Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Makanan Laut. Papar semua catatan

Makan Ikan Bakar Waktu Tengah Hari Di Restoran Abah Ikan Bakar Paling Popular Di Sekinchan Selangor

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau sebut sahaja Sekinchan apa yang pertama terbayang dalam fikiran korang? Sawah padi luas yang menguning! Atau Homestay yang pelbagai dekorasi yang cantik-cantik dan menarik. Atau juga tempat bersejarah yang boleh dilawati dan juga selalu menjadi spot orang KL turun time cuti hujung minggu untuk healing.


The Manhattan FISH MARKET Kembali Dengan Hidangan ‘The Reel Deal Fish ‘N Chips’ Yang Lebih Sempurna

Terkenal dengan Fish 'N Chips yang tiada tandingannya, The Manhattan FISH MARKET kini kembali dengan suatu pengalaman kulinari yang lazat tidak terkata. Memperkenalkan The Reel Deal, sebuah hidangan yang lahir daripada kepakaran The Manhattan FISH MARKET dalam seni kulinari Fish and Chips, ia menjanjikan pengalaman yang luar biasa dengan rasanya yang segar, rangup, dan rasa yang membangkitkan selera.



Membawa sajian ini ke tahap yang lebih tinggi, The Manhattan FISH MARKET menawarkan dua variasi bagi hidangan Fish 'N Chips mereka iaitu rasa Original dan Spicy. Disediakan dengan menggunakan bahan-bahan premium yang berkualiti, setiap suapan memberikan pelanggan kenikmatan, hasil gandingan lazat ikan Dori putih yang lembut segar yang disalut adunan nipis yang rangup.



"Melalui kempen Reel Deal ini, kami gembira dapat membawa kembali keunggulan Fish 'N Chips yang digoreng sehingga keemasan sempurna. Kempen ini melambangkan komitmen kami untuk terus meningkatkan mutu kami dan memuaskan pelanggan kami dengan hidangan Fish 'N Chips terbaik. Versi baharu Fish 'N Chips kami menampilkan ikan yang digoreng sempurna, dihidangkan dalam bentuknya yang penuh, memberikan lebih keaslian dan kepuasan dalam setiap gigitan. Membawa kelazatannya ke tahap yang lebih tinggi, kami turut menambah mentega dan herba-herba ke dalam resipi istimewa ini. Oleh itu, kami ingin menjemput semua penggemar Fish 'N Chips untuk bersama kami untuk menakluki hidangan kulinari yang hebat ini, sekaligus mencuba versi terbaharu Fish ‘N Chips yang lebih enak, lebih rangup, dan lebih baik daripada sebelumnya," kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd.



Atas permintaan ramai, The Manhattan FISH MARKET membawakan semula gandingan nostalgia Fish 'N Chips bersama kentang goreng (French Fries). Kentang goreng yang digoreng bersama kulitnya memberikan kombinasi lazat kerak luar yang rangup dan lembut di dalam, membawa kita kembali ke era keemasan hidangan ikonik ini.
 
REEL DEAL DI THE MANHATTAN FISH MARKET TELAH TIBA!

Bintang utama kempen ini adalah The Manhattan Fish ‘N Chips Original (RM 26.90). Ia menyajikan ikan Dori disalut dengan adunan nipis, dicampur dengan kelazatan mentega dan herba, dan digoreng keemasan agar setiap gigitan rangup di luar dan lembut di dalam. Ia disajikan dengan kentang goreng yang masih dengan kulitnya dan dipadankan dengan kombinasi lazat sos Tartar dan Salsa Berkrim yang baharu, menambah sensasi rasa hidangan ini.

The Manhattan Fish ‘N Chips Original


Bagi mereka yang gemarkan pedas atau rasa yang lebih hangat, The Manhattan Fish ‘N Chips rasa Spicy (RM 26.90) adalah pilihan yang sempurna. Disajikan dengan ikan Dori yang digoreng keemasan disalut adunan mentega dan herba, juga digandingkan dengan kentang goreng yang masih dengan kulitnya, pilihan ini memperkenalkan kombinasi menarik sos Tartar dan sos Keju Parmesan Bawang Putih yang baharu, memberikan rasa yang membuatkan anda pasti nak lagi!

