Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Dnars. Papar semua catatan

Alhamdulillah Jus Lutox Dnars Akhirnya Beri Tanda Positif Pada Kesihatan Mak Dan Ayah

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang ingat tak sebelum balik raya hari tu Maha ada update post tentang Jus Lutox Dnars yang Maha bawa balik untuk mak dan ayah. Jus itu sangat-sangat memberi kesan positif kepada kesihatan mak dan ayah Maha. Seronok bila kita tengok orang yang kita sayang bertambah sihat dan terjaga.


Almaklumlah orang tua kalau nak musim perayaan ini mereka lah yang paling sibuk nak sambut anak menantu dan cucu-cucu pulang beraya. Tambahan pula tahun ini semua ahli keluarga Maha balik kampung kat Jengka Pahang untuk beraya bersama-sama. Jadi mereka lah paling excited nak buat persiapan nak semua sempurna.


Kita ni tak boleh tengok mak ayah buat kerja berat sikit jadi risau sebab faktor usia kan. Jadi untuk memberi tenaga dan kesihatan tambahan Maha bawa balik hari tu Jus Lutox Dnars untuk mereka. Sekarang ni dah 16 hari mak ngan ayah amalkan minum jus ini setiap hari nak tahu juga apa kesan kepada mereka.

Teruslah call nak tahu dan berita gembira yang Maha terima sebab bila dengar mak dan ayah makin sihat katanya. Sebelum ini ayah Maha ada masalah sakit kat bahagian pinggul. Nak bediri lama tak boleh kena duduk atas kerusi. Tambah sukar waktu nak laksanakan solat nak bangun dan duduk tu sakit sian dengar.


Tapi setelah ayah amalkan minum setiap pagi tanpa miss katanya sakit bahagian pinggul tu makin kurang. Walaupun tak baik sepenuhnya tapi kalau nak berdiri lama sikit pun dah semakin ok. Seronok dengar cerita ayah pasal perubahan yang dialaminya.


Begitu juga dengan emak. Hari sebelum raya tu sibuk kat dapur buat rendang masak ketupat lah semua dia nak buat. Kita ni tolong sikit-sikit lah sebab ni masa nak rasa air tangan mak rindu hehehe. Pastu lagi sibuk kemas kat dalam rumah untuk menyapu, mengemop dan juga tukar yang baru. Memang mak Maha adalah seorang surirumah yang sangat aktif.


Jadi kadang-kadang mak mengadu yang dia penat dan letih sangat bila buat kerja rumah ni. Jadi Maha bagi mak minum juga Jus Lutox Dnars ini sebab khasiatnya boleh bagi tenaga tambahan. Memang betul mak cakap yang dia rasa dapat buat kerja dengan senang dan tak cepat rasa penat. Tambah-tambah seronok lah bila dengar berita gembira ni.


Maha pun apa lagi cuba juga amalkan minuman jus ini. Bukan untuk orang tua jer tau minuman ini tapi untuk umur baya Maha atau remaja yang muda boleh amalkan minuman kesihatan ini. Jus ini adalah gabungan 12 jenis buah-buahan yang menyihatkan badan. Cuma kanak-kanak bawah umur 6 tahun dan ibu mengandung tak sesuai untuk minum.


Jangan risau yang produk Jus Lutox Dnars ini telah diiktiraf Halal daripada JAKIM dan mendapat GMP Certificate. Mereka memang mengutamakan kualiti dan khasiat dalam setiap produk keluaran mereka. Sapa yang dapat kebaikan ini adalah kita yang mengamalkannya betul tak. Jom tonton video testimoni ini mesti korang pun nak cuba. 


Harga satu botol minuman Jus Lutox Dnars ini hanya RM100.00 untuk semenanjung dan RM110.00 bagi Sabah dan Sarawak. Kalau korang nak juga bagi sihat pada insan yang korang sayang boleh lah dapatkan jus ini sekarang. Beli secara online kat laman web mereka terus boleh sampai ke rumah. Hadiahkan insan tersayang dengan minuman kesihatan ini. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan juga pertanyaan layari :-
Laman web : www.lutox.com.my
Tel : 016-261 4435





Dapat Duit Raya Dengan Jus Lutox Dnars Sambil Tu Merawat Sakit Lutut Dan Sendi

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru ni ada terbaca yang kawan share contest menangi duit raya dari DNARS dekat facebook DNARS JUS LUTOX. Caranya mudah sahaja cuma Like, Komen, Share & Tag serta kena letak hastag #DuitRayaDnars


InsyaAllah ada rezeki korang tak kemana. 1 Syawal ni akan diumumkan pemenang tu nanti manakala 2 Syawal terus dapat duit raya untuk pemenang. Kalau korang nak join tu cepat-cepat la sebelum hari raya. Ada rezeki tu ada la kan In Sha Allah.

Sebelum ni Maha pernah dengar tentang Jus Lutox Dnars ni. Tapi tak pernah tahu sangat untuk apa, jadi dah kebetulan join contest Duit Raya ni terus mencari info jus ni. Boleh tahan juga la produk ni bila tengok testimoni pengguna Lutox ni pun boleh kata positif semua Alhamdulillah kan.


Maha dalam bulan puasa ni tengok mak banyak juga aktiviti rumah menyapulah, menyusun barang lah dan macam-macam lagi. Malam pula solat Terawih dan kadang-kadang buat kuih raya biasalah mood nak raya. Tengok kadang-kadang mak asyik lenguh badan dan sakit bahagian lutut dan kaki. Almaklulah orang dah berusia tapi tak boleh duduk diam semua kerja nak buat.


Nak dijadikan cerita dah kebetulan baca tentang jus ni. Maha kongsikan ada 12 kebaikan utama Jus Lutox Dnars ni dengan korang;

1) Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
2) Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
3) Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
4) Melancarkan peredaran darah.
5) Melancarkan proses penghadaman.
6) Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
7) Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
8) Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
9) Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
10) Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
11) Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.
12) Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh

Mulanya agak risau tentang kandungan dalam minuman jus ni. Jadi sebab nak tahu contact direct jer di Facebook Dnars dan lepas diterangkan tentang jus ni hanya guna bahan semula jadi rasa lega sangat. Di antara kandungan utama yang ada dalam jus ini macam Kurma, Madu, Lemon, Halia, Pegaga, Bayam, Markisa, garam bukit dan Delima.


Alhamdulillah lagi meyakinkan bila jus ni mendapat Sijil Pengiktirafan HALAL daripada JAKIM jadi bila orang bertanya kita boleh terus cerita tanpa was-was. Kebanyakannya bila baca review pengguna yang dah minum jus ni ramai yang berkongsi keseronokan sebab dah tak rasa sakit lutut lagi. Ada juga yang kongsi dah lama sakit sendi tapi Alhamdulillah lepas minum jus ini memang membantu memulihkan. Makin tak sabar lak nak cuba minum ni.


Kalau amalkan minum jus ini dalam bulan puasa memang dapat menambahkan lagi tenaga. Hujung-hujung nak dekat raya ni tidak rasa lemau sangat badankan. Jus ini boleh diamalkan setiap hari dan sesuai untuk seisi keluarga jadi dah balik raya ni boleh lah kongsi minum dengan satu keluarga. Lagi bertambah keberkatan kalau kongsi dengan tetamu yang datang beraya, semua akan dapat manfaatnya betul tak.

Maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi :