Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label KLIA2. Papar semua catatan

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi seklian. Maha tahu ada antara korang kat sini memang kaki travel luar negara menggunakan pengankutan udara. Tak kiralah negara ASEAN mahupun jauh di benua lain. Sekarang sebelum korang terbang korang boleh nikmati layanan VIP istimewa di semua lapangan terbang antrabangsa iaitu KLIA 1 dan KLIA 2.


Tip Persedian Sebelum Pergi Bercuti Luar Negara

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. AirAsia buat promo lagi? Memang rugi sangatlah kalau ada yang tak grab promo hari tu. Maha punyalah nak lepaskan gian lama tak pergi travel, almaklumlah lebih setahun berehat daripada pergi bercuti luar negara ni sebab sibuk sangat. Jadi promo kali ni Maha terus booking 2 tempat sekali tetapi mestilah dengan harga yang super murah. Kali ni Maha pilih untuk pergi Krabi dan Bandar Acheh. Return tiket Krabi dalam RM129 manakala tiket ke Bandar Acheh lagi murah, RM89 je untuk return tiket. Berbaloi kan? Sebab Bandar Acheh Maha tak pernah pergi lagi.

AirAsia Anjur Pesta Hidangan Santan Bersama Media Serata Asia Buat Julung Kalinya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa makanan tempatan yang korang bayangkan boleh makan dalam flight. Rendang, Nasi Lemak dan macam-macam lagi bukan. Dulu memang susah nak dapat tapi sekarang tak mustahil kerana AirAsia membawa semua makan ini dalam penerbangan mereka.


Sebab itu AirAsia minggu lepasa menganjurkan majlis 'Food Tasting' yang pertama kali bagi semua jenis makanan berasaskan Santan. Sebab itu sesi pada hari tu di beru nama Santan. Sebelum ni Maha pernah datang acara food tasting anjuran AirAsia korang leh baca kat sini.



Tapi kali ini penerbangan tambang murah terbaik Asia ini memanggil 200 orang media dari 16 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Cambodia, Laos, Myanmar, Singapura, Brunei, China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan India ke majlis food tasting ini. 


Pesta ini telah di adakan di RedQ iaitu office operasi AirAsia yang baru di KLIA2. Pertama kali masuk office mereka memang teruja sangat luas dan konsep open office itu yang diterapkan oleh AirAsia.
 



Pada hari tu juga turut sama hadir memeriahkan majlis adalah Tan Sri Tony Fernandes Ketua Pegawai Executive Kumpulan AirAsia juga ada bersama Datuk Kamarudin Meranun Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad & Group CEO AirAsia X. Tak ketinggalan Choudhury Hassan Peter Ketua Kumpulan Hasil Sampingan AirAsia. 



Masa tu lah kami semua dihidangakan dengan lebih daripada 20 jenis makanan yang berasaskan santan dan juga turut ada dalam semua penerbangan AirAsia. Korang banyangkan hampir semua makanan ada seperti paling popular Pak Nasser Nasi Lemak dan Roti Jala bersama Kari Ayam, Satay Ayam dan Kuah Kacang juga ada Uncle Chin’s Chicken Rice. 

Pak Nasser Nasi Lemak, Roti Jala dengan Kari Ayam dan Satay Ayam dengan Kuah Kacang

Tu baru makanan Malaysia tapi ada juga dari negara-negara Asia lain seperti Thailand iaitu Thai Green Curry with Rice, Pad Thai dengan Udang dan Thai Hot Basil Chicken Stir-fry with Rice. Ada juga hidangan dari India seperti South Indian Delight, dari Korea ada menu Kimchi Stir-Fried Chicken, dari Philiphine menu Chicken Adobo dan dari Indonesia ada Nasi Kuning Manado. 


Kimchi Stir-Fried Chicken

Chicken Adobo

Pad Thai dengan Udang

Miso Chicken with Garlic Rice

Uncle Chin’s Chicken Rice

Apa yang Maha list tu baru sikit ok sebenar ada banyak buncit perut hari tu dapat cuba semua makanan yang ada. Pada hari tu juga selain makan ada juga beberapa aktiviti seperti demo masakan dan juga persembahan dari barisan staff AirAsia sendiri. Jadi lepas ni kita boleh nikmati semua hidangan ini dalam semua flight AirAsia hanya perlu buat tempahan secara online kerana ada promosi harga jauh lebih murah berbanding beli dalam flight. 


AirAsia telah memenangi gelaran Perkhidmatan Dalam Penerbangan Terkemuka Dunia di World Travel Awards pada Disember 2016, dan juga dinobatkan dengan Anugerah Tahunan Inovasi Katering oleh Onboard Hospitality awal tahun lepas. So makan mereka dijamin terbaik dan panas dari dapur sebab tu dalam flight tak lapar boleh makan semua ada.



Lepas ni Maha kalau terbang lebih dari sejam mesti akan order makanan kat AirAsia. Maha paling suka ada Nasi Lemak Pak Nasser dan juga Roti Jala mereka best kot hehehe. Sapa yang suka makanan dalam penerbangan AirAsia mai kongsi cerita korang kat sini. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa semua.