The Manhattan Fish ‘N Chips Spicy


Untuk melengkapkan lagi hidangan ini, The Manhattan FISH MARKET menawarkan dua minuman sebagai penghilang dahaga. Botanical Passion (RM12.50) merupakan minuman yang menyegarkan serta mempuyai gabungan unik Teh Earl Grey dengan limau, daun selasih, dan daun pudina. Minuman ini sempurna digandingkan dengan Fish 'N Chips dek kesegaran dan kesejukannya. Bagi mereka yang mencari pilihan manis dan masam, Cala-Cala (RM 12.50) adalah pilihan yang sempurna dengan campuran Sprite dan buah tropika.

Botanical Passion dan Cala-Cala

Hidangan Kombo juga ditawarkan, sesuai dinikmati untuk dua atau empat orang. The Captain's Catch Combo (RM 79.90) adalah pilihan yang sempurna untuk dua orang. Ia termasuk Manhattan Fish ‘N Chips ikan Dori, hidangan Small Flame yang menggoda selera, dua hidangan Soup of the Day, dan dua gelas Coca-Cola yang menyegarkan, menjanjikan pengalaman santapan yang memuaskan dan pasti tak dapat dilupakan. Untuk kumpulan yang lebih besar, Fishermen's Feast Combo (RM 149.90) khas dicipta untuk empat orang. ‘Pesta’ makan ini menampilkan pelbagai hidangan lazat, termasuk Manhattan Fish ‘N Chips ikan Dori, Baked Alaskan Pollock, Grilled Cherry Snapper, Seafood Marinara Pasta, empat hidangan Soup of the Day, dan empat gelas minuman berkarbonat Coca-Cola. Tawaran yang menyeluruh ini memastikan semua dapat menjamu selera dan menikmati kemewahan hidangan makanan laut yang pelbagai, untuk pelbagai cita rasa.  



Menu The Manhattan FISH MARKET Reel Deal boleh didapati di semua cawangan The Manhattan FISH MARKET dari 25 Mei hingga 23 Julai 2023.

Pesanan penghantaran makanan juga terdapat di GrabFood, Foodpanda dan ShopeeFood serta boleh dibungkus tanpa sentuhan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.manhattanfishmarket.com/
Instagram : The Manhattan FISH MARKET
Facebook: The Manhattan FISH MARKET

#MFMMY #MFMWithYou #TheManhattanFISHMARKET #TheReelDeal #TheGoldStandard #ReelGood #FishNChips









Restoran Isketambola Di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi Sajikan Nasi Goreng Selambak

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ni dah tiga kali berturut-turut yer Maha pergi makan makanan laut tapi lain konsep dan penyediaanya. Seperti mana restoran yang Maha nak kongsikan pada korang kali ini iaitu Restoran Isketambola yang ada pelbagai makanan dan juga terdapat masakan laut yang bakar-bakar. Tapi istimewa kat sini makanan laut bukan biasha-biasha tau ia bersaiz gergasi.


Restoran Seafood Zaman Ku Di Galaxy Ampang Mall

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau sebut nama Galaxy Ampang Mall mesti teringat zaman kegemilangannya dalam tahun 2000 masa tu masih banyak penyewa dan juga mall ini paling gah di kawasan Ampang sebelum wujudnya mall baharu sekarang ini. Sehingga sekarang ni kalau korang pergi kat sana mesti akan rasa sedikit takut nak masuk dengan keadaan mall yang kurang terurus dan juga banyak kawasan yang telah tidak disewakan.


Ulang Makan Di Ombak Kitchen Untuk Lunch Port 2 Pax Sangat Berbaloi

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Port untuk makanan laut yang banyak dan juga pelbagai pilihan bukan sahaja seafood nya makan juga kuahnya mesti lah kat Ombak Kitchen. Ini adalah kali ketiga Maha datang makan kat sini kerana suka akan pilihan makanan laut yang ada. Puas hati dan juga berbaloi kalau makan terutama dengan tangan seperti mana trademark restoran ini. 


