di tengah2 Kuala Lumpur. Mahamahu sempat menikmati makan malam di Cristallo salah satu restoran barat yang ada di sini. Korang boleh baca review Cristallo iaitu restoran mewah dan menarik di mana korang akan makan malam pada ketinggian 34 tingkat sambil menikmati suasana malam di sekitar Kuala Lumpur.



Kalau yang bercadang untuk bermalam di tengah2 Kuala Lumpur Pacific Regency Hotel Suites adalah pilihan terbaik yang tidak rugi. Jadi boleh dapatkan maklumat lanjut hotel ini di laman web dan juga laman facebook mereka. Booking sekarang tambah2 cuti sekolah dah dekat jadi senang nak jalan2 KL ni ok. Selamat bercuti semua...

Tempahan PACIFIC REGENCY HOTEL SUITES
Phone : 03 2332 7777
Fax : 03 2031 2492
Facebook : https://www.facebook.com/prhskl









0 Pandangan: