Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Minyak Kereta. Papar semua catatan

Kenapa Bayar Lebih Sewa Kereta Dengan Harga Murah Di Adikfira

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa plan nak jalan sewa kereta besar yang boleh muat 10-12 orang sekali? Mana tahu nak balik kampung bawa sedara-mara atau rombongan dengan kawan-kawan ker. Kini korang boleh sewa kereta mewah dan condition yang tiptop dengan harga yang sangat berpatutan.


Why Maha cakp macam tu sebab baru-baru ini Maha dan kawan blogger #RombonganCikLilyPutihKeJB telah sewa satu kenderaan daripada Adikfira iaitu Hyundai Starex Royale. Mereka ada juga ada pilihan lain iaitu kereta Suzuki APV untuk disewa pada harga yang sesuai dengan bajet kita.


Kami sewa kereta tu untuk pergi majlis perasmian Joy Design Studio di Johor Baharu. Jadi perjalanan 4 jam tak terasa kerana keadaan kereta yang sangat luas dan selesa. Kami hari tu ada 11 orang sangat sesuai dan masih ada tempat duduk kosong lagi. Siap semua orang tertidur dalam kereta tu sebab selesa sangat.



Untungnya kalau guna kereta berkuasa 168 hp pada 3,800 rpm sangat menjimatkan minyak bagi perjalanan jauh kerana ia menggunakan minyak diesel. Kereta ni kalau isi minyak tank penuh hanya RM120 yang boleh bawa sejauh 700km. Pulak tu dalam tu ada tempat duduk yang jauh lebih senang di uruskan dimana boleh lipat dan buka untuk ruang lalu. 


Tak bosan naik kereta ni bagi perjalanan jauh sebab ada sekali DVD dan pendrive player dengan skrin 7 inchi dan juga sound system yang jelas. Paling best bila naik kereta adalah kena ada system aircond yang menyeluruh sampai orang belakang sekali pun ada salur aircond sendiri tau tak perlu berebut. Semua ini dijaga baik dan berada dalam keadaan yang sempurna jadi tak rugi sewa kat sini.


Mesti korang tanya harga macam mana betul tak. Korang leh tengok pakej yang disediakan di bawah ni :-
  • RM20.00 per jam (minima 5jam)
  • RM225.00 separuh hari (12 jam)
  • RM450.00 per hari (24jam)
  • RM2800.00 seminggu (7hari)
  • RM200.00 Service vvip ‘Drop&Pickup only+Driver' 


Sesuai untuk orang yang ada area Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Jadi lepas ni kalau Maha nak bawa satu family jalan nak sewa sini jer senang selesa dan mewah nampaknya. Nak bawa 2 kereta membazir nanti nak kena isi dua minyak dan bayar dua tol betul tak. Ini lebih mudah dan lebih jimat. Selamat bercuti semua.

Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi : 
Tel : 017-3136065 (FIRA)
        011-11424959 (ZIKRI)





Majlis Pelancaran Selamat Datang Ke Shell Di The Roof

Majlis Pelancaran Selamat Datang Ke Shell Di The Roof - Salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Baru2 ini Maha di jemput untuk majlis pelancara program baru daripada syarikat minyak yang tertua di Malaysia iaitu Shell. Malam tu program yang di anjurkan di The Roof itu ingat kat restoran biasa rupanya kat atas heliport. 


Teruja sangat dengan pemandangan di ruang paling atas bangunan 1 First Avenue Bandar Utama ini. Program malam tu simple dan juga santai sambil di hadiri oleh bukan sahaja media dan juga retailer Shell dan juga vendor2 stesen minyak Shell. Ramai juga orang boleh muat kat atas tu dengan cuaca yang redup dan angin yang kuat mengujakan.


Pada malam tersebut majlis di mula dengan ucapan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd. Tuan Haji Azman Ismail. Dalam ucapan beliau menyatakan komitmen pihak Shell untuk memberikan service terbaik kepada semua pelanggan mereka. Selamat datang ke Shell adalah janji untuk memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan tawaran yang lebih baik untuk pelanggan di seluruh Malaysia. 

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd. Tuan Haji Azman Ismail

Dengan mentakrifkan pengalaman pelanggan di stesen, Shell berhasrat untuk membuat pelanggan mereka merasa seperti di rumah dan selesa dari tekanan perjalanan mereka. Apabila mereka memerlukan bantuan atau perkhidmatan, atau hanya senyuman hangat dan isyarat friendly. Kami akan berada di sana untuk melayan mereka sebagai tetamu. mereka mahu pengalaman mereka di stesen-stesen Shell dan berharap untuk menjadikan perjalanan mereka lebih baik.