Ombak Kitchen Restoran Makanan Laut Terbaik Di Bangsar Kuala Lumpur

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Untunglah orang Bangsar kerana dah ada restoran makanan laut yang bukan sahaja berkualiti malah juga Halal. Sebab sekarang ni kat sana dan ada Restoran Ombak Kitchen. Siapa tak kenal restoran yang menyajikan makanan laut segar dari pantai terus ke meja korang. Konsep makanan laut yang terkenal ianya berasal dari negeri Louisiana, AS kini di Malaysia. 

Meraikan 50 Tahun Salmon Norway

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Tahun 2020 menandakan ulang tahun ke-50 salmon berjaya diternak untuk kali pertama di Norway. Kisah ini memaparkan tentang cita-cita, kolaborasi, kekurangan dan kejayaan yang akhirnya berpuncak menjadikan salmon, ikan yang menjadi kegemaran di pinggan. Kini 14 juta hidangan makanan salmon Norway dimakan setiap hari di seluruh dunia.

Kisah sejarah 50 tahun ini, salmon Norway telah menyelerakan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya selama 20 tahun, baik di rumah mahupun di restoran, dengan permintaan yang kian bertambah untuk makanan ini dan juga ikan fiord trout. Norway telah muncul sebagai negara asal pilihan untuk ikan salmon dan fiord trout di kalangan rakyat Malaysia, menurut Wawasan Pengguna Makanan Laut Tahunan dari Majlis Makanan Laut Norway (NSC).

Pada tahun 2019, eksport ikan salmon dan fiord trout  ke Malaysia berjumlah 4,056 tan dengan nilai AS$26,625,035, menandakan kenaikan jumlah berat 20.35%  dan tambahan nilai 16.2% berbanding tahun sebelumnya (2018).

Sejak bermula di sepanjang pantai Norway pada musim bunga tahun 1970, pembelaan salmon telah berkembang menjadi industri global di barisan kehadapan teknologi baru. Norway adalah negara pertama, dan masih kekal sebagai negara membela ikan salmon Atlantik terbesar, menghasilkan lebih daripada separuh salmon ternakan dunia di sepanjang pesisirannya yang panjang dengan perairan sejuk dan jernih sepanjang tahun.

Sukar untuk membayangkan dunia di mana salmon, sama ada disajikan dalam sushi dan sashimi, salai, panggang atau goreng, tidak ada di menu atau pinggan makan malam di seluruh dunia. Salmon Norway sebagai makanan utama sepanjang tahun tidak akan berlaku tanpa dua entrepreneur saudara lelaki yang menikmati makanan laut.

Pada 28 Mei 1970, di pulau Hitra berhampiran pantai Norway, kedua saudara Ove dan Sivert Grøntvedt memasukkan ikan salmon dalam sangkar terbuka terapung mereka yang akan berkembang menjadi generasi ternakan pertama salmon Atlantik yang berjaya. Mereka meletakkan asas akuakultur moden di Norway dan di luar negara.

14 Juta Hidangan Makanan Setiap Hari


Penternakan ikan salmon telah berkembang dan setiap hari 14 juta hidangan makanan salmon ternakan Norway dinikmati di meja makan dan di restoran di seluruh dunia. Ketika dunia melihat pengeluaran makanan yang lebih lestari, teknologi akuakultur moden mewakili penyumbang utama untuk memenuhi permintaan protin yang terus meningkat dan sebagai sebahagian daripada penyelesaian untuk memerangi perubahan iklim.

50 Tahun Sejarah Salmon Norway


Pada tahun 1971, saudara Grøntvedt menghasilkan salmon generasi pertama yang berjaya diternak, diikuti dengan beberapa ladang salmon lain.

Pada tahun 1973 parlimen Norway memperkenalkan undang-undang baru untuk penternakan salmon secara lestari serta berkualiti. Akuakultur Norway meningkat sekitar 40% setiap tahun antara tahun 1972 dan 1975. Menternak salmon sesungguhnya menguntungkan, dengan harga yang setara hingga 10 kali ganda dari harga salmon hari ini.

