Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Madinah. Papar semua catatan

Tunaikan Haji Dengan Pakej Rawdah Dari Felda Travel Lebih Terjamin Dan Mesra Warga Emas

Salam sejahtera kepada asemua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian.

"Ya Allah, Berilah kurnia-Mu untuk mengunjungi rumah-Mu yang Agung dan Rasul-Mu yang mulia, di tahun ini dan setiap tahun, dengan keadaan sebaik-baiknya."

Misi Mencari Kurma Di Berkat Madinah Sempena Bulan Ramadan Yang Bakal Tiba

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bila kita mula tengok banyak mall dan pasaraya mula letakkan kotak-kotak kurma dekat pintu masuk atau kaunter bayaran itu tandanya apa. Tandanya bulan Ramadan dah tak lama bakal menjelma. Jadi kena siap sedialah sibuk si bapak pergi kedai beli kurma untuk berbuka puasa atau untuk sahur, hehehe betul tak. 

Ketenangan Di Kota Mekah Melengkapkan Umrah Pertama Mahamahu Bulan Ramadhan - Bahagian 2

Ketenangan Di Kota Mekah Melengkapkan Umrah Pertama Mahamahu Bulan Ramadhan - Bahagian 2 - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni post tentang perjalanan Maha di Kota Madinah dan kali ini pula sambungannya di Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah. Di mana di sini berkumpulnya seluruh umat Islam dari serata dunia bagi menyempunakan Umrah dan Haji mereka. 



Perjalanan Maha dari Madinah ker Mekah mengambil masa 6 jam menaiki bas. Masa tu kami dah siap2 memperkenakan pakaian Ihram untuk berhenti di Miqat Bir Ali. Sepanjang perjalanan kami tu ditemani oleh Mutawif sampai ker Miqat sahaja. Di situ kami diberi arahan dimana mahu berkumpul dan juga apa perlu buat di Miqat. Di sini kalau sapa2 yang tak perkena Ihram boleh tukar di sini dan di sini juga kita solat sunat Ihram dan juga berniat Ihram. Tu semua akan diterangkan oleh Mutawif.


Tapi selepas Miqat untuk sampai ke Tanah Haram kami hanya Bertalbiyah, berzikir atau membaca Al Quran kalau tak pun tidur sahaja jangan bersembang2 hal2 yang tidak berfaedah. Akhirnya kami sampat ke Tanah Haram dan untuk masuk ke hotel kami ada masalah sikit sebab kami sampai agak sudah lewat dan semua jalan utama ke Masjidi Haram telah ditutup kepada kenderaan awam. Jadi kami terpaksa jalan kaki dalam 2km untuk sempai ke hotel dengan membawa beg masing2.


Kat Mekah kami dibahagikan kepada dua kumpulan yang akan tinggal di dua hotel berasingan. Ada jemaah yang tinggal di atas Hilton Hotel betul2 berdepan dengan Masjidi Haram. Manakala Maha dan kawan lain tinggal di Hotel AlJewar tak lah jauh sangat tapi atas bukit sikit kena mendakilah setiap kali nak keluar masuk hotel. Hotel agak selesa kami duduk 6 orang satu bilik dan ada bilik air sendiri.


Alhamdulillah selesai urusan hotel kami terus berangkat dengan seorang lagi ustaz atau mutawif yang akan membawa kami untuk menunaikan Umrah pertama iaitu umrah wajib. Alhamdulillah sekali lagi Maha dan kawan2 dapat selesaikan semua rukun Umrah iaitu Tawaf, Saie dan juga Bertahallul. Tak perlu Maha cerita macam mana perjalanan tu nanti kalau korang kursus umrah akan diterangkan lebih detail. Tapi semua maklum musim Ramadhan ini memang setiap masa ada sahaja orang yang melakukan Tawaf jadi memang cukup ramai masa tu. 



Peringatan jer sikit lah kalau masa melakukan Tawaf tu niat kita nak berTawaf dan jangan pedulikan apa terjadi tapi kena hormati orang lain yang berada disekeliling kita jangan pentingkan diri. Masa tu kami lakukan Tawaf waktu malam agak sejuk dan selesa sikit. Bulan Ramadhan waktu lepas Asar hingga Subuh memang ramai orang peringatan sekali lagi 2 jam sebelum masuk waktu kita kena berada dalam masjid kerana kalau lambat pintu akan tutup dan kena sembahyang kat luar. 



