Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni Maha nak bawa korang ke sebuah restoran makanan popular dari negara Taiwan. Kalau korang sukakan Dumpling atau pau kat sini lah tempatnya. Restoran Din by Din Tai Fung 'No Pork' atau tanpa kinzir korang boleh lihat pada singboardnya. Maha cakap terus terang restoran ni tidak dapat pengiktirafan Halal kerana mereka menyajikan minuman beralkohol kepada pelanggan yang bukan beragama Islam.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yerrr kembali lagi dengan hidangan makanan Korea yang memang ramai orang Malaysia mesti suka. Kalau sebut jer K-Pop semua dah menjerit teruja tapi kat sini mereka menyajikan K-Food makanan dari Korea. Selalu restoran Korea ni mesti popular dengan ayam goreng pedas mereka. Tapi kat sini ia lain sikit ayam goreng yang disalut dengan cheese leleh.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan
Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok sambung lagi untuk tempat makan semasa Maha membuat
pandu uji Honda Civic baharu. Kali ni makan malam dekat tengah-tengah KL mana lagi kalau bukan
Restoran Warisan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah panjang kan nama tapi rasa?
Restoran ni mudah sangat nak cari terletak di dalam NU Sentral shopping mall jadi korang boleh datang naik public sahaja. Berada di tingkat LG korang boleh datang makan tenghari atau malam kat sini. Makana utama kat sini adalah nasi kukus dan juga ayam goreng berempah.
Yang unik kat sini ada pelbagai jenis nasi kukus boleh korang pilih untuk padankan dengan ayam goreng. Ada Nasi Kukus Telang, Nasi Kukus Pandan, Nasi Kukus Lemak, Nasi Kukus Putih dan Nasi Kukus Perang. Yang Maha cuba adalah Nasi Kukus Telang yang menggunakan Bunga Telang untuk mendapatkan warna biru ni macam nasi kerabu.
Yang Maha makan ni adalah set makan beramai-ramai sebab tu Ayam Goreng Berempahnya diletak banyak macma tu. Kalau yang datang bersama pasangan atau kawan-kawan boleh pilih set seorang makan. Tengok ayam gorengnya memang nampak garing dan rasa rempah dalamnya sedap.
Pulak tu korang boleh pilih kuah Telur Rebus Sambal atau Rendang Daging yang terbaik ni. Dua ni kombinasi yang sangat sesuai untuk memenuhi makan malam korang. Pastu boleh ambil Keropok Ikan untuk lagi selera tu yang Maha suka lah kat sini.
Kalau tak nak makan nasi pun ada juga makana lain seperti Mee dan juga yang ni Maha cuba adalah Satay. Rasa satay ni agak unik kerana ia bukan diperap dengan rempah biasa tapi rasa seperti satay panggang. Macam mana tu kena datang cuba sendiri ok. Selamat menjamu selera semua.
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5
SUDAH TUTUP
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan
Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni Maha nak bawa korang ke sebuah lagi kafe yang konsepnya pertama kot di Malaysia iaitu
Cafe Stick Arts. Kafe yang simple dan nampak meriah dari luar ini mempelbagaikan pilihan pencuci mulut untuk pengunjungnya.
Kafe ini terletak di tingkat 5 shopping complex
NU Sentral Kuala Lumpur menyediakan lebih daripada 50 pilihan pencuci mulut terbaik.
Di antara menu yang tersedia di sini adalah 3D Italian Ice Cream Stick (Eksklusif di Asia Tenggara), 3D Cakes, Chocolate Frozen Cake, Fancy Ganache, Pralines set, Hot Chocolate An A Spoon, Cake In A Jar dan Hello Kitty License Flavor.
Semua ini korang boleh dapatkan di kafe ini dengan bentuk yang comel dan kecil-kecil jer sesuai untuk di bawa makan bersama. Makanan yang ada sini di hasilkan dengan bentuk dan warna yang lebih ceria dan menarik untuk pilihan generasi muda sekarang.
Paling menarik perhatian adalah Gelato Bunga 3D Pertama di dunia dalam Bouquet. Ia adalah dihasilkan khas untuk menghadiahkan kepada insan paling kita sayang dalam hidup ini. Boleh dapat dengan bentuk dan jumlah yang banyak seperti ni. Ia boleh di makan ok bukan sekadar bunga biasa.
Sebenarnya cafe ini baru sahaja dilancarkan iaitu 29 November yang lalu dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato 'Sri Azlan Dr. Mahadevan (Pengasas Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia), Chef Kimora (Principal Stick Kesenian), Encik Eric Lim (Pengarah Stick Arts Café) dan Encik Vin Wee (Penasihat Stick Arts). Arcara yang serba ringkas tapi menyediakan makanan yang banyak.
 |
| YAB Tan Sri Dato 'Sri Azlan Dr. Mahadevan |
Selain daripada dessert yang Maha ceritakan di atas tadi menu utama mereka adalah Gilato aiskrim yang dibuat dalam pelbagai bentuk. Korang boleh datang kat kafe ini dan pilih bentuk yang tersedia dan boleh makan bersama orang yang kita cinta. Ada lebih dari 38 perisa dengan rasa asli dan pasti sedap.
Kerana kafe ini terletak bersebelahan GSC NU Sentral ini memudahkan korang untuk mencari dan mendapatkan semua menu yang Maha ceritakan tadi. Generasi Y sekarang suka kepada kafe seperti ini. Maha yang datang pada perasmiaan hari tu pun dapat makan banyak juga hidangan sampai kenyang.
Mereka juga mengajak korang untuk sertai dua acara Krismas bagi bulan Disember di Lot 10 Musical Krismas (Showcase Stick Arts di hadapan rolex & Isetan The Japan Store) dari 5 hingga 25 Disember 2016 dan juga KL Winter Fest @ Pusat Pameran Midvalley (Platinum Booth No. 12A) dari 16 hingga 25 Disember 2016. Apa pun korang boleh datang kat sini untuk santai-santai dengan kawan-kawan. Selamat mencuba.
Maklumat lanjut layari :
Laman web : www.stickartsgelato.com
Facebook : www.fb.com/StickArtsGelato
Instagram : www.instagram.com/StickArtsGelato
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5