Pada tahun 1980-an ladang salmon berkembang di sepanjang garis pantai Norway, dan salmon Norway mula menakluki pasaran Eropah dan AS. Dengan pertumbuhan pesat muncul cabaran besar. Penyakit ikan adalah masalah bagi ladang salmon, dan organisasi penjualan penternak ikan membuat projek bersama untuk mengusahakan kesejahteraan dan penyelidikan kesihatan ikan.

Pada tahun 1986, Projek Jepun yang diketuai oleh perintis Norway iaitu Thor Listhaug bertujuan untuk menggandakan eksport salmon Norway. Ini menandakan permulaan menghidangkan salmon dalam sushi.

Antara tahun 1986 dan 1991, eksport salmon Norway meningkat 250 peratus! Pengenalan salmon dalam sushi memainkan peranan utama. Pada tahun 1980 Norway mengeksport 2 tan salmon ke Jepun; 20 tahun kemudian jumlahnya mencapai 40,000 tan.

Pada tahun 1990, jumlah pengeluaran salmon mencapai 170,000 tan, berbanding dengan 8,000 tan pada tahun 1980 dan 500 tan pada tahun 1970.

Pada tahun 1990-an saintis Norway bersama-sama dengan pemain industri  memperkenalkan beberapa vaksin pertama untuk ikan. Vaksin baru telah menggantikan penggunaan antibiotik dalam pertanian salmon Norway. Pada tahun 1995 jumlah lokasi pertanian ikan salmon dan fiord trout di Norway mencapai 1,220.

Pada tahun 2005 Parlimen Norway meluluskan Undang-undang Akuakultur untuk menyokong keuntungan sektor tersebut sambil melindungi pembangunan yang mampan.

Pada tahun 2015 Norway menjadi pengeluar salmon Atlantik terbesar di dunia, dengan 53 peratus daripada semua salmon ternakan berasal dari fiord Norway.

Kemajuan teknologi pada tahun 2017 menjadikan ladang salmon lebih selamat dan produktif. "Ocean farm 1" menjadi ladang lautan pertama yang dikendalikan dari jarak jauh di dunia, dengan ruang menempatkan hingga 1.5 juta salmon. Ladang ini dilengkapi dengan sensor canggih dan sistem digital untuk mengawal kesihatan ikan dan alam sekitar.

Pada tahun 2018, program vaksinasi yang berkesan bermaksud penggunaan antibiotik dalam pertanian salmon Norway telah dikurangkan sebanyak 99% sejak tahun 1987. Kurang dari 2 peratus salmon Norway telah dirawat dengan antibiotik.


Pada tahun 2020 lebih ramai ladang salmon luar pesisiran memulakan pengeluaran, mewakili era baru untuk industri ini. Salmon Norway adalah ikan yang paling disukai di dunia, menurut Indeks Pengguna Makanan Laut NSC 2020.

Salmon Dan Makanan Laut Norway Selamat Dimakan


Keselamatan makanan selalu menjadi keutamaan tertinggi untuk pertanian salmon Norway. Sepanjang keseluruhan kitaran pengeluaran, peraturan dan pemantauan yang ketat memastikan tahap keselamatan makanan yang setinggi mungkin. Salmon Norway bebas dari bahan atau parasit yang tidak diingini kerana diberi makanan sihat yang terkawal.

Salmon Norway sangat kaya dengan protin, vitamin A, D dan B12, antioksidan dan Omega-3. Ini adalah tambahan yang sihat dan lazat untuk apa jua diet.








Nak Cari Produk Makanan Laut Premium Jom Seafood La Tempatnya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu Maha ada promote kepada korang satu sesi memasak secara langsung dekat Facebook Mahamahu. Kalau siapa perasan tu akan nampak lah bagaimana sesi memask bersama chef profesional dari hotel 5 bintang Chef Azlan. Boleh tengok kalau seorang tu yang memang pakar memasak dan yang biasa-biasa memasak macam Maha ni.