Malam tu juga Pengarah Urusan bersama barisan pekerja terbaik mereka merasmikan program ini untuk ia terus dilaksanakan seluruh Malaysia. Lepas majlis perasmian kami semua di jamukan dengan hidangan makan malam yang enak2 belaka. Kenyang perut malam sambil makan dan santai di atas bumbung yang luas dan nyaman. Apa pun matlamat Shell untuk menjadi pengeluar minyak kenderaan terbaik di Malaysia tercapai dengan program ini. Maha pun dah guna minyak Shell tau hehehe. Lepas ni kita ker Shell ok. Selamat bercuti semua..



 



Honda City Generasi Ke 4 Mengutamakan Keselamatan Pandu Ujilah Sendiri

Honda City Generasi Ke 4 Mengutamakan Keselamatan Pandu Ujilah Sendiri - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha ada merancang untuk membeli kereta baru tapi masih was2 dengan pilihan hati ini. Apa perkara yang Maha perlu tekankan dalam pembelian kereta baru sekarang ni. Adakah penjimatan minyak, keselesaan, harga atau pun juga ciri2 keselamatan ketika pemanduan. Pening juga kepala ni nak pilih, maklumlah keta nak pakai lamakan.

 

Tapi Alhamdulillah Maha dapat pandu uji sebuah kereta keluaran jenama terkemuka dari Jepun, mana lagi kalau bukan Honda. Pengeluar kereta sedan terlaris di Malaysia iaitu Honda kini memperkenalkan Honda City generasi ke 4. City generasi terbaharu ini dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang telah ditambah baik (kuasa maksimum 120PS @ 6,600 rpm dan tork puncak 145Nm @ 4,600 rpm). City serba ini juga baharu boleh didapati dalam 5 varian warna iaitu Modern Steel Metallic, Perak (Alabaster Silver Metallic), Putih (Taffeta White), Hitam (Crystal Black Pearl) dan satu warna baru yang menarik iaitu Biru (Brilliant Sporty Blue Metallic).



Baru2 ini Maha telah memandu uji sendiri Honda City generasi baru ini sekitar KL. Maha tahu Honda City baru ini mempunyai beberapa element keselamatan yang lebih berbanding kereta2 dalam segment sedan jenama lain. Paling utama kereta ini mempunyai 6 air bag yang lebih daripada kereta2 lain. 6 bag udara ini merangkumi dua beg udara hadapan SRS, beg udarai-side dan beg udara curtain Sisi. Tengok sekeliling kita ada bag udara untuk memastikan pemandu dan penumpang lebih selamat.


Selain itu juga Honda City terbaru ini mempunyai sistem Vehicle Stability Assist (VSA). Apa tu VSA? VSA adalah satu sistem yang telah di setkan di dalam kereta ini untuk mengawal ketika dalam pemanduan yang bahaya dan kecemasan. Terutama bila kita pandu laju dan tiba2 mengubah haluan tanpa memberi kesan impak yang teruk dalam pemanduan anda. Kalau tak faham tak apa itu VSA, korang boleh tgk video ni macam mana kami uji pandu dengan menggunakan sistem VSA. Video ini real ok Maha pandu sendiri dan bawa dengan kelajuan paling maksima.


Kemudian pula Honda City generasi ini juga mempunyai Emergency Stop Signal. Di mana bila korang break dalam keadaan kecemasan secara mengejut lampu kecemasan anda akan menyala sekali dan memberi amaran kepada pemandu di belakang bahawa anda sedang berhenti secara mengejut. Bestkan kereta Honda ini menarik sangat dengan ciri2 yang Maha cite tadi. 


Tu bahagian keselematan yang di tambah baik, sebenarnya banyak lagi ciri lain juga menyempurnakan keluaran Honda kali ini. Terutama dalam menyediakan keselesaan pemanduan dalam kereta dan juga barangan yang di bawa. Kabin yang di sediakan memberi keselesaan kepada semua yang menaiki kereta ini dari bahagian pemandu hingga kepada penumpang di belakang. Rasa seperti boss bila berada di belakang memang luas dan selesa hehehehe.