Sepanjang berada kat Masjidi Haram kita akan rasa sendiri bertapa masa itu kita kerdil sangat dan terlalu banyak dosa dalm diri ini untuk kita mohon keampunan dari-Nya. Jadi gunakan masa setiap waktu untuk bersolat dalam masjid dan lakukan apa2 sahaja ibadah yang mendatangkan pahala kat dalam tu. Cuma suasana orang kat Masjidi Haram tidak seperti di Madinah orang kat sini terlalu ramai dan keadaan tempat yang agak padat. 


Tapi bagi Maha berada kat Kota Mekah ini memang meninggalkan sejuta keinsafan dalam diri bahawa kita hanya manusia biasa. Maha rasa tenang berada di sana setiap kali memandang Kaabah tu dan ingat walaupun kita hanya pandang Kaabah tu ada pahala untuk kita. Kalau boleh masa solat tu kalau nampak Kaabah kita pandang Kaabah dan tidak pandang bawah. Tu nasih orang berpengalaman kat sana lah. 

Di Masjidi Haram ini ada beberapa perkara yang mungkin Maha boleh share penting untuk korang sediakan.
1) Sarung selipar sangat penting kerana kita masuk pintu lain tapi keluar mungkin pintu lain jadi sentiasa kena bawa selipar kita kemana2 dalam sarung.
2) Beli sejadah kecil atau sejadah nipis yang boleh muat dalam beg sandang kerana kat sana kita akan solat atas lantai yang ada mozek dan kadang2 tak ada.
3) Kalau keluar waktu tengahari untuk solat Zohor dan Asar bawa spek mata hitam kerana keadaan mozek yang cerah memberi silau.
4) Paling penting nak menunaikan solat 5 waktu kita ambil wudhuk siap2 dari hotel agar kita sampai sana boleh terus cari tempat almaklumlah orang ramai.

Tu sikit2 lah yang Maha boleh share ketika berada di Mekah untuk panduan kawan2 mana yang akan ke sana nanti. Sepanjang 10 hari Maha berada kat Mekah tu kami juga di bawa pergi ziarah tempat2 yang ada sejarah tentang Islam yang perlu kita tahu. Hari ke 3 di Mekah kami pergi ziarah pertama iaitu pergi ker Jabal Thur, Arafah / Jabal Rahmah, Mudzalifah / Mina, Jabal Noor dan Miqat Ja'ranah untuk sapa nak lakukan Umrah kedua. Masa tu lah kami dapat tengok lokasi orang2 Islam melalu rukun Haji yang sebenar. Kami tak singgah hanya lalu sahaja tapi dapat rasa bagaimana orang kita melakukan Haji tu.

Jabal Rahmah

Mudzalifah / Mina


Jabal Noor

Untuk ziarah kami kedua semasa di Mekah kami dibawa ke Muzium Hudaibiyah dan Miqat Hudaibiyah untuk sapa nak melakukan Umrah lagi. Masa kat muzium tu best sebab kita dapat tengok Majidi Haram dari zaman dulu sehingga tahun 2030 yang akan siap sepenuhnya. Betapa besarnya perkembangan Mekah setelah siap sepenuhnya nanti. Rasa macam kagum sangat betapa dari zaman Rasullullah kota ini tidak pernah lengang dengan orang ramai.

Muzium Hudaibiyah


Di Masjidi Haram sepanjang 10 malam terakhir ini memang penuh orang yang melalukan ibadah. Sikit lah Maha cite pasal suasana kat sana, masa buka puasa beramai-ramai, solat Maghrib kemudian olat Isyak, kemudian Tarawih dan selepas pukul 12malam akan lakukan solat Qiamullail sehingga solat Subuh. Jadi memang penuh orang masa tu dan setiasa ada sahaja orang melakukan ibadah. Jadi masjid tidak pernah sunyi dengan kalimah Allah seronok. 


