Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Cabaran. Papar semua catatan

Kerja Giler Duduk Dalam Suhu -6°C Di Snow World Genting Highlands

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Impian nak pergi bercuti atau merasai kesejukan di bawah suhu negatif kat negara orang tak kesampaian lagi. Tak tahu bila boleh dapat peluang itu. Tak kisahlah tak dapat merasai salji kat negara orang dapat merasai kesejukan yang dicipta dinegara sendiri pun dah tak tahan.

Cabaran Makan Pedas HotFM Memang Mencabar Mental

Cabaran Makan Pedas HotFM Memang Mencabar Mental - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mungkin ramai yang dah tahu Maha telah menyahut cabaran daripada radio paling hangat iaitu HotFM untuk makan makanan pedas. Acara Cabaran Makan Pedas HotFM ini telah berlangsung pada Sabtu lepas bertempat di RASTA TTDI.


Sebelum ni Maha ada dengar radio ni dan tedengar promo untuk sapa rasa dia cukup tahan untuk makan pedas. Jadi Maha pun nak cabar diri betul2 ker boleh makan pedas sebab tu menyertai peraduan ini. Peraduan ini di mana peserta pelu mengisi penyertaan secara online di laman web HotFM dan menyatakan apakah makanan paling pedas yang pernah mereka makan secara kreatif. 


Tak sangka pula Maha terpilih dalam banyak2 penyertaan untuk menyertai cabaran ini. So pada hari cabaran tu kami di berikan dua kumpulan iaitu Kumpulan Oren bersama penyampai Liza dan juga Kumpulan Biru bersama penyampai Ikhwan. Biasalah kalau dah penyampai radio memang riuh rendah lah kawasan seluruh Rasta tu. 


Maha pilih kumpulan bersama Liza dan satu kumpulan terdiri dari 10 orang. Ikhwan memang orang kenal dengan perangai yang suka provok peserta lain jadi kami dah macam kat alam perang lak tapi perang makan lah hehehe. Malam tu ada 5 cabaran makanan yang pedas2 perlu kami habiskan. Jadi setiap pusingan cabaran 2 orang akan makan makan tu sampai habis.


Pusingan pertama makanan yang perlu di makan ada TomYam pedas berapi. Mana tak pedas mereka isi sebanyak mungkin cili padi yang di potong kecik2 dalam setiap mangkuk. Kami pula kena habiskan 10 biji mangkuk dengan licin tanpa tinggal sedikit pun bahan kecuali serai sahaja di benarkan. Maha pula adalah peserta pusingan pertama bersama blog Sohoq. 


Sebenarnya memang mencabar bukan kerana pedas tak kisah pedas tu boleh telan je cili tu. Tapi yang tak boleh tahan adalah sup TomYam yang banyak tu kena habiskan. Buncit perut kami nak habiskan 10 mangkuk. Jadi Maha dapat habiskan 3 mangkuk sahaja memang penat dan kenyang gila. 


Bagi peserta lain pula cabaran2 mereka juga tidak kurang hebat. Pusingan kedua mereka kena makan Sushi yang di salit dengan Wasabi di atasnya, kena makan habis pinggan by pinggang. Banyak lak tu, tengok dia orang budak pompuan kecil2 jer makan macam hantu hehehe tercabar rasa.


Lepas tu pusingan ketiga pula mereka kena makan Nasi Lemak yang mana ada sambal ikan bilis yang dah memang pedas lepas tu atas sambal tu di taburlak cili padi potong yang banyak. Memang menguji sangat semangat nak habiskan 5 pinggan Nasi Lemak. Tapi stady Maha tengok mamat ni makan habis di telah jer nasi ni maklumlah abam Bomba hehehehe.



Pusingan keempat kena makan Asam Laksa yang mana dalam satu mangkuk tu penuh semua bahan laksa dan juga kuahnya keudian di tambah pula dengan cili padi potong yang banyak. Kena habis semua dengan kuah2 dan tak boleh tumpah. Mencabar bukan sahaja kepedasan tapi juga mental untuk terus makan sampai habis. Pusingan terakhir kena makan Chicken Wing yang telah di perap dengan pelbagai sos pedas2 belaka. semua sos di campur dan chicken wing di bakar. Tapi nampak macam tak pedas sangat hehehe.



Apa pun setiap pertandingan ada yang menang ada yang kalah. Nasib tak menyebelahi kami dan kumpulan Maha hanya dapat tempa kedua sahaja. Kumpulan lawan berjaya menang malam tu dengan bawa balik wang tunai RM5,000. Manakal team Maha hanya bawa balik wang tunai RM2,000 bahagilah 10orang hehehe. Apa pun Maha syukur sebab dapat juga menguji diri dan mental ini untuk cabaran pedas bersama HotFM dan juga Mamee Cool Tea.








Ratusan Chef Muda Akan Berkumpul Untuk "Fonterra Pastry Challenge 2015"

Ratusan Chef Muda Akan Berkumpul Untuk "Fonterra Pastry Challenge 2015" - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu pernah berangan untuk jadi tukang masak profesional satu masa dulu. Sebab tu lah selalu menyertai pertandingan memasak tapi mungkin belum lagi masanya untuk menjadi chef profesional. Tapi sekarang banyk peluangkan untuk anak muda menjadi chef profesional. Setelah belajar bertahun2 dalam institut pengajian tinggi pastu boleh pula bertanding mendapat gelaran profesional.


Tu lah yg Mahamahu lihat peluang untuk mencungkil bakat anak2 muda dalam bidang kulinari semakin banyak, kita kena pandai merebut peluang tu. Oleh sebab itulah, Fonterra sebagai pembekal terbesar bahan-bahan tenusu di negara ini bertanggungjawab melahirkan lebih ramai profesional chef pastry di Malaysia. Melalui Fonterra Pastry Challenge 2015 bakal membuka mata banyak pihak tentang kehebatan chef2 di Malaysia.


Bertempat di Taylor University Lakeside Campus bermula 18 Mac 2015 hingga 20 Mac 2015 pertandingan ini akan berlangsung mengcungkil lagi bakat2 chef2 muda di Malaysia. Pada masa itu ramailah chef2 terkemuka seluruh Malaysia akan berkumpul untuk menunjukkan bakat2 memasak pastry dan kek. Dari beratus-raut penyertaan hanya 24 org chef akan terpilih untuk cabaran pada hari tersebut. 8 chef untuk pertandingan pastry dan 16 chef untuk kategori kek. Wow siapakah mereka dan hebatkan mereka. Anda semua di jemput hadir bagi memeriahkan acara pada hari tersebut.


Linda Tan, Head of Fonterra foodservices berkata bahawa "Fonterra Pastry Challenge menyediakan landasan untuk chef Malaysia menzahirkan kreativiti dalaman mereka kepada umum". Cabaran yg menjanjikan hadiah bernilai RM18,000.00 bakal dinilai melalui juri2 chef profesional di Malaysia iaitu Chef Kenny Kong, Chef Jess dan Chef Karam. 


Sekali lagi anda semua di jemput untuk memeriahkan cabaran yg akan berlangsung pada 18 - 20 Mac 2015 ini. Mungkin sedikit sebanyak akan membuka minda dan juga kemahuan anda untuk mencaburi bidang kulinari pastry dan juga kek. Kadang2 kerjaya ini selalu di pandang serong oleh sesetengah masyarakat tapi ia adalah sesuatu peluang pekerjaan yg memberi ganjaran hebat sehingga peringkat antarabangsa. Sapa tahu anda bakal menjadi pewaris chef hebat seperti Chef Wan. Jom kita memasak hehehe...

FONTERRA PASTRY CHALLENGE 2015
Lokasi : Taylor University Lakeside Campus
Tarikh : 18 Mac - 20 Mac 2015










Makan, Bermain Dan Menang KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014

Makan, Bermain Dan Menang KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ini KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014 kembali untuk tahun ini dengan lebih meriah dan lebih seronok. Kepada yg berminat dan telah tahu tentang KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014 boleh mendaftar di sini dengan syarat2 seperti di bawah.

