Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label K-bakeri. Papar semua catatan

Sensasi Bakeri Kegemaran Korea : Tous Les Jours Buka Cawangan Baharu Di Sunway Pyramid Dan Sunway Velocity

Peminat sajian bakeri berinspirasikan Korea (K-bakeri) yang menambat selera di Malaysia pasti gembira untuk mendapat berita bahawa Tous Les Jours, kafe bakeri yang diiktiraf global, akan membuka dua cawangan baharu yang amat dinanti-nantikan. Kedua-dua pembukaan ini merupakan lokasi terawal yang dibuka di Malaysia berikutan termeterainya perjanjian francais induk dengan SEH Food, sebahagian daripada Stream Empire Holdings, pada bulan Januari 2025. Tous Les Jours sekali lagi akan menawarkan pilihan pastri, kek dan roti yang serba menarik di lokasi perdana Sunway Pyramid dan Sunway Velocity.