Meriah Sambutan Malaysia International Durian And Cultural Fest 2022 Di Pavilion Bukit Jalil
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang sikasihi sekalian. Semalam hujung minggu Sabtu dan Ahad penuh meriah diadakan sambutan "Malaysia International Durian And Cultural Fest 2022" atau (MIDCF) yang bertempat di Pavilion Bukit Jalil Kuala Lumpur. Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan, Domestik & Acara Pelancongan Malaysia. Menunjukkan sokongan kepada Dking ketika memperoleh satu lagi kejayaan dalam memartabatkan pelancongan Malaysia. MIDCF ialah festival kebudayaan selama dua hari yang telah berlangsung pada 16 hingga 17 Julai 2022. Ia bagi meraikan keajaiban budaya, pelancongan dan salah satu faktor populariti makanan Malaysia yang paling menonjol iaitu Raja Buah Durian.