Ok lah mesti korang nak tahu suasana Raya kat Mekah bukan. Alhamdulillah ni pengalaman sangat berharga Maha sebab dapat beraya di Mekah dan berjauhan dari family. Malam akhir Ramadhan kat sana mereka selepas solat Isyak tidak ada Takbir raya. Cuma mereka akan bertakbir pada pagi Raya sebelum solat Raya. Kat sana solat Raya pukul 6.00pagi. Sekali lagi peringatan kena masuk masjid seawal mungkin kerana anda akan tersangkut diluar setelah pintu ditutup. Pengalaman Maha solat Raya kat Mekah memang satu yang menarik. Tapi selepas solat tu orang2 kat sana tak buat ziarah rumah ker rumah macam kita di Malaysia jadi memang ia sangat2 berbeza.



Cuma kalau korang rindu makanan Malaysia kat Mekah boleh cari kerana kat sana ada Restoran Malaysia yang disediakan oleh Felda D'Saji. Jadi kalau nak makan Roti Canai atau Teh Tarik ada kat sana cuma harga ikut rate sanalah. Kat Mekah tak susah nak cari makan macam kat Madinah setiap kali berjalan akan jumpa sahaja kedai2 dan mall untuk berhenti beli barang atau makanan. Tapi kat Mekah yang murah nak beli adalah Jubah lelaki dan perempuan korang cari kat area sepanjang Jalan Aljiyad depan Le Meridian Hotel. Situ boleh tawar menawar sikit. Atau korang boleh naik teksi pergi ker Jalan Aziziah korang cari Al Safwah Shopping Mall situ memang banyak gila pilihan jubah dan murah2. 


So last day Maha kat Mekah jadi kami pun besiap untuk berangkat pulang ke Jeddah untuk naik flight di sana. Cuma kami dari Mekah ke Jeddah tiada diiringi oleh sapa2 sebagai ketua terpaksa melantik antara jemaah untuk jadi ketua sebab kami tak tahu apa perlu buat semasa di Jeddah Airport tu. Mana nak check in, mana nak beli air ZamZam, mana nak masuk ke pintu penerbangan. Semua kami buat sendiri tapi Alhamdulillah kami dapat atasi semua ini walupun flight delay 2 jam. Kami beryukur sangat akhirnya dapat pulang dengan selamat ke tanah air pada malam raya kedua. Terima kasih Maha nak ucapkan pada abang2, pakcik2 dan makcik2 yang sejemaah dengan Maha yang telah banyak membantu dalam perjalanan Umrah Maha ni. Tak terbalas jasa korang semua dan Maha hanya doa pada Allah untuk memberi yang terbaik kepada kalian. Moga perkenalan kita sepanjang Umrah ini akan kekal selamanya. Semoga Allah mengampunkan dosa kami semua.










Pengalaman Berharga Penjelajahan Umrah Mahamahu Pertama Bulan Ramadhan : Bahagian 1

Pengalaman Berharga Penjelajahan Umrah Mahamahu Pertama Bulan Ramadhan : Bahagian 1 - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa yang join event Sepetang Bersama Blogger 2016 #MDeCSBB2016 korang mesti tahu macam mana maha leh dapat pergi Umrah kali ni. Alhamdulilah terima kasih kepada team Denaihati Network yang menganjurkan event tu dan juga Simply Umrah yang menaja hadiah utama cabutan bertuah pada hari tu.


Tak pernah terfikir dalam hati untuk jejak kaki ke tanah suci secepat ini. Tapi Maha percaya kepada kata2 yang disampaikan oleh Mutawif yang guide kami di sana bahawa mereka yang sampai sini atas penggilan dari yang Maha Esa. Biarlah kita sekaya mana sekali pun dan juga sesihat mana sekali pun tapi kalau tak tepilih olehNya tidak akan sampai juga. Jadi dengan kata2 itu Maha kuatkan diri dan yakin untuk meneruskan seruan Umrah kali ini.


Seperti biasa selepas menang cabutan bertuah tu Maha adalah buat persiapan sikit2 terutama cari bahan bacaan secara online dan juga dengar pengalaman kawan2 yang pernah sampai ke sana. Tapi kalau korang nak detail persiapan Maha boleh baca kat blog Denaihati ni. Macam ramai orang tahu persiapan awal sebelum buat Umrah ini kena buat lebih awal agar kita tidak tegesa-gesa.