Di tambah lagi dengan keluasan ruang but paling besar dalam kelasnya iaitu 536L. Ia boleh menempatkan barang-barang yang besar seperti tiga beg baju besar atau empat beg baju sederhana, beg-beg golf dan kereta sorong bayi. Boleh lagi masuk barang2 lain walaupun dah penuh kerana kerusi tempat duduk belakang boleh di turunkan kebawah untuk memberi keluasan lebih maximum kepada anda nak bawa barang yang banyak.


Kereta ini juga mempunyai ciri2 tambahan yang memberi kemudahan dan kesenangan kepada anda dalam pemanduan. Menyediakan butang penghidup engine yang hanya perlu tekan sekali sahaja untuk menghidupkan kereta. Kemudian dua jack USB, 3 soket kuasa untuk mengecas, lapan tempat meletak botol minuman dan kompartmen-kompartmen penyimpanan barang yang pintar. Tengok apa lagi yang korang nak kat kereta Honda City keluaran terbaru ini semua lengkap.


Maha bukan nak puji kereta Honda City ni lebih2 tapi sebenarnya Maha dah pandu uji sendiri kereta ini di jalan raya. Jadi beranilah Maha cakap pasal keselamatan dan kelebihan kereta Honda City ini. Hari Sabtu lepas Maha dan rakan2 lain di beri peluang membawa kereta Honda City dari Bandar Sri Damansara hingga ker Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) Serdang. Satu pengalaman yang memang mengujakan dan memberi pengalaman baru buat Maha.




Bermula pagi tu kami di berikan taklimat tentang semua ciri2 keselamatan dan kelebihan yang Maha telah cite tadi kat atas. Korang boleh tahu sebab apa Maha rasa kereta ini adalah yang paling selamat dan selesa. Aktiviti kami pada hari itu bukan sahaja untuk menguji kereta Honda City tapi kami juga belajar banyak perkara kerana banyak juga destinasi yang kami singgah sepanjang sebelum sampai ke lokasi terakhir.


 

Station pertama kami berhenti di Barista Guild Asia, di mana kami belajar menghasilkan kopi yang terbaik dan juga mengenal pasti mana sebenarnya kopi yang ada di pasaran sekarang. Jadi lepas ni tak leh tipu Maha tentang kopi hehehehe. Kami semua kat sana lebih kurang 2 jam juga mengahabiskan masa sebelum begerak ker destinasi ketiga untuk makan tengah hari. Terima kasih kepada Barista Guild Asia atas tunjuk ajar dan kami di berikan sijil asas pengenalan kopi.




Tengahari tu kami gerak ke Crave Cafe Oasis Damansara untuk makan tengahari. Kat sini adalah cafe bercirikan negara Australia tapi masih ada makanan tempatan juga untuk orang kita makan. Kami di hidangankan dengan buffet makan tengahari memang time tu perut lapar sangat jadi makan semua sedap2 belaka hehehe. Lepas berehat seketika setelah selesai makan tengah hari kami gerak ke destinasi terakhir untuk pengujian sebenar kereta Honda City ini.


Kami sampai ker MAEPS serdang di mana sana ada kawasan parking yang luas tersedia untuk kami buat pengujian VSA. Semua yang kami lakukan di kawal selia oleh mereka yang pakar dan terlatih jadi korang yang kat luar sana tak boleh tiru aksi kami ini ok. Kalau nak rasaia kena pergi pandu uji kereta Honda City korang akan rasa sendiri semua ciri2 itu. Maha di beri peluang untuk memandu tanpa menggunakan VSA dan juga perbezaan memandu menggunakan sistem VSA. Dalam kereta Honda City ini ada butang untuk anda aktifkan VSA atau tidak. Jadi pada masa itu kami tahu bagaimana sebenarnya VSA ini berfungsi.




Kemudian di situ juga kami main games dimana permainan ini sebenarnya nak menunjukkan bahawa tempat letak barang kat belakang kereta ini sangat2 luas dan besar. Tengok sahaja barang2 yang ada kami kena masukan semua barang itu dalam bonet belakang kereta Honda City. Korang rasa muat ker? Memang muat yer ada caranya untuk masukan semua barang2 ini. Kami memang teruja kerana game ini memberi peluang semua orang untuk mencuba.




Setelah selesai semua itu kami pun pulang semula ke Rondaevoo Cafe di mana tempat pertama kami berkumpul mula2 tadi. Kat situ kami berkongsi pengalaman seharian kami membuat pandu uji kereta Honda City. Memang menarik dan best dapat rasa sendiri kami bawa kereta dan semua ciri2 yang ada. Kemudian majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang nasib team Maha menang hehehe. Terima kasih kepada Honda Malaysia kerana memberi peluang Maha untuk memandu uji sendiri kereta Honda City. Kalau korang nak cuba pun boleh layari laman web mereka sekarang juga. Selamat memandu semua.

Talian bebas tol Honda : 1-800-88-2020 
Laman web Honda : www.honda.com.my







'Shell Win Free Fuel' Boleh Menang Stock Minyak Percuma Selama Setahun

"Shell Win Free Fuel" Boleh Menang Stock Minyak Percuma Selama Setahun - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang kita pun sedang sibuk dengan sistem pengapungan harga minyak mengikut harga pasaran. Tiada lagi subsidi daripada kerajaan terhadap harga miyak. Tapi tu harga minyak tapi kali ni Shell nak bagi minyak percuma kepada penggunanya selama setahun. Jadi kat situ dah memang jimat gila2 lah.


Pada 23 Disember 2014 peraduan "Shell Win Free Fuel" telah di lancarkan secara rasmi oleh Yang Berhormat Dato' Sri Hasan Malek, Menteri Perdangangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan bersama Tuan Haji Azman Ismail Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd. Acara yg belangsung penuh meriah di Stesen Shell Batu 3 Shah Alam dan di acarakan oleh pelakon dan pengacara terkenal Nazrudin Rahman atau Abang Naz.

Yang Berhormat Dato' Sri Hasan Malek, Menteri Perdangangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan

Tuan Haji Azman Ismail Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.

Pengacara Nazrudin Rahman

Untungkan jadi rakyat Malaysia sentiasa ada peraduan untuk memberi peluang menang hadiah hebat. 10,000 pelanggan Shell akan berpeluang memenangi sebahagian daripada lebih RM2 juta daripada bahan api percuma. Mahamahu rasa ini adalah peluang terbaik kita untuk rebut nak menang hadiah istimewa ini. Mahamahu pun pengguna minyak Shell kerana yakin kepada kualitinya.



Bagi anda yg nak menyertai ia adalah sgt mudah, anda hanya perlu mengisi minyak  dengan nilai RM30 mana-mana petrol dan diesel di stesen Shell, termasuk Shell FuelSave dan Shell V-Power. Lepas tu, korang perlu isi borang pertandingan, menjawab soalan yang mudah dan lampirkan resit asal. Senangkan cara mcm sebelum ini jadi bila isi minyak perlu minta resit ok.


Hadiah pula buka seorang jer tapi tiga pemenang Hadiah Utama akan disediakan setiap bulan iaitu bahan api percuma selama setahun bernilai RM10,000. Manakal seramai 835 pelanggan akan memenangi RM200 dalam bahan api setiap minggu. Wow memang banyak peluang dan banyak hadiah menarik untuk anda.


Pada hari pelancaran tu juga, Shell juga mempamerkan kepada semua pengguna satu lagi keistimewaan baru di 16 stesen Shell seluruh Malaysia. Di namakan Shell deli2go iaitu kedai mudah alih, ia adalah cara innocative Shell untuk membawa persembahan deli2go kepada pelanggan. Shell deli2go adalah satu2nya kedai mudah alih dalam stesen Shell untuk anda berehat sebentar.



Dibina daripada bekas perkapalan yang kitar semula, ia membolehkan Shell untuk memenuhi keperluan pemandu kenderaan yang singgah sementara untuk mendapatkan makanan dan minuman, dari pastri yang enak dan juga minuman panas seperti kopi dan juga teh. Makanan kat sini semua di sediakan cepat untuk bungkus atau anda boleh makan di situ untuk waktu yg cepat dan pantas. 



Jadi lepas ini ia adalah berguna pada pelanggan yg berhenti mengisi minyak dan mendapatkan bekalan makanan sarapan pagi atau minum petang yg cepat dan lazat. Mahamahu dan rasa semua makanan kat sini mcm2 ada korang boleh pilih nak mana satu. Jadi tunggu apa lagi 16 lokasi stesen Shell untuk masa ini jadi singgah kalau nampak ok.


Tapi peringatan tentang peraduan Shell Win Free Fuel ini hanya berlangsung dari 23 Disember 2014 hingga 15 Mac 2014 iaitu selama 12 minggu. Kalau korang nak tahu info, gallery dan juga senarai pemenang boleh layari www.shell.com.my/winfreefuel sekarang juga. Selamat mencuba dan jgn putus ada ok ada rezeki tidak kemana.