Kafe Dalam Showroom Konsep Baru JOY Design Studio Cawangan Johor Baharu

8:00 PG Maha Mahu 22 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah ker pergi showroom yang nyaman dan mewah dan dalamnya ada exclusive kafe kepada penggemar kopi. Yer lah kalau window shopping suami isteri senang sikit isteri sibuk pilih perabot suami layan kopi kejap betul tak.



Itu yang diterapkan dalam konsep terbaru JOY Design Studio untuk cawangan ketiga mereka di Johor Baharu. Maha baru-baru ini dapat jemputan khas untuk ke Johor sempena dengan perasmian pembukaan showroom ini. Masa hari perasmian tu pemilik syarikat ini Sheikh Mohamad Asrul S.M Nasimuddin Kamal juga turut sama sempoi jer orangnya.
Sheikh Mohamad Asrul S.M Nasimuddin Kamal


JOY Design Studio ini adalah milik anak Malaysia yang membawakan kelainan daripada design perabot mereka. Kalau mereka yang nak kan suasana dalam rumah atau pejabat nampak unik dengan konsep kontemporari scandinavia sini lah yang korang perlu datang. Korang akan dapat layanan VIP kat sini kerana mereka mengutamakan kehendak pelanggan dan juga kakitangan yang membantu dalam mencari idea dekorasi terbaik buat korang.





Maha pertama kali masuk kedai pameran perabot yang besar dan ada 3 tingkat kat sini. Korang boleh datang cari pelbagai perabot rumah daripada ruang tamu hingga ke bilik tidur. Kalau nak hias rumah bukan sahaja perabot yang kita perlukan betul tak nak kena ada juga barang-barang dekorasi yang menjadikan satu ruang tu lebih lengkap. Kat sini pun ada pelbagai perhiasan rumah seperti tulisan kaligrafi Islam yang cantik penuh seni. Ada juga hiasan jenis pasu dari seramik yang direka khas exclusive.





Untunglah orang Johor Baharu dan juga Singapura boleh beli perabot kat sini sebab dah dekat. Selain kat JB mereka juga telah ada dua showroom iaitu datu di Selangor yang merupakan ibu pejabat utama mereka iaitu di Setia Alam Shah Alam dan satu lagi area KL iaitu di Bangsar. So orang KL boleh lah juga nikmati perabot mewah ni.





Tapi kat KL belum ada kafe macam kat Johor ni. Kafe ni adalah pertama mereka perkenalkan di studio JB ni. Kafe ini diberi nama CUPPAJOY yang bakal dilengkapi dengan mesin kopi terkini dan pasukan barista hebat. Tak besar sangat kafe ini tapi ia belum lagi beroperasi sepenuhnya akan dibuka dalam masa terdekat.




Tak lama lagi tahun 2018 mereka merancang untuk buka cawangan yang ke 4 di Pulau Pinang pulak. Orang Penang tunggu kemunculan JOY Design Studio. Rasa nak bawa balik datu sofa jer nak ganti yang dah lama kat rumah ni. Walupun jauh mereka ada sediakan service penghantaran walaupun sampai ker Sabah Sarawak. Selamat beli-belah semua ok.

Pertanyaan dan juga koleksi perabot yang ada boleh layari :
Alamat : No 76, Jalan Pertama 1,
               Pusat Perdagangan Danga Utama, 
               81300 Johor Baharu





Anda juga suka post ini...

22 ulasan:

  1. Menariknya showroom ni. Luas dan selesa siap ada cafe lagi tu. Perabot pun cantik².

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah kan masuk jer terus rasa mcam masuk rumah sendiri hehehehe

      Padam
  2. Menarik showroom ni..owner dia pun menarik..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah agak dah heheheh tapi baik orang nya dan impian besar tu lah usahawan yang bagus akak...

      Padam
  3. wah... alang-alang kafe dalam showroom, dapatlah jamu mata sekali dengan susun atur perabot yang pelbagai dan cun! good idea!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau datang dapat beli dan dapat makan betul tak hehehe...

      Padam
  4. Showroom ni mesti la kena menarik ..baeu dapat pancing pelanggan beli barang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes keselesaan adalah keutamaan kami moto yang boleh guna...

      Padam
  5. Cantiknya showroom... Mmg seronok klu pelanggan dtg ni.. menarik dan meriah! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni ada 3 tingkat tak daya juga nak jalan sampai atas tu hehehe..

      Padam
  6. Wow cantiknya showroom ni. Nampak sangat selesa dan perabut kat sini pun cantik-cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harus kena cantik baru lah ada class exclusive...

      Padam
  7. nice showrooms, and your pics are very nice too.

    BalasPadam
  8. forgot to ask what camera you use?

    BalasPadam
  9. Agak menarik juga nie... Memang di JB sahaja ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kat Bangsar dan Shah Alam bro....

      Padam
  10. Cantik showroom nya, kagum ada anak melayu yang berjaya macam ni. kalau akak masuk ni takut tak mahu keluar je hahaha geram perabot comel2 belaka

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah seronok tengok perabot yang cantik2 nak beli tak mampu lagi hehehehe..

      Padam
  11. Wow! this cafe is so instagramable. I like the chic and minimalist decor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah dlm shoowroom ada cafe unik kan...

      Padam