Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Madam Kwan. Papar semua catatan

Outlet Ke 8 Madam Kwan's Dibuka Secara Rasmi Di Sunway Pyramid

Outlet Ke 8 Madam Kwan's Dibuka Secara Rasmi Di Sunway Pyramid - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa tak kenal restoran Madam Kwan's yang juga menjadi salah satu restoran pilihan Maha kini telah membuka cawagan ke 8-nya di Sunway Pyramid. Tahniah kepada semua kru dan juga pekerja Madam Kwan's atas pembukaan restoran ini.

Pengasas Restoran Madam Kwan




Maha berkesempatan untuk memeriahkan lagi majlis perasmian dan pembukaan restoran ini di Ground Flour G1.112. Di mulakan denagan acara tradisional Tarian Singa bersama muzik memeriahkan lagi majlis pembukaan ini. Semua tetamu yang hadir cukup gembira dan meraikan pembukaan ini. Turut sama hadir adalah ikon dan juga pengasas kepada resepi yang enak2 di restoran ini iaitu tak lain Madam Kwan sendiri. 






Kat sini macam biasa menu2 Malaysia yang menjadi pilihan orang Malaysia untuk makan tengahari dan juga makan malam. Paling best dan menjadi keutamaan di restoran ini adalah Nasi Lemaknya di mana sambal yang pedas, manis dan masam di dalamnya. Pada hari perasmian tersebut kami di hidangkan dengan pelbagai menu utama restoran ini seperti Kari Ayam, Sambal Udangnya, Satay Ayam dan Daging, Char Kuey Teow dan macam2 lagi. Banyak menu kat sini ada set dan juga ada menu hidang yang boleh anda pilih bila berkungjung di cawangan baru ini.

Satay Ayam

Char Kuey Teow

Kari Ayam

Ayam Goreng

Sambal Udang

Durian Chocolate

Kelapa Melaka Pie

Choc Fudge

Tapi yang istimewanya cawangan ini adalah ia satu-satunya restoran Madam Kwan's yang ada pencuci mulut daripada kek. Ada pelbagai kek buatan Just Heavenly anda boleh dapat kek seperti Kelapa Melaka Pie, Durian Chocolate, Choc Fudge dan banyak lagi semua enak2 belaka. Jadi anda nak rasa kelainan outlet baru ini boleh datang sendiri ker Sunway Pyramid. Bagi Maha restoran ini adalah cawangan terdekat dengan rumah dan mesti akan datang sini selalu hehehe. Selamat menjamu selera semua.









Madam Kwan's Nikmati Hidangan Masakan Malaysia Gaya Tersendiri

Madam Kwan's Nikmati Hidangan Masakan Malaysia Gaya Tersendiri - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau susah2 nak cari hidangan Malaysia Mahamahu nak cadangkan anda untuk cuba di restoran Madam Kwan's. Mcm2 makanan hidangan Malaysia ada di sini daripada pembuka selera, makanan utama sehingga ke pencuci mulut. Sejak lebih 30 tahun Madam Kwan's telah berada di Malaysia dan banyak pembaharuan hidangan yang ada di sini.

Lychee Mojito & The Yellow Trio

Jom Mahamahu perkenalakan antara menu menarik yang terdapat di retoran Madam Kwan's. Semua menu ini Mahamahu pilih kerana ke sedapan dan keunikan yang Mahamahu pernah cuba. Cuma selera masing2 dan citarasa berbeza jadi tepuk dada tanya selera anda.

Rojak Buah

Deep Fried Dumpling

Deep Fried Sotong

Malaysia Platter

Nasi Bojari

Fried Rice

Banana Fritters

Tapi masih banyak lagi sebenarnya hidangan yang sedap2 ada di restoran Madam Kwan's tapi tak semua Mahamahu sempat cuba. Tapi antara yang di senaraikan ini juga menjadi pilihan orang ramai daripada pembuka selera hingga pencuci mulut. Kalau anda nak ketahui lebih lagi boleh singgah sendiri di restoran Madam Kwan's ada banyak cawangan seluruh Kuala Lumpur ini. Selamat menjamu selera ok.