DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside Meraikan Bulan Ramadan Dengan Merentasi Tradisi Sajian Dulu dan Kini
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang di kasihi sekalian. Jom kali ni kita pergi lagi cuba untuk mencari buffet buka puasa yang sedap. Cuma kali ini jauh sikit kat Putrajaya kerana di situ juga antara salah satu tempat makan untuk hidangan masakan Melayu yang lazat dan menyelerakan bagi Maha.