 
Syarat penyertaan :-
  1. Satu pasukan terdiri dari 4 orang 
  2. Terbuka kepada sesiapa sahaja berumur 16 tahun dan ke atas 
  3. Mengemudi dengan berjalan kaki atau pengangkutan awam 
  4. Yuran pendaftaran RM200 setiap pasukan 
  5. Goodie bag yang menarik & t-shirt untuk setiap peserta pada hari pendaftaran
  6. Terhad kepada 800 peserta / 200 pasukan sahaja, First Come First Served
Maklumat lanjut anda boleh dpatkan dengan layari laman blog mereka di klfabulousfoodhunt.blogspot.com sekarang. Pendaftaran masih di buka. Daftar sekarang di sini [klik sini]. Sebarang pertanyaan boleh hubungi mereka seperti maklumat di bawah.

Red Adventure Sdn. Bhd.
Address   :  142-2A, Jalan 1, Batu Caves Centrepoint, 68100 Batu Caves, Selangor
Tel           :  +6013 303 6596 (Red Adventure)
                   +6019 371 1662 (Miss Nurin)
Fax          :  +603 6186 9020






Cabaran Glucerna Challenge Me Perubahan Dalam 12 Minggu

Cabaran Glucerna Challenge Me Perubahan Dalam 12 Minggu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Minggu lepas Mahamahu di jemput oleh Abbott untuk program pemakanan kesihatan. Mahamahu bukan nak mengajar anda tentang gaya hidup sihat tapi Mahamahu nak belajar bersama anda bagaimana menguruskan kehidupan lebih sihat.


Dalam aktiviti pada hari tu Mahamahu dan beberapa rakan blogger lain di perkenalkan kepada program sihat khas untuk mereka yg menghadapi Diabetis. Memang program ini mengajar Mahamahu bagaimana sebenarnya org yg telah menghidapi Diabetis untuk menjaga kesihatan mereka melalui pemakanan. Kami semua di ajar cara untuk memasak cupcake sihat yg kurang gula tapi penuh kesedap. Penyediaan yg cukup senang dan mudah tapi bagus untuk di sediakan bagi mereka yg mengihidapi Diabetis. 




Mahamahu ni dah lah suka masakan ni lah antara ilmu baik untuk Mahamahu amalkan dalam pemakanan nanti. Tapi yg paling bagus dalam program itu adalah perkenalan kepada cabaran Glucerna Challenge Me. Pertama kali Mahamahu dgr dan bila Mahamahu fahami memang ia cukup berfaedah kepada golongan yg ada Diabetis ni. Program ini di bangunkan sendiri oleh Abbott Nutrition, direka khas untuk orang-orang yang menghidap diabetes untuk mempelajari teknik-teknik mudah untuk membantu mereka menguruskan penyakit Diabetis mereka dengan gaya hidup yang sihat.


Glucerna Challenge Me adalah program 12 minggu yg mampu memberi kesan secara langsung kepada anda yg mencubanya. Glucerna Challenge Me adalah program secara online dan juga secara mobile app menyediakan rancangan pemakan dan resipi dan panduan bagaimana untuk menggabungkan Glucerna ke dalam diet mereka yang sihat serta pelan senaman harian melalui arahan langkah demi langkah.



Dalam cabaran Glucerna Challenge Me juga menyediakan langkah untuk anda lakukan dan laporan kemajuan supaya anda boleh memantau kemajuan anda dan berkongsi dengan doktor masing-masing. Wah best lah juga cabaran ini boleh jadi sebagai diet kehidupan kita secara tak langsungkan. Ia dapat membantu mereka menguruskan paras glukosa darah mereka, berat badan dan kolesterol. Ia boleh membantu mengurangkan berat badan apabila digunakan sebagai sebahagian daripada pelan pengurusan diabetes secara keseluruhan.




Bagaimana anda boleh sertai cabaran ini mudah sahaja melalui online iaitu kelaman web www.glucernachallengeme-bm.com.my. Apabila anda di lam web tu daftar dan terus boleh mula program cabaran ini. Satu lagi cara yg lagi mudah dan senang iaitu dengan menggunakan aplikasi mudah alih juga boleh di muat turun dalam IOS dan Android telefon pintar untuk anda. Ini lagi bagu kerana kemana sahaja anda boleh amalkan cabaran ini dan boleh ikuti panduan tanpa rasa bimbang. Jom kita sertai cabaran Glucerna Challenge Me untuk kesihatan anda juga......