Nasi Dagang Kini Boleh Dinikmati Dalam Pesawat AirAsia dan AirAsia X Seluruh Dunia

Nasi Dagang Kini Boleh Dinikmati Dalam Pesawat AirAsia dan AirAsia X Seluruh Dunia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu  dan juga rakan2 sekalian. Ramai orang dah naik pesawat AirAsia atau AirAsia X untuk pegerakan dalam mahupun luar negara dengan lebih murah dan cepat. Sebab tu AirAsia di nobatkan sebagai "Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia". Bukan sahaja kerana harga murah tapi kini AirAsia lebih dikenali dengan makanan yang enak2 dan terbaik untuk pelanggannya.


Sebelum ni kita cukup kenal dengan Nasi Lemak Pak Nassir dan juga beberapa hidangan yang mudah dan boleh di buat tempahan secara online dahulu atau beli atas kapal terbang. Kini AirAsia telah melancarkan lagi beberapa menu Asia yang cukup popular untuk di bawa terbang buat semua pelanggan mereka. Makanan berasaskan 'Santan' yang memang sukup terkenal di kalangan negara2 Asean.



Kini makanan Malaysia yang popular di kawasan Pantai Timur tanah air iaitu Nasi Dagang juga telah ada dalam pesawat AirAsia. Pelancaran produk ini telah di adakan pada 18 Ogos 2015 bertempat di The WOLO Bukit Bintang. Bersama dengan Tony Fernandes Ketua Pegwai Eksekutif Kumpulan AirAsia acara perasmian cukup meriah dan penuh dengan makanan yang enak2 semua.


Nasi Dagang dengan Kari Ayam adalah menu utama pilihan AirAsia untuk di perkenalkan ke seluruh negara yang mereka jejaki dan juga semua pengguna penebangan AirAsia dan AirAsia X. Selain itu juga menu yang baru seperti Dodol, Nasi Kepal Ayam Teriyaki, Sandwich Pizza Ayam Salai dan Balutan Satay Ayam serta Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang

Nasi Dagang dengan Kari Ayam

Balutan Satay Ayam

Sandwich Pizza Ayam Salai

Kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X kini telah tersedia hidangan ini yang boleh di tempah secara online mahupun pembelian di dalam pesawat. Sekiranya membuat tempahan secara pra-tempahan iaitu online akan dapat potongan sehingga 20%. Kalau mana2 penumpang yang telah buat tempahan awal dan nak tambah makan masih boleh hanya buat secara online juga dan tambah makanan.

Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang

Roti Canai dan Kari Ayam

Roast Chicken With Cream Sauce

Juga ada tambahan pencuci mulut yang manis dengan pilihan 'Maximise Your Meal' yang termasuk Biskut Karamel, Kit Kat, Chocolate Brownie, Chocolate Chip Cookie Bar, Mum's Butter Cake dan Pineapple Tart. Semua ini boleh pilih dengan minuman air panas mahupun yang sejuk. Jangan risau kerana semua makanan dalam AirAsia mendapat peniktirafan Halal Jakim Malaysia. Jadi tak perlu risau tu semua keselamatan dan kualiti makan adalah di jamin. 







Bagi mereka yang terbang bersama dengan anak2 atau keluarga juga boleh buat tempahan untuk menu baru khas bagi kanak2. iaitu dua Burger Ayam Mini bersama air Ribena. Siap ada mainan yang juga boleh di tempah secara online untuk di berikan kepada kanak2 tak nak mereka meragam dalam flight hehehehe. Burger ayam ni Maha suka memang daging sedap dan juga rotinya terbaik.

Burger Ayam Mini

Maha yang telah cuba semua hidangan ini semasa pelancaran hari tu memang sedap dan sesuai untuk di makan dalam penerbangan. Tambah2 pula kalau kita ke luar negara bila lama kat tempat orang akan rasa rindu pada makanan tempatan kini boleh nikmati dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Best lah sekarang makana bukan sahaja yang biasa tapi yang special macam ni pun ada sebab tu mereka di kenali bukan kerana harga murah tapi juga makanan yang enak2. Sebab tu Maha selalu pilih penerbangan AirAsia terbaik......