1) Buat passport bagi yang masih tiada atau renew passport anda bagi yang nak tamat tempoh.
2) Ambil suntikan vaksin atau suntikan Meniggococal meningitis sekurang2 3 minggu sebelum bertolak ke tanah suci.
3) Ambil gambar ukuran Umrah yang background putih.

Ni 3 perkara sangat2 penting untuk persediaan awal bagi mendapatkan kelulusan visa. Tu persediaan utama dah selain tu juga persediaan keperluan sepenjang korang di sana. Maha share sikit apa yang perlu di bawa terutama untuk jemaah lelaki.

1) Pakaian tshirt 3 helai cukup.
2) Jubah bawa 2 helai cukup (beli kat Mekkah)
3) Baju Melayu nak bawa pun boleh.
4) Seluar/kain pelikat yang ringan 3 helai.
4) Bawa 2 pasa selipar sahaja
5) Sarung selipar penting sangat
6) Ubat-ubatan ( Panadol, Minyak Panas, Minyak sapu, ubat selsema, ubat pening dll)
7) Kain Ihram 1 pasang
8) Tali pinggang 
9) Spek mata 
10) Makanan ringan
11) Kopiah, sejadah dan Al Quran boleh beli di sana tak perlu bawa

Yang makanan tu tak penting sangat sebab kat sana memang banyak makanan. Time Maha pergi bulan Ramadhan lagi banyak makanan tak perlu risau. Tu persiapan fizikal tapi untuk persiapan rohani dan kesihatan kena buat tau. Kena lah buat senaman sikit untuk kuat stamina dan juga banyak membaca. Pastikan kena pergi kursus Umrah yang disediakan tu penting tau cuba cari masa ok.

Ok lah Maha cite sikit pasal perjalanan Umrah hari tu selama 15 hari. Maha bertolak pada 22 Jun jam 12.00 tengah hari di KLIA menaiki penerbangan sewa khas Tabung Haji Malaysia Airline Berhad. Terima kasih pada shabat baik Maha saudara Shakiddo yang sanggup teman Maha dan jemaah lain yang sangguh susah payah untuk kami. Kalau tak mungkin lost juga hari tu tak tahu mana nak kumpul. 


Sebak rasa hati sebab waktu tu mak ayah adik beradik yang lain semua ada kat KLIA teman Maha sekali. Rindu nanti nak tinggalkan mereka tapi niat kita baik kena teruskan. Ramai juga jemaah Umrah kami seramai 30 orang hari tu semua ramah dan baik2. Bagi Maha yang pertama kali pergi ni dapat belajar dari mereka juga seronok sangat.


Destinasi pertama Maha adalah Kuala Lumpur - Madinah dan kami mendarat di Prince Mohammed Bin AbdulAziz International Airport. Masa kami sampai waktu tempatan sana pukul 3.30 petang. Jadi kami berpuasa pada hari itu melebih 19 jam sangat2 mencabar tapi kami tabah hadapi juga pengalaman menarik. Sampai sana saja kami menaiki bas untuk ke hotel mengambil masa 2 jam perjalanan. Tapi segalanya berjalan lancar dan kami menginap di Madinah Concorde Hotel. 


Sampai hotel kami check in cepat sebab nak berbuka puasa di Masjid Nabawi kerana ini pengalaman pertama Maha nak buat puasa di sana. Jarak hotel dengan masjid hanya 400meter jer tapi tak terasa perjalanan tu sebab sepenjang tu banyak pemandangan yang menarik bagi Maha. Seronok bila pertama kali dapat jejak kaki kat Masjid Nabawi ni memang memukau dan sangat ramai orang. Semua dah sedia duduk bebaris untuk berbuka puasa dan Maha berkesempatan buka di pintu masjid sahaja tapi Alhamdulillah dpt juga makan kurma yang segar dan minum yougurt masam kat sana bersama roti sedap juga.



Orang kata kat sana panas kalau ikut pada sudu memang panas cecah 40° tapi bila korang ada sana ia seperti biasa dan agar berangin. Ni Maha cite keadaan di Madinah baru yer sebab Umrah kami bermula di sana. Selama 4 hari kami di Madinah memang memukau dan rasa teruja kerana berada berhampiran dengan Rasulullah S.A.W. Hati ni hari2 berniat nak menjejak kaki ke Raudha kerana keistimewaannya. Tapi apakan daya tidak berkesempatan untuk memasukinya walaupun dah berusaha berkali2 juga.



