Istimewa Selera Indonesia Berbuka Puasa Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramadhan Al Mubarak tak lama lagi bakal menjelma dan sekarang tengah rancak promosi untuk bufet Ramadhan. Tahun ini Hotel Aloft Kuala Lumpur tidak mahu terlepas menawarkan hidangan istimewa bertema 'Selera Indonesia'. Selalu kita makan masakan tempatan jer kali ni boleh cuba utuk berbuka dengan juadah dari negara jiran.