Keistimewaan Makanan Laut Bakar Dari Restoran Sisik Ikan Bakar Bandar Botanic Klang

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tengah rancak sekarang ini di sosial media kempen utamakan produk muslim seperti mana posting di blog Maha sebelum ini. Jadi sebab itu sekarang ni Maha nak bawa korang kepada satu restoran 100% milik Muslim yang ramai orang cari. Bukan calang-calang tau restoran ini menyajikan makanan laut bakar yang menjadi pilihan warga Klang dan juga yang berhampiran dengannya.

Ombak Kitchen Makan Pakai Tangan Jer Biar Kotor Janji Puas

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jauh sikit perjalanan kali ini untuk membawa korang ke satu lagi restoran makanan laut yang segar dan berkualiti premium di Shah Alam. Maha pergi sampai ker Bukit Jelutong sana semata-mata nak mencuba makanan laut lambak atas meja atau ramai orang kenali dengan Shell Out.


Kali ini Maha ker Restoran Ombak Kitchen yang terletak di D'Vida Business Centre Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong Shah Alam. Kalau orang biasa datang kawasan ini ia memang menarik kerana ia bagaikan sebuah kedai dalam taman. Cuma restoran ini kalau korang datang bahagian parking memang tak nampak kerana ia berada dibahagian tengah kawasan air pancut dan kena jalan masuk sikit baru jumpa restoran ini.



Suasana dalam restoran ini deko seperti sebuah pelabuhan yang kita tahu menurunkan makanan laut segar-segar begitu juga disini. Kawasan luas dan banyak tempat duduk indoor atau outdoor semua boleh ikut keselesaan. Paling penting datang sini tak perlu pakai formal cukup dengan keselesaan anda untuk nikmati makanan laut lambak atas meja.



Maha sampai sini mula-mula ingat sesat sebab gelap kawasan ni kalau waktu malam tapi rupanya ada restoran didalamnya. Kat sini tema mereka makan 'Pakai Tangan Jer...' jadi semua pelanggan dibekalkan dengan sarung tangan pada yang nak gunakannya serta dengan apron plastik. Maklumlah makan makanan laut ini kalau tak comot tak sah terutama nak makan ketam dan udang.


Hari tu Maha dan kawan-kawan makan makanan laut lambak atas meja dengan dua sos iaitu Ombak Hot Cajun yang sangat popular dan juga Zesty Lemon Butter with Cheese yang lemak penuh cheese. Sos pilihan lain pun ada juga kalau korang nak cuba seperti Dark Chili Chocolate, Creamy Tom Yum Sauce dan Buttermilk Sauce. Semua sos ini bila Maha rasa mereka masak tidak menggunakan minyak masak biasa tapi menggunakan butter sebab tu rasanya sangat lemak berkrim.



Ombak Hot Cajun

Apa yang Maha makan malam tu adalah makanan laut dimasak dengan pelbagai jenis rempah ratus dan nampak macam pedas sebenar ini bukan pedas daripada cili tau tapi daripada rempah itu sendiri. Kemudian yang satu lagi sangat contrast dimana ia sangat berlemak dan memang semua peringkat usia akan suka sebab penuh cheese dalamnya.



Zesty Lemon Butter with Cheese

Dalam set makanan Shell Out mereka ini macam-macam makanan laut ada seperti udang besar, ada sotong, ada kepah, ada lala, ada tiram dan ada juga ketam nipah. Awas nasihat Maha kalau nak makan ketam tu kena gunakan alat pemecah ketam kerana kulit sangat keras dan bahaya pada gigi anda hehehe pengalaman ini. Kemudian di maniskan pula dengan buah jagung dan juga brokoli yang direbus berasingan.



Cara masakan Shell Out ini mereka lakukan adalah dengan merebus atau steam makanan laut  tersebut untuk mengekalkan kesegaran dan juiciness makanan laut. Ia juga adalah cara masakan yang lebih sihat bagi Maha lah. Hari tu memang puas makan sebab sangat banyak satu set tu tak silap Maha boleh makan dalam 4 ke 5 orang memang sangat kenyang.


Selain daripada makana laut yang biasa ini mereka juga ada mengimport beberapa makanan laut yang sangat popular dan menjadi pilihan ramai dengan harga yang berpatutan. Korang boleh piliha nak hidangan ala carte Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobsters, Rock Lobsters, Ireland Osyters dan Hamaguri Clams. Ini semua Maha tak sempat cuba hari tu sebab dah kenyang dengan shell out yang dihidangkan.



