Ayam Bakar, Kambing Bakar Dan Daging Bakar Di Restoran Dapor Terbakor Kota Damansara
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masa untuk makan lagi hehehe kali ni Maha nak bawa korang ke sebuah restoran bakar. Di mana kat sini korang boleh dapat pelbagai menu bakar-bakar seperti Ayam Bakar, Kambing Bakar dan juga Daging Bakar. Restoran yang Maha maksudkan adalah Restoran Dapor Terbakor yang terletak di Jalan PJU 5/20D Kota Damansara.