Setiap hari tidak lengkap langkah kaki ni kalau tak ke masjid kerana ini sahaja peluang yang kita ada untuk beribadah dan mendekatkan diri dengan-Nya. Tenang jiwa lara ni berada di Kota Madinah sebab suasan lebih kemas dan keberkatan Rasulullah yang menjadi kekasih Allah makam di sana. Pada hari kedua kami di Kota Madinah kami dibawa ziarah ke beberapa tempat bersejarah yang patut dilawati dan dihayati sejarahnya sebagai iktibar pada kita.



Pertama kami dibawa oleh Mutawif seorang student yang belajar di sana ke Masjid Quba. Menurut kata Mutawif tu kalu kita mengambil wuduk dari hotel niat untuk solat sunat 2 rakaat di masjid ini akan dapat pahala seperti sekali menunaikan Umrah. Jadi siap2kan diri kalau dapat pergi menziarah masjid ini. Kenapa ia begitu bersejarah sekali kerana inilah masjid pertama yang dibangunkan Rasulullah setibanya di Kota Madinah semasa penghijrahannya dari Mekah. 

Masjid Quba


Kalau anda sampai masjid ni kat sinilah murah untuk korang nak beli Kurma Nabi atau dikenali sebagai Kurma Ajwa boleh dapat dengan harga RM35 sekilo. Selepas tu baru lah kami gerak ke ladang kurma. Kata orang jangan beli kurma kat sini mahal sikit lebih kurang jer harganya. Tapi kat sini Maha beli coklat kurma hehehehe ingat tempat lain tak ada rupanya banyak lagi. Tapi seronok dapat tengok ladang kurma dengan dekat dan juga tgk biji kurma muda dan yang sedap masak.




Selepas itu pula kami singgah di Bukit Uhud di mana bersemadinya para syuhada Perang Uhud seramai 70 orang. Perang Uhud berlaku pada 3 Syawal tahun ke 3 hijrah di antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraish. Sangat2 tersentuh hati ini bila dengar cerita kisah perang yang disampaikan oleh Mutawif. Rasa bertapa bertuahnya kita hidup dalam Islam di zaman ini. Last kami lalui perkuburan Al-Baqi di mana di sini lah 10,000 para sahabat yang telah meninggal dunia di Madinah telah dikebumikan. Perkuburan ini hanya bersebelahan sahaja dengan Masjid Nabawi. Setiap kali kalau lalu kawasan ini disarankan untuk berdoa kepada semua penghuninya. 

Bukit Uhud

Perkuburan Al-Baqi

Sepanjang Maha berada dibumi Madinah ini satu pengalaman yang sangat mengujakan dan memberi seribu keinsafan pada diri ini. Sebenarnya terlalu banyak dosa kita yang tidak diketahui bahawa kita hanya manusia biasa yang sentiasa berdosa dan perlu kepada kemaafan dari-Nya. Rasa kalau boleh nak datang lagi Maha ke Madinah ini untuk masa yang panjang dan menjelajah banyak lagi tempat yang akan menyedarkan kita tentang Islam ini.


Hari terakhir Maha di Kota Madinah sebelum kami berangkat ke Mekah. Semua orang dah siap sedia dengan kain Ihram masing2 sebelum berangkat. Rasa sayu meninggalkan Rasulullah S.A.W kerana syafaatnya kita umat sekarang dapat banyak manfaatnya. Moga Allah mengampunkan dosa2 kami yang terdahulu. Selepas ini perjalanan kami mengambil masa 6 jam untuk ke Tanah Haram menaiki bas. 


Berakhir untuk kali ini jelajah Umrah Maha bersama rakan2 di Kota Madinah. Nantikan entry seterusnya Maha di Kota Mekah untuk kisah lebih menarik dan mencabar. Moga sedikit sebanyak jadi panduan buat rakan2 yang akan ke sana juga.Yang baik ambil sebagai panduan yang kurang jadikan sepadan. Maha mohon maaf apa yang kurang dan moga Allah ampunkan segala dosa. Terima kasih kerana sudi membaca.