Kat sini juga popular dengan minuman ciptaan mereka sendiri. Macam Mocktail pelbagai rasa dan juga memberi kesegaran selepas puas menikmati makanan laut. Last sekali Maha dihidangakan dengan satu pencuci mulut yang penuh warna-warni iaitu Rainbow Dessert. Ia disediakan oleh chef itu sendiri depan mata kita memang sangat best. Tak pernah lagi ada kat tempat lain dah ia satu-satunya hanya di Ombak Kitchen.


Rainbow Dessert

Jadi kalau orang area Shah Alam, Setia Alam, TTDI, Subang dan sewaktu dengannya boleh datang sini sangat Maha sarankan. Ia buka setiap hari dari pukul 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad dari 12.00 tengahari hingga 12.00 malam untuk korang nikmati sepuas-puasnya. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera.

Sebarang promosi atau tempahan boleh hubungi :
Tel : 03-7734 4699 / 010-2205 946
Email : ombakkitchen@gmail.com



  



Orang Ketiga Hanya RM22 Nett Untuk Seafood Sensation Di Renaissance Kuala Lumpur

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Khas untuk mereka yang memang kaki makanan laut ini adalah rezeki korang. Makan bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan di TEMPTationS Renaissance KL untuk bufet makan malam yang menyeronokkan sambil menikmati makanan laut utama yang enak. Promosi untuk bufet makan malam ini hanya pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu dengan harga RM111 nett setiap orang dan separuh harga untuk kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun.



Makan malam dengan konsep 'Seafood Sensation' korang dapat bersenang-senang dalam pemilihan makanan laut yang sejuk seperti Chilean Black Mussels, Fresh Tiger Prawn, Slipper Lobster, Clams, half-shelled Scallop, Bamboo Clams dan freshly shucked Oysters yang baru dibuka dan dinikmati dengan cuka bawang merah, sos koktail, blemon, tabasco horseradish dan sos sriracha.






Selain itu juga korang kena cuba bahagian Live Action Station disediakan oleh Chef Exclutive Supi Mansor dan pasukannya melengkapkan pelbagai hidangan makanan laut yang lazat yang disediakan secara berputar. Di antaranya ialah Florentine, Bake Dory with Bechamel sauce, Mozzarella Cheese dan Caper-butter Sauce, Butter Prawn, Steamed Barramundi in light soya sauce, baked whole salmon dalam kerak garam batu dengan saus lemon-butter, kari kepala ikan dan banyak lagi.




Selain daripada makanan laut utama, pengunjung boleh menikmati sajian istimewa masakan yang menjangkau dari Timur ke Barat. Nikmati keseronokan sajian Jepun seperti sushi dan sashimi, Chinese hot-off-the wok stir-fry dan pelbagai pasta dengan sos Itali tradisional untuk mempelbagaikan lagi makan malam korang.





Ingat untuk makanan penutup mempunyai pelbagai pencuci mulut dari kek berwarna-warni dan lazat, puding, aikrim dengan bumbu dan roti kegemaran dan puding mentega sepanjang masa dengan sos vanila.





Mesti korang tanya mana harga yang RM22 nett tu kan. Renaissance Kuala Lumpur bulan ini meraikan ulang tahun mereka yang ke 22 di Malaysia. Jadi dengan setiap pembelian baucer makan malam untuk dua orang dan orang ketiga akan dapat harga RM22 nett sahaja. Promos ini sah hingga 18 Julai 2018 sahaja tau jadi booking sekarang juga. 

Promosi lain yang sedang berlangsung di Renaissance Kuala Lumpur sehingga 31 Julai 2018
1) Dim Sum Bonanza - RM36.80 nett
2) Signature Peking Duck - RM96.00 nett
3) Hot Pot To Share - RM65.00 nett
4) Kid's Extravaganza - Kanak-kanak bawah 12tahun percuma

Sebarang tempahan dan pertanyaan tentang promosi boleh hubungi :-
Tel : 03-2771 6692
Email : rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com