Nak Tahu Kereta Baru Tu Bagus Kena Pandu Uji Sendiri Seperti Honda Civic 1.5 Baharu Ini

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa ada plan nak beli kereta baru dalam tahun depan? Apa yang korang tengok bila nak pilih kereta baru? Nak bagi korang sedikit panduan bagaimana nak tahu kereta tu bagus atau tidak korang boleh tonton video di bawah ini. Tapi ingat jangan tiru aksi yang dilakukan ok.


Macam mana rasa teruja tak nak cuba kereta Honda Civic 1.5 yang baharu ni. Ini baru sikit yang korang saksikan tapi sebenarnya banyak lagi keistimewaan kereta ini. Maha bukan nak jual kereta tapi nak cite pengalaman Maha yang dapat mencuba kereta ini sendiri.

 


Minggu lepas Maha berkesempatan untuk pandu uji Honda Civic 1.5 baharu ini selamat 2 hari. Korang sendiri pun nak tahu kereta tu bagus kena buat pandu uji sendiri baru tahu semua ciri-ciri menarik ini dan baru rasa puas hati. Maha memang dah lama idamkan kereta ni dapat peluang macam ni lagi lah seronok. Di antara ciri-ciri yang pertama kali ditawarkan pada Civic baharu ni adalah :-
  1. Remote Engine Start
  2. Walk Away Auto Lock
  3. Electric Parking Brake 
  4. Auto Brake Hold


Hari pertama Maha dapat taklimat pasal asal usul kereta Honda di Hotel Aloft KL Sentral. Lepas taklimat terus bergerak meredah laluan jem dan juga jalan sejauh 30 minit. Kat Selayang tu Maha di bawa ke satu pusat service Kah Motor Selayang yang terbesar dekat KL ni. Pusat service ni kalau datang nak service kena booking dulu kalau nak walk-in hanya untuk jumlah yang terhad sahaja.


 


Kat situ Maha diajar bagaimana satu kereta Honda diservice dari mula sampai habis. Yang paling best adalah bila service kat pusat service Honda yang berdaftar ini kita akan dapat khidmat nasihat tentang kereta yang digunakan. Pastu alat ganti juga adalah yang original dan paling pasti harga sangat berpatutan.

 


Lepas dah tahu bagaimana nak service kereta ni Maha pergi lunch lah lapo. Hari ni Maha makan dekat Closer Cafe Mutiara Damansara. Cafe westerni ni memang exclusive sangat dan makana semua sedap-sedap. Detail pasal tempat makan ni dan  menu yang Maha dah cuba akan diceritakan diposting lain nanti ok.



Kenyang perut suka hati ingat dapat enjoy rupanya Maha pergi ker parking Setia City Mall untuk buat ujian sebenar pandu uji kereta ini. Perjalanan sana makan masa sejam jugalah tapi tak terasa kerana kereta yang besar. Dengan kepanasan dan keluasan kawasan parking ni terasa bedebar sebab nak tengok beberapa ujian yang dilakukan depan mata.


Menggunakan kereta Honda Civic 1.5 Turbo baharu ini mereka membuat ujian pertama iaitu VSA. VSA atau Vehicle Stability Assist adalah satu teknologi yang ada dalam kereta Honda untuk membantu pemanduan dalam situasi kecemasan. Korang tengok video yang Maha upload kat atas tadi tu lah bagaimana pemanduan tidak menggunakan VSA dan menggunakan VSA.


Ia sangat membantu diwaktu kita dalam keadaan break kecemasan luar kawal dan masa sama nak mengelak dari terus langgar objek dihadapan. Dalam masa sama juga lampu kecemasan akan menyala berkelip-kelip untuk memberi amaran kepada pemandu disekeliling yang kita dalam keadaan luar kawal.
Banyak lagi ciri-ciri keselamatan dalam Honda Civic baharu ni Maha senaraikan apa yang ada ok :-
  1.  6 Beg Udara (2 Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis “Curtain” dan Beg Udara  pada bahagian sisi)
  2. Anti-Lock Braking System (ABS)
  3. Electronic Brake Distribution (EBD)
  4. Brake Assist (BA)
  5. Hill Start Assist (HSA)
  6. Emergency Stop Signal (ESS)
  7. ISOFIX 
Tu baru sikit hari tu juga Maha ditunjukan kecanggihan dashboard Civic baharu ini dimana dapat collaborate dengan fungsi iPhone.
 

Korang kena connect menggunakan USB lepas tu korang boleh buat call melalui Siri apps. Korang boleh buka semua apps dalam dashboard tu juga dengar lagu. Lepas tu pada stereng kereta ada fungsi kawal volume radio secara smooth touch sebelah kiri. Masa tu ditunjukan saiz sebenar kereta Civic baharu ni daripada segi keluasan ruang kaki penumpang belakang dan juga bonet kereta dibelakang. 



Habis untuk aktiviti hari pertama Maha gerak balik ke Hotel Aloft KL Sentral penginapan utama satu malam sebelum teruskan ke hari esoknya. Bangun pagi hari kedua sarapan dulu kat kafe sebelum begerak untuk satu perjalanan yang agak jauh.



Hari kedua Maha akan drive kereta dari KL sehingga kawasan rehat Lentang Bentong. Kat situ nak uji tahap kekuatan dan kepantasan kereta ini melalui kawasan jalan raya berbukit. Memang terbukti sangat bila naik bukit sebelum kawasan rehat Genting Sempah rasa relax jer tak tersangkut-sangkut.


Puas hati naik bukit tu tekan jer rasa laju terus ke hadapan main potong-potong kenderaan hehehe. Kejap jer jalan kat higway tu tak singgah mana-mana pun terus balik KL semua sebab nak lunch kat The Garage Ampang. Lunch kat sini sangat-sangat best sebab lokasi ni menarik juga makanan yang sedap. Detail nanti Maha cite kat posting yang lain ok sabar.



Kenyang lunch hari kedua Maha terus ke Putrajaya pula. Kat Putrajaya ni Maha akan main satu permainan air di kawasan Tasik Putrajaya. Kalau korang pernah dengar FlyBoard tu lah game yang akan Maha cuba buat pertama kali. Sebelum ni tengok dalam tv sahaja kali ni dapat main sendiri.



Kalau sapa nak main FlyBoard boleh ke Marina Putrajaya kat situ ada Kelab Sukan Kraft Air nanti ada lah team FlyBoard Malaysia ni. Harga pula RM370 untuk 20 minit menaiki FlyBoard. Nampak Mahal tapi berbaloi ok main memang seronok. Korang boleh tengok macam mana Maha leh terbang atas air walupun saiz agar besar tu bukan alasan ok.



Berejam juga kat tasik Putrajaya tu tapi memang puas ada macam-macam aktiviti lain juga korang boleh pilih kayak atau Hoverboard. Seronok lah sekali sekala berekriasi kat sini time cuti sekolah boleh lah bawa anak-anak datang sini ok.


Last lokasi untuk aktiviti bersama dengan Honda Civic. Sedih sangat sebab kena tinggalkan kereta idaman ini. Tapi pengalaman membawa dan merasi kereta ini satu yang buat rasa yakin untuk memiliki satu hari nanti. Korang juga apa lagi pergi lah show room yang berhampiran untuk pandu uji Honda sekarang.

Harga bagi 3 variannya adalah seperti berikut :-
RM113,800 untuk 1.8S (Di atas jalan termasuk insurans)
RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans)
RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)

Maklumat lanjut hubungi :-
Tel bebas tol: 1-800-88-2020
Laman web : www.honda.com.my
                      www.ridethedream.my




4 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous 14 December, 2016
Cantik gila kot Honda Civic baru ni suka gila...
Teknologi Malaysia Teknologi Malaysia 14 December, 2016
Model baru ker ni patut nampak sikit jer kat jalan raya harga boleh tahan...
Maha Mahu Maha Mahu 14 December, 2016
Saya suka juga terutama yang Red Ruby tu perhhhh...
Maha Mahu Maha Mahu 14 December, 2016
Yup baru dan yang pertama sumpamanya dari Honda...